CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Doktor Sahkan Itu Kanser, Saya Rasa Macam Waktu Saya Dah Habis..” – Tiga Tahun Simpan Rahsia, Awie Dedah Pernah Hidap Kanser Buah Pinggang

28-2-2024 11:12 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5361| Komen: 22

Description: Baru-baru ini penyanyi legend, Datuk Awie tampil mendedahkan dirinya pernah diserang kanser buah pinggang tahap awal tiga tahun yang lalu hingga terpaksa menjalani pembedahan.


Baru-baru ini penyanyi legend, Datuk Awie tampil mendedahkan dirinya pernah diserang kanser buah pinggang tahap awal tiga tahun yang lalu hingga terpaksa menjalani pembedahan.

Menurut Awie, dirinya tergamam ketika mendapat berita buruk tentang kondisinya daripada doktor yang merawatnya ketika itu. Katanya, kanser itu dapat dikesan di tahap awal kerana doktornya yang mengenal pasti ada tumor meragukan pada buah pinggangnya.

"Saya ada problem di bahagian buah pinggang, ada tumor dan doktor sahkan itu adalah kanser tapi Alhamdulillah dikesan lebih awal."   

"Masa nak maklumkan kepada saya, doktor pun macam tergagap-gagap, dia kata, ‘this is very suspicious’ dan cakap satu buah pinggang saya perlu dibuang kerana ada tumor.   

"Bila saya dengar ja dia kata macam itu saya rasa macam ‘waktu’ saya dah nak habis."

Tambah penyanyi lagu Sejati ini, pada awalnya dia merasa berbelah bahagi ketika disarankan untuk melalui pembedahan bagi membuang organ buah pinggangnya bagi mengelakkan dari merebak.


Kata Awie, dia meminta masa untuk berfikir tentang keputusan tersebut namun doktornya menyarankan penyanyi ini untuk mendapat bantuan doktor lain yang lebih pakar dalam penyakit tersebut dan akhirnya dia setuju untuk menjalankan pembedahan.

"Memang saya termenung agak lama selepas disarankan kena buang buah pinggang yang terjejas dan minta bagi saya peluang fikirkan ikhtiar lain."   

"Dia pun suruh saya pergi satu hospital ini dan recommend kan saya dengan seorang doktor pakar. Doktor pakar itu pun maklumkan pada saya bahawa  peratusan saya menghidap kanser adalah sebanyak 95 peratus.   

"Empat bulan selepas itu baru saya buat keputusan untuk buat pembedahan. Isteri saya pun selalu pujuk untuk buat jadi saya pun setuju untuk teruskan."


Difahamkan pembedahan tersebut berjaya membuang tumor sepanjang 2.7 sentimeter dan buah pinggangnya tidak perlu dibuang. Namun begitu, penyanyi ini tetap memerlukan pemeriksaan berkala dari masa ke masa.

SUMBER : TikTok/Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aemon 28-2-2024 11:21 AM
patut sawie mcm nmpk dah berubah sikit..penyakit ni kadang2 wake up call dari Allah.
Quote Mamason 28-2-2024 11:28 AM
Semoga diberikan syifa dan kesembuhan oleh Allah swt dan dipermudahkan segala urusan dunia akhirat buat beliau.  Aaminn..
Quote stania83 28-2-2024 11:40 AM
awiebada cerita masa tu perut kembunggg
Quote Kancilkering 28-2-2024 11:54 AM
x semua nak share journey dia battling cancer ni…macam elyana , doctor tini 3r….tapi memang scary this thing hukhuk

Quote DukunSentet 28-2-2024 12:14 PM
Bukan baru2 nie timang baby ke..Allahu..risau lak anak masih kecik2 ayah dah x ada..tapi kalau saving kencang watdehal..
Quote Purplehaz 28-2-2024 12:34 PM
Syukur dpt tahu awal..ada masa utk diri...ini kasih syg dariNya.
Semoga sembuh sepenuhnya.

Quote sleepandream 28-2-2024 01:25 PM
4 bulan nak pujuk awie buat surgery....
kalau iols, haritu jugak iols suruh doc operate...
tapi awie steady je nyanyi skrg pun suara menten...
Quote sukacactus 28-2-2024 01:39 PM
Dia citer nak kena kanser aku caya...bam jat tu, ntahlerrr...
Quote Madel 28-2-2024 01:41 PM
Tapi anak tetap berderet kan..
gituu
Quote chandrahusin 28-2-2024 01:50 PM
bila tengok awie dlm filem
okay je pun watak2 yg dia berlakon
takde watak pervert pun
elok je melawak
Quote asamfish 28-2-2024 01:54 PM
ooo...ini yg dulu rasanya dia ckp kena buatan orang/sihir...mcm tu lah...rasanya ada kan thread dia pasal ni...
Quote asamfish 28-2-2024 01:56 PM
stania83 replied at 28-2-2024 11:40 AM
awiebada cerita masa tu perut kembunggg

tapi masa tu dia tak ckp kanser kan...dia dok ulang2 kata buatan org/sihir...org dengki...mcm tu la lebih kurang

Quote shida81 28-2-2024 01:57 PM
Arwah mk ak dulu kene brain tumor.. Pas operation trus x blh gerak and bercakap my je terbuka.. Duk kt sepital sg buloh dlm 2 bln.. Dlm wad tu smua yg kn brain tumor... Jiran mak ak bini dia ckp 10yrs sblm ni dia dah kene sekali nk buang after that ok hidup normal... Then dtg sekali lg.. Doc ckp it's cancer.. Operate juga..tp pastu mcm arwah mk ak.. X blh gerak.. Tp dia still blh ckp Skit2.. Wpun x paham.. Pas setahun mak ak kuar.. Sorang2 dlm wad tu meninggal.. Termasuk mk ak.... Doc ada ckp pas buang tumor still ada possibility dtg blk or trus jd cancer
Quote aemon 28-2-2024 03:07 PM
Kalau ikut perubatan islam kanser ade kaitan dgn sihru(sihir).

Terpulang orang percaya atau tak.
Quote supernaturalee 28-2-2024 03:13 PM
Kancilkering replied at 28-2-2024 11:54 AM
x semua nak share journey dia battling cancer ni…macam elyana , doctor tini 3r….tapi memang scary  ...

tini 3r (respect, relax, respond) tu ke
doctor ea skrg

ada iklan spotify guna suara dia kan

kanser ape tu

Quote supernaturalee 28-2-2024 03:16 PM
sayap ilusi best


Quote Kancilkering 28-2-2024 03:44 PM
supernaturalee replied at 28-2-2024 03:13 PM
tini 3r (respect, relax, respond) tu ke
doctor ea skrg


breast kan….tapi dh free dh
dia dpt phd somewhere late last year
Quote Wek_omeh2 28-2-2024 08:37 PM
Ex wife yok gelang dah bebas kanser kan lepas 2 tahun..ada dia post tadi
Quote Pumpkinhead 29-2-2024 03:15 PM
semoga dipermudahkan urusan

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 09:29 PM GMT+8 , Processed in 0.299089 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top