|
Sharifah Sakinah sekarang, bukan lagi Sharifah Sakinah yang dulu. Jika dulu dia sering mencuri perhatian umum dengan memuatnaik video perangai gila-gila yang kadangkala tidak difahami dan menjengkelkan sesetengah orang, kini Sharifah Sakinah mempunyai obsesi baru.
Dia kelihatan semakin aktif melibatkan diri dengan aktiviti kecergasan dan giat mengajak peminat menjalani cara hidup sihat. Memang bagus niat Sakinah, malah ia cukup sesuai dengan dirinya sebagai testimoni apabila memiliki tubuh yang cantik hasil regim kesihatan yang dilakukan.
Cuma yang tak berapa syok, makin banyak pula gambar-gambar seksi dimuatnaik bagi menunjukkan hasil usaha kerasnya di gym. Sebenarnya kalau Sakinah tak pakai seksi sangat dan dedahkan pusat serta perut pun orang dah boleh nampak kecantikan tubuh hasil senaman dan penjagaan makanan yang diamalkan. |


ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
12-2-2026 06:30 AM GMT+8 , Processed in 0.055744 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.