MERSING – Seorang kanak-kanak darjah empat cedera pada beberapa bahagian anggota tubuh badannya akibat terjatuh selepas dikejar anjing liar kelmarin. Ibu mangsa, Izzaidah Ibrahim, 35 berkata ketika kejadian anaknya Nur Huwaidah Umayrah Abdullah, 10 sedang mengayuh basikal dari kedai datuknya di Tanjung Endau menuju pulang ke rumah mereka di Jalan Dato Mohd Ali, Endau. Katanya kejadian berlaku kira-kira pukul 5.25 petang di mana ketika sampai di hadapan sebuah kedai kek, seekor anjing liar telah mengejar anak ketiga dari empat beradik itu. “Oleh kerana ketakutan, anak saya telah mengayuh basikal secara laju untuk melarikan diri dari anjing tersebut sehinggalah sampai di hadapan kedai buku anak saya telah terjatuh ke dalam longkang. “Mujur ada orang ramai yang menghalau anjing tersebut jika tidak keadaan mungkin menjadi lebih teruk. Ekoran kejadian itu anak mengalami cedera luka di bahagian pipi, dahi, kening, bahu, bibir dan lutut.
“Doktor juga memberikan cuti sakit selama dua hari dan meminta saya pantau keadaan anak jika dia muntah dan sebagainya namun alhamdulillah kecederaannya juga semakin memulih,” katanya ketika ditemui media di kediamannya semalam. Izzaidah berkata, masalah anjing liar tidak pernah selesai di kawasan itu meskipun ada tindakan yang diambil. SUMBER : – KOSMO! ONLINE |
azimodin: Kesian dik. Kat area rumah aku ...
ADVERTISEMENT