CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Disangka Baik Untuk Kesihatan, 6 Tabiat Ini Menjejaskan Penampilan Anda

29-12-2016 01:13 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5109| Komen: 15|Original author: Oleh: Maly Rosli

Anda sangka tabiat dan gaya hidup yang anda lalui sekarang sudah serasi dan sesuai dengan diri anda. Tapi anda mungkin tak terfikir apa yang anda lakukan dalam kehidupan seharian anda sebenarnya menjejaskan penampikan anda.


Menurut portal Bright Side, tanpa anda sedar tabiat anda dalam kehidupan seharian mampu menjejaskan masa muda anda.


1. Sering mengikat rambut dengan gaya ikat ekor kuda
Apabila akar rambut ditarik dengan ketat, ia boleh menyebabkan rambut gugur malah anda berisiko menjadi botak kelak!


Sumber foto: GreekAus.com


2. Gemar minum susu
Susu mengandungi androgen yang menyebabkan fungsi kelenjar minyak menjadi lebih aktif. Akibatnya, ia akan menghasilkan sebum yang mengakibatkan liang roma tersumbat seterusnya menjadikan kulit wajah kelihatan berminyak dan tidak bermaya.


Sumber foto: The Telegraph


3. Menyikat rambut basah 
Tabiat menyikat rambut ketika masih basah menyebabkan hujung rambut bercabang. Bagi mengelak kerosakan rambut, jangan sikat rambut ketika masih basah dan jangan gosok rambut dengan kuat semasa mengeringkannya dengan tuala.


Sumber foto: Stella De Zotti


4. Menggosok mata
Perbuatan ini menyebabkan bulu mata menjadi lemah dan jatuh, malah ia akan merosakkan kulit bawah mata.


Sumber foto: Vision Eye Institute


5. Kerap sentuh wajah
Kadang-kadang anda tak sedar anda meletakkan tangan pada pipi serta menggosok hidung dan dagu. Perkara ini sebenarnya mempercepatkan proses kedutan pada wajah.


Sumber foto: Conscious Living – Beauty Cirque

Musuh anda; jerawat juga mula menempel pada wajah jika anda menyentuh permukaan wajah dengan tangan tidak bersih.


6. Suka berjoging
Joging pada waktu pagi baik untuk kesihatan, namun jika terlalu banyak dan kerap berlari, ia akan mempercapatkan proses penuaan kulit.


Sumber foto: www.lifezen.in

Banyak lagi tabiat yang kita sangka bagus untuk kesihatan kita tetapi sebenarnya membahayakan jika diambil berlebihan. - CARI
15

Bagus
33

Marah
25

Terkejut
21

Sedih
26

Lawak
20

Bosan

Friends Rank (140 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mokcikKSKB 29-12-2016 01:39 PM
Pulak dah jogging buat jadi tua..buka dia buat lg awet muda ke
Quote CiliPadiSedap 29-12-2016 01:48 PM
mokcikKSKB replied at 29-12-2016 01:39 PM
Pulak dah jogging buat jadi tua..buka dia buat lg awet muda ke

kalau suka main cari forum pun boleh jadi tua, tak percaya tengok muka tt
Quote mokcikKSKB 29-12-2016 01:56 PM
CiliPadiSedap replied at 29-12-2016 01:48 PM
kalau suka main cari forum pun boleh jadi tua, tak percaya tengok muka tt

Mana nk cari sis?muka kita ni pon kertu jua..dek tengok phone doplopat jam
Quote matchstick 29-12-2016 02:16 PM
terlebih bersenam pun cepat tua...pendek kata buat apa pun biar berpada. bila melampau2 jd adverse effect pulok
Quote chinta89 29-12-2016 03:18 PM
yg bab jogging tu bg aku la, kalau lebih2 sgt jogging je kan x bagus utk kesihatan. kalau seadanya sebagaimana saranan its ok.

ape2 pun faktor terpenting ialah pemakanan.
Quote Emperor95 29-12-2016 04:00 PM
Gemar minum susu.. patutlah..
Quote CiliPadiSedap 29-12-2016 05:58 PM
mokcikKSKB replied at 29-12-2016 01:56 PM
Mana nk cari sis?muka kita ni pon kertu jua..dek tengok phone doplopat jam

cuba google image ugly face. nanti jumpa muka tt ( maaf tt niat begurau bukan cyber bullying ye, akak baik tak suka buli orang)
Quote Nanremie 29-12-2016 09:20 PM
Hey bro! Hi kawan2!!


30% UNLIMITED DEPOSIT BONUS hanya untuk anda!!!


Membuat deposit dengan mendapat tambahan 30% bonus deposit



cepatlah sertai kami!!!

Quote Nt-ViruS 29-12-2016 10:38 PM
justin bieber tu selalu je gosok rambut dia kuat2, siap guna hairdryer lagi tiap hari..cantik je rambut die.

Quote cik-jaja 30-12-2016 06:11 PM
haih..mcm2 pulak..kjp suh buat, kjp kata bahaya..
Quote ejans 1-1-2017 02:28 AM
mokcikKSKB replied at 29-12-2016 01:39 PM
Pulak dah jogging buat jadi tua..buka dia buat lg awet muda ke

Bukan takat jog.. apa2 senaman kalau berlebihan buat dan banyak/selalu berpeluh akan cepat kedutkan/ kasarkan kulit kita...

Org2 tua dulu pon dah pesan perempuan jangan buat kerja kasar2 sgt.. banyak peluhboleh cepat tuaa..

Kalau stakat bersenam kuar peluh ala kadarokey laaa..

Cuba ko tgk nana alhaq tu.. yg angkat2 berat bagai tu..dah mcm kerepottt aku tgk dah..

Xpon tgk omputih nyah perempuan bina badannn.. mcm nenek
Quote mokcikKSKB 1-1-2017 09:11 AM
ejans replied at 1-1-2017 02:28 AM
Bukan takat jog.. apa2 senaman kalau berlebihan buat dan banyak/selalu berpeluh akan cepat kedutka ...

Kalau too much exercise boleh terimalah..kalau takat jogging je ada istilah berlebihan ker?lainlah kalau artikel mention marathon berlebihan ke..hihihi
Quote fefeeling 1-1-2017 09:49 PM
2017 nak kecikkan peha.. Susah betul nak cari seluar celuih haha
Quote Qnqn 4-2-2017 06:46 AM
Ohhh camtu eh okay pasni takmau joging dah!
Quote Qnqn 4-2-2017 06:46 AM
Gosok mata tu i selalu je buat hehe

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 08:13 AM GMT+8 , Processed in 0.091186 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top