Penyanyi Najwa Latif, 29, berkongsi berita sedih dirinya keguguran melalui hantaran di Instagram (IG). "Salam semua, saya hanya ingin memaklumkan (alami keguguran) dan memohon maaf tidak dapat bercakap dengan sesiapa buat masa ini. "Saya baru alami keguguran. Jujurnya, saya tidak merancang untuk berkongsi dengan sesiapa kerana ia terlalu peribadi buat saya dan suami. "Tetapi saya sangat menghargai kata-kata yang baik dari anda. Terima kasih kerana mengingati saya pada saat sukar ini. "Saya mohon beri kami ruang untuk melalui saat menyedihkan ini. Ingat kami dalam doa anda dan semoga yang baik-baik juga kembali kepada anda... Terima kasih," katanya. Dalam perkongsian itu, Najwa meluahkan rasa syukur diberi kesempatan merasai pengalaman hamil biarpun kandungannya baru berusia lima minggu. Najwa atau nama sebenar, Imratul Najwa Abdul Latif mendirikan rumah tangga dengan penyanyi rap Akwa Arifin di Batu Pahat, Johor, pada 11 November 2022. Sumber:- Berita Harian |
MisXoXo: Aku xpaham kenapa lepas sejam ...
MadameOnion replied at 10-12-2024 09:58 AM
baru 2-3 hari ni viral pasal najwa jadi letcurer tu..semua kagum..tetiba dpt berita camni..salam tak ...
ADVERTISEMENT