CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Kes Khalwat, Shah Jaszle Tak Mengaku, Farah Mengaku Salah

12-11-2013 03:34 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 23296| Komen: 149

Akhirnya perbicaraan kes khalwat Shah Jaszle dan Farah yang terjadi sekitar Mei lalu telah pun bermula. Kes ini disebut di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya. Menariknya, Shah Jaszle mengaku tidak bersalah manakala Farah Nurizzati Salleh, 21 mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut.



Susulan pengakuan tersebut, Farah dikenakan hukuman maksimum iaitu denda RM3,000. Shah Jaszle kemudiannya dibebaskan dengan ikat jamin RM1,500. Kes ini ditetapkan untuk sebutan semula pada 21 Januari 2014. Sama-samalah kita nantikan perkembangan seterusnya.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prettyuglybabe 12-11-2013 01:32 PM
kalu ngaku salah, dah settle kot. nak bicara lagi la terselak sana sini jazli oii..
Quote miawpink 12-11-2013 01:33 PM
Kes Khalwat: Shahz Jaszle Mengaku Tidak Bersalah


Pelakon kontroversi Shahrizal Jaszle Jasmin atau Shahz Jaszle mengaku tidak bersalah dengan penangkapan dan tuduhan berkhalwat ke atasnya. Penafian itu direkodkan dalam perbicaraan di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling Jaya, hari ini.

Peguam Syarie yang mewakili Shahrizal iaitu Asyraf A. Ranee memohon anak guamnya agar dibebaskan dengan jaminan RM1500.

Kemudian hakim syarie Abd Halim Abu Samah memutuskan Shahrizal dibebaskan dengan jaminan RM1500 dengan seorang penjamin atau ditahan sehingga tarikh perbicaraan akan datang.

Mahkamah memutuskan kes perbicaraan seterusnya pada 21 Januari 2013.

Bagaimanapun, pasangan khalwat Shahrizal iaitu Farah Nurizzati Salleh, 21, mengaku bersalah dakwa penangkapan khalwat mereka.

Setelah mendengar hujah dan fakta kes daripada pegawai pendakwa Jabatan Agama Islam Selangor Shafezan Rosli, mahkamah memerintahkan Farah membayar denda maksimum RM3000 atau penjara selama tiga bulan jika gagal membuat bayaran mulai hari ini.

Pada 16 Mei lalu, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam satu kenyataan medianya mengesahkan telah menahan Shahrizal atas tuduhan khalwat di Kayangan Apartment, Taman Sri Subang, pada pukul 3.50 pagi.

Penahanan tersebut dilakukan di bawah Seksyen 29(1) A dan B, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 selepas Bahagian Penguatkuasaan jabatan itu menerima aduan daripada pihak awam berhubung kegiatan berkenaan.

Jika disabitkan kesalahan, pelaku boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Sebelum itu, aktor yang popular menerusi drama Asmara ini telah bertunang dengan seorang doktor yang dikenali sebagai Redzwani Puteri pada bulan Disember 2012. (rtky/fr)






sumber- rotikaya
Quote miawpink 12-11-2013 01:34 PM
Quote toman_kota 12-11-2013 01:37 PM
hahaha..dah kantoi tak mengaku pulak..
Quote aQuA_dIaMoNd 12-11-2013 01:38 PM
shah jaszle mmg x bersalah...ai pcaya u shah jaszle
Quote jaja4 12-11-2013 01:39 PM
hoh, hukuman ciput mcm tu, patut la maksiat bnyk kt Malaysia ni..
Quote nurfariezza 12-11-2013 01:40 PM
aktor yang popular menerusi drama Asmara ini telah bertunang dengan seorang doktor yang dikenali sebagai Redzwani Puteri pada bulan Disember 2012.


bakal doktor la..blum jd doktor lg kn..
Quote nurfariezza 12-11-2013 01:41 PM
aQuA_dIaMoNd posted on 12-11-2013 01:38 PM
shah jaszle mmg x bersalah...ai pcaya u shah jaszle

npe u pcaye dia...
Quote rosasa 12-11-2013 01:41 PM
dia ni... malas sungguh dengar cerita dia.. kemain propa

Quote ellZack 12-11-2013 01:44 PM
prettyuglybabe posted on 12-11-2013 01:32 PM
kalu ngaku salah, dah settle kot. nak bicara lagi la terselak sana sini jazli oii..

kalau mengaku salah, void la statement dia sebelum ni yg dia insan teraniaya..
jadi, kena ngaku tak bersalah..
tapi kalau dah sorang mengaku, sorang tak, next proceeding nanti shah jaszle saja ke?

Quote fifie_olin 12-11-2013 01:46 PM
ngaku salah pon terbang 3k...x memasal jek..
sbb tu Islam suruh jauh drp berkhalwat ni...nk buat gak...

Quote MissMamamia75 12-11-2013 01:48 PM
ringan benor hukuman...we need HUDUD...hukaman berlandaskan Islam...
sng benor lelaki...xyah ngaku...maybe dah biasa buat..so xde rasa bersalah...
tp si pompuan ngaku...hukuman dah dijatuhkan dah..

pelik gak sistem undang2...xlogik lah kalu pompuan tu dah ngaku...tp lelaki xngaku..
si pompuan kena hukum dulu...dia berkhalwat ngan sapa..kalu bukan si lelaki itu...
xke pelik..dimanakah logiknya itu???
Quote miawpink 12-11-2013 01:51 PM
pelik kan
farah khalwat ngan katil sendiri kah??
Quote prettyuglybabe 12-11-2013 01:52 PM
ellZack posted on 12-11-2013 01:44 PM
kalau mengaku salah, void la statement dia sebelum ni yg dia insan teraniaya..
jadi, kena ngaku t ...

sapa suruh dia pong pang sana sini. kalu dari awal diamkan saja takde la jadi rumit. knowing orang malaysia ni. kecoh kejap je. lama-lama sok, lupa la. bukan dia sorang yang kena tangkap khalwat. berlambak lagi artis lain kantoi aman-aman saja berada dalam industri sampai sekarang..
Quote shysari 12-11-2013 01:53 PM
Mengaku sajalah senang tak payahlah nak tengakkan benang yg basah
Quote siti_kus 12-11-2013 01:56 PM
mmg la xnak mengaku.. nnt kena byr 3000 kot. dia kan xda duit, isi mnyk kereta pn xda duit
Quote ais_kosong 12-11-2013 01:57 PM
miawpink posted on 12-11-2013 01:51 PM
pelik kan
farah khalwat ngan katil sendiri kah??

xla..
ngan bantai busok muka sj jer
Quote miawpink 12-11-2013 01:59 PM
ais_kosong posted on 12-11-2013 01:57 PM
xla..
ngan bantai busok muka sj jer

sian farah ...
khalwat ngan bantal busuk gambo shah ni pun kena denda
Quote ogata 12-11-2013 02:00 PM
miawpink posted on 12-11-2013 01:33 PM
Kes Khalwat: Shahz Jaszle Mengaku Tidak Bersalah

nampak sangat nau tu appartment kita dibelakang tu..tadi ada la try jenguk jenguk kereta reporter SJ ni..p terlepas la...tak sempat..

Lihat semua komen(149)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 06:23 PM GMT+8 , Processed in 0.080875 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top