zamzuri Publish time 21-5-2009 02:31 AM

BILBERRY RAWAT PENGLIHATAN

http://rds.yahoo.com/_ylt=A0S02009ShRK25AA.tmjzbkF/SIG=12en8mbhh/EXP=1242930109/**http%3A//www.inkycircus.com/jargon/images/2007/04/25/eye.jpgMata kita betul-betul menakjubkan. Sepanjang hidup, mata kita berupaya menangkap berjuta-juta imej yang berupaya menjadikan kita senyum, imej yang menawan hati atau imej yang membantu kita menjalani kehidupan seharian seperti memandu atau membaca akhbar. Dapatkah anda membayangkan dunia tanpa menghayati gambaran warna atau imej? Tentunya kehidupan kita akan kejemuan.

Oleh kerana mata kita memainkan peranan yang begitu penting bukan saja dalam tugas seharian malah penglihatan juga mempengaruhi aspek sosial dan emosi kehidupan kita, maka tidak menghairankan apabila semua terpandang terhadap sejenis buah yang dipanggil Bilberry.

Reputasi moden Bilberry sebagai sejenis bahan herba yang dapat memperbaiki penglihatan ditemu waktu Perang Dunia II apabila tentera udara Britain mendapati bahawa visi mereka pada waktu malam lebih jelas apabila mereka memakan jam bilberry sebelum menjalani operasi serangan malam.

Saintis yang permulaannya hairan terhadap peningkatan penglihatan tentera yang memakan jam bilberry akhirnya mendapati bahawa unsur-unsur aktif yang terkandung dalam bilberry dikenali sebagai anthocyanosides.

Unsur-unsur ini didapati memperkuatkan dinding salur darah untuk memperbaiki pengaliran darah melalui kapilari darah kecil yang menyelubungi mata bagi menjaga kesihatan mata. Anthocyanosides didapati juga memperkuatkan kolagen iaitu protein yang memberi sokongan kepada tisu-tisu penghubung dalam mata.

Hari ini, Bilberry duduknya di kalangan makanan tambahan yang paling popular bagi memelihara mata yang sihat dan juga sebagai suplemen untuk membantu berbagai-bagai jenis masalah mata seperti rabun malam, katarak dan degenerasi macular.

Bilberry didapati membantu retina, bahagian mata yang sensitif terhadap cahaya. Ia menukar keadaan gelap atau terang dengan ketara. Sebab itu, ia membantu masalah rabun malam dengan menangkap gambaran dalam keadaan gelap ataupun apabila waktu terang keterlaluan.
http://rds.yahoo.com/_ylt=A0S0207tSBRKqF8BlBSjzbkF/SIG=144l1uo05/EXP=1242929773/**http%3A//www.wallcoo.com/photograph/fruit_Blueberry_bilberry/images/fruit_Blueberry_bilberry_wallpapers_1DU003.jpgPakar sains mempercayai bilberry dapat membantu melewatkan keadaan katarak, iaitu kabur pada kanta mata yang biasa berlaku dalam orang tua. Dalam satu kajian, didapati jikalau bilberry dimakan bersama dengan vitamin E, ia akan menghentikan keadaan katarak pada sebahagian besar mereka yang mengambil bahagian dalam kajian itu. Namun demikian, ia masih tidak jelas sama ada bilberry atau kedua-duanya yang bertanggungjawab terhadap keberkesanan ini.

Bilberry juga didapati membantu dalam retinopati diabetik, di mana berlaku digenerasi pada tisu mata. Herba ini memperbaiki kepekaan retina dan membantu mengurangkan risiko pendarahan dan kerosakan tisu yang sering berlaku pada mereka yang mengalami retinopati diabetik.

Jika anda banyak menghabiskan masa di hadapan komputer, anda mungkin sering mengalami simptom seperti sakit mata, mata berair, tegang, pandangan kabur, sakit kepala dan sakit otot leher. Permukaan monitor komputer yang terang dan radiasi daripada komputer juga boleh menyebabkan keradangan pada mata dan mengganggu fungsi penglihatan. Langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan simptom tersebut termasuk membetulkan kedudukan komputer dan tempat bekerja, postur duduk, penggunaan penapis antisilau, senaman mata dan pemakanan yang sihat. Herba nutrisi seperti bilbery juga boleh membantu meningkatkan peredaran darah dan membekalkan tisu-tisu mata dengan nutrien yang diperlukan.

Dalam memilih supplemen bilberry yang sesuai, adalah amat penting untuk memilih bilberry yang dipiawaikan dengan 23 - 27 peratus anthocyanosides - bahan aktif bilberry. Bilberry yang tidak mengandungi jaminan piawai harus dielakkan kerana keberkesanan produk seperti ini selalunya tidak konsisten.

Dalam mengejar kehidupan yang lebih terang dan ceria, amalkanlah cara hidup yang sihat dan pilihlah pemakanan yang membantu mata anda kekal sihat selalu.

Untuk pertanyaan lanjut tentang artikel di atas sila hubungi (019)261 4742 (Zamzuri) atau email zamzuri_a@yahoo.com
Untuk artikel berkaitan kesihatan layari www.aqifstrategi.com

http://www.amway2u.com/amway_images/product/nutrilite/101390_b.jpg

[ Last edited byzamzuri at 21-5-2009 07:28 ]

mdors Publish time 28-7-2009 02:25 AM

199# xtrim


errr...memang la tahap rabun tu makin berkurang.Tapi yang kurang tu power jauh je, ada satu penambahan..hehehe power dekat.Tu yang start kena pakai multifocal tu.

corpulent Publish time 4-8-2009 05:47 PM

pasal dah masuk 40 years la tu ek...:D

Bilberry lagi elok diamalkan untuk supplement kanak2....

boleh tapis sinar uv dengan create sumthing like barrier kat lapisan dalam mate kite...

kalau kite latih anak kite makan bilberry ni lagi kuat protection pada mata bile die semakin membesar...:)

eydarahim Publish time 5-8-2009 01:52 PM

you all tahu tak pasal treatment "lasik" aku baru aje dengar taklimat about this, very good for the person yang tak nak pakai contact lense atau cermin mata, tapi cost about RM12000 for the both of eyes.

gorgonz Publish time 6-8-2009 11:49 AM

gorg ambik natberry...
rase cam ok jg

seri_wan Publish time 6-8-2009 09:26 PM

you all tahu tak pasal treatment "lasik" aku baru aje dengar taklimat about this, very good for the person yang tak nak pakai contact lense atau cermin mata, tapi cost about RM12000 for the both of ey ...
eydarahim Post at 5-8-2009 13:52 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif

12k??? :o

mahalnya... kat mana tu?
sbb ada kawan ckp cam dah murah jer...
tapi mmg tak tau kat ner yg murah tu :'(

zila3z Publish time 16-8-2009 07:34 PM

lagi satu, jgn makan benda pedas..... nnti terpecik kene mata... sakit woorrrrrr.........:mad: :mad: :mad: :$ :$ :$ :$
bubpallo Post at 28-2-2008 07:57 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif

hahha lawakla..:lol: :lol:

corpulent Publish time 16-8-2009 08:17 PM

12 k tu mahal dah rasenyer...

cuba google optimax untuk dapat tau senarai harga...

ari tu ade promosi 2500k je per eye...

ungu_violet191 Publish time 16-8-2009 10:50 PM

skrg ni tgh try produk permata hijrah utk masaalah rabun..harap2 berkesan, br 3 hr guna:)

kroit92 Publish time 19-11-2009 10:35 PM

mata kroit tak rabun.. aritu check, katanya kanan=50, kiri=75.. ok, tak payah cermin mata kata akak kedai spek tu.. tapi..

semakin hari, penglihatan kroit semakin terbatas, dalam jarak 10 meter semuanya pecah dan kabur, kroit tak tahan silau lagi satu, tempat tu terang je, kroit susah nak nampak.. sebab semua nampak cerah sesangat, putih2 gitu..

btw, up thread mata nih.. :$

adeek30 Publish time 24-11-2009 01:31 PM

nak tanye....camne skrg lepas guna permata hijrah ni....ade perubahan tak...kalau ade bgtau la..kite pun nak guna tp nak tanye org lain dulu.

izzah_mia Publish time 8-12-2009 03:05 PM

skrg ni teknologi makin canggihkan...so, penah tak terbaca if org yg buta boleh disembuhkan dan melihat semula.

ummy43 Publish time 9-12-2009 10:00 PM

nak tanye....camne skrg lepas guna permata hijrah ni....ade perubahan tak...kalau ade bgtau la..kite pun nak guna tp nak tanye org lain dulu.
adeek30 Post at 24-11-2009 13:31 http://eforum2.cari.com.my/images/common/back.gif

sesape yg dah guna permata hijrah ni, kongsi kongsikan la pengalaman anda ye . . :loveliness:

vaderboy Publish time 10-12-2009 10:51 AM

baru2 ni aku terhantuk agak2 kuat gak r kt ubun3 kepale otak aku, effect nye mate aku slalu sakit2 skrg, kne focus btul2 ble nk tgok. ada kaitan gan saraf ker ek??? any neurologist giv me advice

kulitkoko Publish time 14-12-2009 11:29 AM

you all tahu tak pasal treatment "lasik" aku baru aje dengar taklimat about this, very good for the person yang tak nak pakai contact lense atau cermin mata, tapi cost about RM12000 for the both of ey ...
eydarahim Post at 5-8-2009 13:52 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif

mmg betul, yg canggih skang dlm RM12k, yg Dr.Muhaya selalu kuar tv, klinik dia kat Ampang kalo tak silap..

tp aku buat kat Optimax HUKM bulan Aug sebelum bulan pose hari tu, amik Lasik biasa.. tak sampai RM3k pun utk kedua-dua mata..

tp kalu ko pi sana,, mmg dia akan promote yg mahal dulu..tp aku amik yg biasa,, dah 4 bulan ni ok je

awejeha Publish time 14-12-2009 12:08 PM

skrg ni tgh try produk permata hijrah utk masaalah rabun..harap2 berkesan, br 3 hr guna:)
ungu_violet191 Post at 16-8-2009 22:50 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif
mcm mana, ada perubahan tak..?

scania Publish time 15-12-2009 11:31 AM

saya baru cek mata aritu.. power ok.. tp silau tinggi aa.. due2 mata.. org kedai mata tu kata pakai spec yg fotogrey ke apa namanyer. kalo kite pakai kat indoor die kaler lain kalo pakai kat outdoor die tuko kaler lens tu.. ntah la.. tp tak bli pong.. tp mmg aku rasa sakit mata kalo tgk tv or pc lama2 or bende2 lain yg bercahaya

izzah_mia Publish time 28-12-2009 01:20 PM

ada sapa penah dpt rawatan kat pusat pakar mata centre for sight??penah kuar artikle dlm berita harian

lovely_rose Publish time 25-2-2010 12:27 PM

saya ada masalah skit...hari2 saya pakai contact lens,tp hari ini saya bgn tido n lepas tu pakai contact len,,lepas saya pakai contact lens sebelah kanan,saya dapati mata kanan saya tidak ade apa2 perubahan...still kabur wlapun dh pakai c.lens....skrg ni saya bergantung pada mata kiri saja...huhu...adakah sape2 yg pernah mengalami masalah seperti saya ni? i need help....huhu

a.ceCCo Publish time 27-2-2010 12:34 AM

219# lovely_rose

taktahu pulak macam tu. selama ni aku pakai takde pernah kena macam tu :o
sampai sekarang ke u takleh nampak? or getting better? ke worst? kalau worst better jumpa doc, mata ni takleh main2..
Pages: 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 [11] 12 13
View full version: Masalah Mata Kabur/Rabun & Kesihatan Mata


ADVERTISEMENT