Pelakon dan pengacara popular, Zizan Razak menyatakan dia gembira dan bangga jika pelakon jelita, Emma Maembong membuat keputusan untuk terus berhijab. Zizan, 29, yang sering dikaitkan bercinta dengan Emma berkata, dia tidak pernah menyuruh Emma untuk berbuat demikian.
"Bapa saudara Emma ada hubungi saya untuk bertanya tentang perkara itu dan sama ada saya yang menyuruhnya bertudung, namun ketika itu saya pun tidak tahu tentang dia mahu bertudung. "Dia baru mencuba-cuba untuk pakai tudung, bagi saya itu perkara yang baik dan membanggakan bagi seorang wanita," katanya kepada mStar. Dalam pada itu, Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abdul Razak yang merupakan Pengarah Urusan Wire Fame Entertainment memberitahu dia masih belum mengetahui perancangan kerjaya artis di bawah naungannya itu lagi. "Buat masa ini Emma sedang menjalani penggambaran drama yang memang memerlukannya bertudung iaitu "Projek Memikat Suami" dan "Yes Boss!". "Untuk projek seterusnya saya tidak tahu lagi sama ada dia terus mengambil watak bertudung atau tidak." |
tapibukanaku posted on 26-12-2013 04:41 PM
iols cam tak berapa berkenan dgn chacha maembong lepas tengok Playboy tu laki aku
ADVERTISEMENT