CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Kalau betul tamak, semua harta arwah ayah saya ambil’ - Anak aktor veteran Allahyarham Tan Sri Jins Shamsuddin

27-8-2024 09:48 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 37252| Komen: 143

 


Anak aktor veteran Allahyarham Tan Sri Jins Shamsuddin iaitu Putera Hang Jebat bersyukur apabila perbicaraan kes tuntutan sebidang tanah selesai selepas lima tahun berlangsung.

Kata Jebat, 37, keputusan yang dibuat Mahkamah Tinggi itu sekali gus membuktikan dia tidak terlibat dengan tuduhan memalsukan dokumen surat wakil tanah seperti yang didakwa oleh plantif iaitu Jeffrey Jins dan Hang Tuah.

Jelasnya, tanah tersebut telah diberikan kepada dia ketika Allahyarham masih hidup pada 2013 (menerusi surat kuasa wakil) sebelum dijual pada 2015.

“Saya rasa sangat bersyukur dengan keputusan mahkamah dan ini membuktikan saya berada di pihak yang benar.

“Tanah tersebut sudah diberikan kepada saya dan dijualkan juga ketika arwah ayah masih hidup dan waras. Saya juga tidak terlibat dalam memalsukan sebarang dokumen dan bukanlah seorang yang tamak harta,” ujarnya.


Jebat yang ditemui pada sidang media penjelasan harta Allahyarham Tan Sri Jins Shamsuddin di sini hari ini turut memberitahu, dia sekeluarga berasa terkilan dan tertekan dengan tuduhan yang dibuat pihak plantif.

Tambahnya, situasi itu turut membuatkan ibunya Puan Sri Halijah Abdullah tertekan kerana tuduhan tersebut.

“Dia (ibu) runsing dan memikirkan tentang perkara ini. Pastinya dia berasa risau kerana perlu melalui fasa perbicaraan ini selama lima tahun.

“Memang ada pihak yang bertanya dan bercakap tentang perkara itu (memalsukan dokumen), tetapi kami hanya diam dan tidak membalas kenyataan di media sosial.

“Malah arwah ayah juga sudah berpesan agar jangan terlalu terburu-buru sekiranya perkara itu belum benar-benar sahih. Jadi saya biarkan saja mahkamah yang tentukan,” katanya.

Ditanya sama ada akan memaafkan plantif kerana telah membuat tohmahan tersebut, Jebat meminta agar dia diberikan masa sebelum memaafkan tindakan dua adik-beradiknya itu.

“Jika benar saya ini tamak harta, semua harta arwah ayah saya akan ambil, bukan satu ini saja. Kalau kata saya tamak, kenapa dia (Hang Tuah) melakukan kaveat (amaran atau melindungi daripada melakukan sebarang tindakan ke atas tanah tanpa pengetahuan) ke atas semua tanah dan harta tanah arwah ayah.

“Kita memang marah, tetapi untuk memaafkan itu saya rasa belum lagi setakat ini. Mungkin ada masanya nanti, untuk saya berbuat demikian.

“Insya-Allah, pada masa akan datang dan saya sebenarnya berlapang dada,” katanya.

Sebelum ini Jeffrey Jins dan Hang Tuah @ Shazrin memfailkan saman terhadap anak ketiga Jins Samsuddin, Putera Hang Jebat atas dakwaan memalsukan dokumen surat wakil sebidang tanah seluas 0.265 hektar yang terletak di Kampong Pasir, Gombak.

Tanah itu dijual dengan harga RM2.75 juta pada 2015 kepada seorang individu iaitu Barakatul Kamaria Ahmad.

Sementara itu, menurut peguam Jebat iaitu Amirfarid Nawawi, prosiding pembahagian harta secara faraid masih dalam proses. 

Sumber : KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote DukunSentet 27-8-2024 10:30 PM
Agak2 lah berapa banyak ye harta Ismet Ulam Raja eh TS Jins Samsudin nie ye..kira2 berapa juta Pound Sterling yeh
Quote Anyaa29 27-8-2024 11:13 PM
Macam lama sangat dah kes harta ni…masih lagi tidak settle2 ya .
Quote mawarika 27-8-2024 11:48 PM
Emmm Yela tu jebat…
Quote bintangct 28-8-2024 12:12 AM
kenapa kehenseman bapaknya tak turun ke anak
Quote primarikey 28-8-2024 01:21 AM
Klu ko tipu tanggung la kt akhirat nt jebat
Bukan susah na
Quote mizzmimi 28-8-2024 01:28 AM
Hasil duit tanah tu sapu sorang2 ke? Tanya je
Quote Rogue98 28-8-2024 01:53 AM
Aku tak percaya langsung dgn dia ni...sus sangat.
Tapi takleh buat apa.. mahkamah dah buat keputusan. Berbahagia lah dgn duit juta2 tu.
Quote sleepandream 28-8-2024 04:04 AM
so pihak pendakwaan tak berjaya buktikan tandatangan tu tandatangan palsu plaintif la khennn...
Quote fattymah 28-8-2024 07:09 AM
Edited by fattymah at 28-8-2024 07:11 AM

Hibah tapi dia sorang je dapat ke acaner
Berdasarkan pengalaman yg ni anak kesayangan
cam iols selalu dgr suka hati aku le nak bagi kat sapa aku suka...harta aku...nahhhh
yg 2 beradik tu mmg tak menang le sebab bagi time hidup
Nih mesti tanah paling mahal
Quote jalfa 28-8-2024 08:41 AM
Katanya duit jual tanah pon byk habis kat arwah kan...biasalah anak ni yg tinggal dengan dia jaga berak kencing dia..jadi paham paham je la...mahkamah bukan bodoh..5 tahun bicara kot
Quote chandrahusin 28-8-2024 08:46 AM
klu ikut komen2 kat tred Marissa
ni semua karma
Quote prince_marhaen 28-8-2024 09:15 AM
anak arwah paling tak emsem...

Dulu paling hensem Jeffrey Jins, pastu yang Hang Nadim... yang ini tak penah jaga ayahnya pun... Nadim banyak jaga.. Tuah anak terbuang heols... tapi Tuah & Nadim tag team... si Jebat ni banyak nau nak tuntut..
Quote prettyuglybabe 28-8-2024 10:09 AM
mizzmimi replied at 28-8-2024 01:28 AM
Hasil duit tanah tu sapu sorang2 ke? Tanya je

tanah tu dah dibagi pada dia sebelum jins meninggal..
so hak milik dia sepenuhnya la kan?..
contoh kalau mak u bagi tanah kat u masa dia hidup then u jual masa mak u masih hidup, duit jualan kena bahagi juga ye pada adik beradik macam faraid?

Quote cattiecute 28-8-2024 10:18 AM
pening aku hang sana hang sini alih2 rupa haus di aidilfitri.
Quote kucingitam 28-8-2024 12:33 PM
prettyuglybabe replied at 28-8-2024 10:09 AM
tanah tu dah dibagi pada dia sebelum jins meninggal..
so hak milik dia sepenuhnya la kan?..
contoh ...

takyah bahagi, sebab tu dah hak dia sorang, bukan ada share dgn adik beradik lain. faraid tu kalau harta pusaka. tanah tu nama arwah, memang kena faraid la.. tapi kalau masih hidup, tanah nama arwah, ikut suka nak bagi hasil jualan ke taknak. kira ehsan tuan punya tanah la nak bagi.
Quote edayildiz 28-8-2024 12:34 PM
kaya jgk arwah ek?
nama pun jebat..kalau ikut cite dlu jebat tu belot kt hang tuah kan
Quote edayildiz 28-8-2024 12:35 PM
bintangct replied at 28-8-2024 12:12 AM
kenapa kehenseman bapaknya tak turun ke anak

aah yela..ada iras tp versi xhensem
Quote 8Queen8 28-8-2024 12:37 PM
Edited by 8Queen8 at 28-8-2024 12:40 PM
edayildiz replied at 28-8-2024 12:35 PM
aah yela..ada iras tp versi xhensem


Anak no 1 dan 2 handsome. Expecially no 1 yang kat Singapore tu.

https://www.facebook.com/share/p/fsj4oYoMEiVwP6tC/?mibextid=xfxF2i

Waktu muda hensem yah..dulu kerja SIA pastu kerja imigrisen sayang tak jadi pelakun cam bapa.


Anak dengan isteri ke 3 no komen.
Quote dineyta 28-8-2024 12:47 PM
berapa banyak isteri? yang menang anki isteri no berapa?

Lihat semua komen(143)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-9-2024 05:45 AM GMT+8 , Processed in 0.149369 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top