Joe Flizzow mencetuskan kontroversi apabila video muzik terbaharunya yang menampilkan gadis berbikini dikritik ramai. Susulan itu, Joe yang juga merupakan bekas anggota kumpulan Too Phat tampil untuk memohon maaf kepada semua yang kurang senang dengan adegan tersebut.
Menurutnya ia bukanlah isu besar memandangkan model tersebut bukanlah warganegara Malaysia. "Pertama sekali saya ingin meminta maaf dan sedia menerima segala kritikan mengenai video itu. Saya pun sebenarnya sudah menjangkakan perkara ini. "Bagaimanapun, saya cuma mahu jelaskan bahawa model dalam video itu adalah wanita Brazil. Jadi ia bukan masalah besar lagipun mereka di Brazil sendiri tidak sabar melihat hasilnya,” katanya kepada Harian Metro.
Tambahnya lagi konsep video tersebut ditentukan oleh pihak label yang mahu memasarkannya di peringkat antarabangsa. Joe juga tidak terkesan dengan kecaman dan sentiasa terbuka untuk menerima pelbagai kecaman. "Bukan hendak buatkan peminat di sana tawar hati tetapi saya tidak pernah membaca komen di YouTube. Mereka terbuka untuk memberi apa juga pandangan. "Bagi saya golongan yang mengecam itu mungkin terlalu banyak masa untuk berbuat demikian. Walhal, banyak lagi perkara penting lain yang patut jadi perhatian." Macam mana pendapat anda, okay atau keterlaluan video muzik Joe ni? -CARI
|
11
Bagus |
3
Marah |
5
Terkejut |
5
Sedih |
3
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
hanezzafirah replied at 29-11-2017 10:51 AM
ni la orang melayu yang nak meng omputihkan diri. adehh
banyak lagi cara lain nak cari duit. ye l ...
ADVERTISEMENT