CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki patah kaki ‘terkangkang’ tebar roti canai curi tumpuan pelanggan

3-12-2024 10:29 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 37994| Komen: 14

 


PETALING JAYA – Seorang penebar roti canai mencuri perhatian pelanggan apabila tetap gigih menebar roti dalam posisi terkangkang, meskipun kaki kanannya patah dan disimen.

Menerusi hantaran TikTok oleh @udinpakku, seorang lelaki dilihat tekun menebar roti canai sambil kaki kanannya yang disimen disandarkan di atas tong gas.

Pada saat ke-17, dia dengan penuh ketabahan menurunkan kakinya ke lantai dan mengesot ke hadapan untuk membalikkan roti canai yang sedang dimasak di atas pemanggang.

Hantaran ini telah meraih perhatian pengguna media sosial yang rata-rata terhibur dengan aksi bersahaja lelaki itu, namun pada masa sama turut kagum dengan semangatnya untuk terus bekerja meskipun dalam keadaan serba kekurangan.

“Cara orang yang betul-betul nak cari rezeki. Selagi tak gagal tulang yang lain, dia kayuh juga. Semoga cepat sembuh, bang,” ujar AnakPanah.


“Semangat yang kuat. Ada sesetengah orang sihat walafiat pun malas nak kerja,” komen Amerreca.

“Hidup ini keras. Kaki dah berbalut pun kena kerja,” tulis Azlina. 


Sumber  – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hokeypokey 4-12-2024 01:28 AM
tahniah bang, patah kaki jadi pelarisss
Quote aavakateimani 4-12-2024 07:03 AM
unik betul
Quote aavakateimani 4-12-2024 07:04 AM
nak mkn roti canai la bekfes
Quote sayurmayur88 4-12-2024 07:47 AM
hahahaha....
Quote delsmomm 4-12-2024 07:56 AM
mcm sheramm je nak mkn roti canai tu..
nmpk xbersih..dgn rambut panjangnya..
Quote dubuk 4-12-2024 08:47 AM
Nasib bukan goop scoop
Quote jiwasemangat 4-12-2024 10:00 AM
Ntah laa.. kalau aku tak datang sini. Geliii...
Quote kotakbaju 4-12-2024 10:16 AM
delsmomm replied at 4-12-2024 07:56 AM
mcm sheramm je nak mkn roti canai tu..
nmpk xbersih..dgn rambut panjangnya..

Dengan berpeluh2 lalu menitik2.

Itu la penyedap rasa roti canai
Quote prettyuglybabe 4-12-2024 11:14 AM
boleh bengkok lagi lututnya..
pada i, kalau sungguh nak kerja, boleh je cari stool tinggi untuk duduk sambil menebar..
nampak la senonoh sikit dari terkangkang gitu..
dah la dengan rambut menjurai..
pakai topi pun, apa salahnya ikat rambut elok-elok..
kita nak berniaga makan biar la nampak presentable jangan lebih kurang..
Quote BungaKencana 4-12-2024 12:36 PM
uols pernah tgk tak video roti canai dkt india tu? yg tuala yg sme digunakan utk mandi, lap ketiak kelengkang & letak atas doh roti.. kembang tekak i ms tgk tu
Quote nisako 4-12-2024 12:44 PM
mcm mcm
Quote jiwasemangat 4-12-2024 03:10 PM
Roti canai kangkang onneeèè.. tringat cerita nasik kangkang
Quote Jitu 5-12-2024 08:02 AM
kotakbaju replied at 4-12-2024 10:16 AM
Dengan berpeluh2 lalu menitik2.

Itu la penyedap rasa roti canai

yih pengotor
Quote kotakbaju 5-12-2024 09:15 AM
Jitu replied at 5-12-2024 08:02 AM
yih pengotor

Betul la kan. Yg tebar2 roti canai ni mesti berpeluh2. Uols ingat tebar roti dok dalam ekon ke

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 12:57 AM GMT+8 , Processed in 0.038783 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top