dahayu Publish time 21-4-2008 12:39 PM

boleh caya ka?:)emmmm nak cuba, tapi takot. ya la zaman sekarang org nak buat duit jer, tapi yang pemakai menanggung sakit kalo barang x elok...:)

Uncle_K Publish time 21-4-2008 01:05 PM

sifir saya mudah....kalau ragu tak perlulah dicuba:)
Seelok eloknya cuba dulu..berdoa agar dapat kesembuhan:)

[ Last edited byUncle_K at 21-4-2008 01:19 PM ]

amazed Publish time 21-4-2008 08:04 PM

Gejala mata malas pada kanak-kanak

Oleh: DR. SHATRIAH ISMAIL (Pensyarah Kanan dan Pakar Oftalmologi, Jabatan Oftalmologi Pusat Pengajian Sains Perubatan, Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM), Kelantan)


http://www.utusan.com.my/pix/2008/0420/Utusan_Malaysia/Kesihatan/kn_02_big.jpg
PEMERIKSAAN mata dan preskripsi cermin mata pada peringkat awal tumbesaran anak dapat mengelakkan berlakunya gejala mata malas selepas anak meningkat dewasa kelak.

GEJALA mata malas merupakan antara punca utama seorang kanak-kanak tidak berupaya melihat dengan baik.

Gejala mata malas dikenali sebagai ambylopia dalam bahasa perubatan. Keadaan ini berlaku disebabkan kanak-kanak melihat imej yang kabur sekiranya mengalami masalah rabun, juling atau keabnormalan pada tisu mata.

Imej yang kabur ini menyebabkan perkembangan otak turut terjejas.
Input visual yang dilihat akan dihantar ke otak bagi membolehkan kanak-kanak mengenali sesuatu objek.

Sekiranya proses ini terganggu dan tidak dirawat, kanak-kanak tidak dapat mengenali objek yang dilihat kerana bahagian otak yang berperanan mengawal deria penglihatan tidak berfungsi dengan baik. Fenomena ini dikenali sebagai gejala mata malas.

Gejala mata malas ini berlaku pada sebelah mata atau kedua-dua belah mata pesakit. Ia perlu dikesan pada peringkat awal dan pesakit dinasihatkan menjalani rawatan yang sewajarnya sebaik sahaja diagnosis dibuat oleh doktor pakar mata.

Rawatan awal dan konsisten amat penting bagi memastikan keupayaan kanak-kanak melihat berada pada tahap yang baik.
Punca dan Tanda-Tanda Klinikal

Antara punca gejala mata malas yang dikenal pasti ialah;

* masalah mata rabun
* perbezaan kuasa refraktif mata
* mata juling
* keabnormalan pada tisu mata

Masalah Mata Rabun

Mata yang rabun disebabkan oleh masalah hypermetropia, myopia dan astigmatism. Keadaan ini menyebabkan gejala mata malas berlaku pada kanak-kanak sekiranya tidak dirawat dengan berkesan.

Hypermetropia ialah satu keadaan apabila pesakit mengalami kesukaran untuk melihat dengan jelas pada jarak yang dekat.
Keadaan ini dikenali sebagai rabun dekat dan boleh dikesan seawal umur lima hingga enam tahun. Mereka mungkin menulis, membaca dan menonton televisyen pada jarak yang sangat dekat.

Kanak-kanak ini perlu menjalani pemeriksaan mata yang menyeluruh oleh doktor pakar mata. Sekiranya keadaan ini tidak dirawat, kanak-kanak ini akan mengalami kesukaran terutamanya ketika membaca dan menulis sebaik sahaja mereka memasuki alam persekolahan.

Myopia ialah satu keadaan dimana pesakit berupaya melihat pada jarak dekat dengan jelas tetapi mengalami kesukaran melihat pada jarak yang jauh.

Keadaan ini dikenali sebagai rabun jauh dan boleh dikesan pada usia lapan hingga sembilan tahun. Mereka biasanya mula mengadu tidak dapat melihat dengan jelas perkara yang ditulis oleh guru di papan hitam atau papan putih yang berada di hadapan kelas sekiranya mereka duduk dalam barisan belakang.

Kanak-kanak yang mengalami masalah rabun jauh (myopia) kurang berisiko mengalami gejala mata malas berbanding kanak-kanak yang mengalami masalah rabun dekat (hypermetropia).

Ini disebabkan kanak-kanak yang mengalami masalah rabun jauh tidak menghadapi masalah penglihatan pada jarak yang dekat. Mereka boleh membaca dan menulis tanpa sebarang kesulitan.

Astigmatism ialah keadaan struktur kornea atau permukaan mata yang berlekuk dan tidak sekata. Keadaan ini menyebabkan kanak-kanak melihat imej yang tidak jelas dan berpecah.

Sekiranya tidak dikesan dan dirawat, kanak-kanak yang mengalami masalah astigmatism akan mengalami gejala mata malas.
Kanak-kanak yang mengalami masalah rabun dekat (hypermetropia), rabun jauh (myopia) atau astigmatism mengalami gejala mata malas pada kedua-dua belah mata.

Perbezaan Kuasa Refraktif Mata

Keadaan ini dikenali sebagai anisometropia atau satu fenomena di mana terdapat perbezaan kuasa refraktif di antara mata kanan dan mata kiri seseorang pesakit.

Dalam erti kata lain, kanak-kanak mengalami masalah rabun seperti yang dinyatakan di atas, sama ada rabun dekat (hypermetropia), rabun jauh (myopia) atau astigmatism, mempunyai kuasa cermin mata yang berbeza di antara mata kanan dan mata kiri pesakit.

Mata yang memerlukan kuasa cermin mata yang lebih berbanding mata yang satu lagi akan melihat imej yang kabur sekiranya keadaan ini tidak dirawat.

Kanak-kanak yang mengalami situasi ini, akan mempunyai tahap keupayaan penglihatan yang tidak sama pada kedua-dua belah mata.

Pesakit akan melihat imej yang kabur pada sebelah mata sahaja dan fenomena ini dikenali sebagai mata malas.

Mata Juling

Keadaan mata juling yang berlaku secara konsisten pada sebelah mata menyebabkan berlakunya gejala mata malas.

Mata yang juling, sama ada juling masuk atau juling keluar, sebenarnya tidak melihat imej yang jelas. Keadaan ini menyebabkan mata yang juling mengalami gejala mata malas.

Keadaan mata yang juling silih berganti mempunyai risiko gejala mata malas yang sangat rendah.
Juling silih berganti ialah satu fenomena di mana hanya sebelah mata yang kelihatan juling dan sebelah mata lagi kelihatan lurus pada satu-satu masa.

Dalam tempoh yang singkat, mata yang mulanya juling boleh berkeadaan lurus dan mata yang sebelah lagi pula mengalami juling.

Pesakit sebegini biasanya tidak mengalami gejala mata malas kerana dia berupaya melihat dengan jelas menggunakan hanya satu mata pada setiap masa.

Keabnormalan Pada Tisu Mata

Sebarang keabnormalan pada tisu mata pada struktur kelopak mata, kornea, kanta mata, vitreous dan retina akan menyebabkan gangguan imej yang dilihat.

Masalah kelopak mata yang jatuh (ptosis) dan sebarang kesan parut pada kornea mata sama ada akibat kecederaan atau kecacatan asal menyebabkan input visual yang kurang jelas dihantar oleh saraf mata ke otak.

Penyakit katarak kongenital, gangguan struktur vitreous dan retina juga menyebabkan masalah yang sama.

Sekiranya keabnormalan seperti yang dinyatakan di atas tidak dirawat, kanak-kanak terbabit akan hanya melihat imej yang kabur.

Lama-kelamaan, otak akan mengabaikan imej kabur tersebut dan menyebabkan keupayaan melihat kanak-kanak tersebut menjadi sangat terhad.

Komplikasi

Perkembangan visual penglihatan dan otak yang mengawal deria penglihatan bermula seawal usia empat hingga enam bulan.
Usia dua hingga enam tahun pula sangat kritikal untuk perkembangan deria penglihatan. Sebarang keabnormalan deria penglihatan yang dikesan sebelum usia enam tahun berpotensi tinggi untuk dirawat bagi membolehkan kanak-kanak melihat dengan baik, sekiranya mendapat rawatan yang sewajarnya.

Sekiranya gejala mata malas ini dikesan selepas usia 11 hingga 12 tahun, potensi untuk melihat dengan kadar yang baik amatlah terhad.

Perkara ini dikhuatiri mengganggu proses pembelajaran dan fokus masa depan kanak-kanak terbabit.

amazed Publish time 21-4-2008 08:04 PM

Kaedah Rawatan

Kanak-kanak yang mengalami gejala klinikal seperti yang dinyatakan di atas perlu menjalani pemeriksaan yang menyeluruh oleh doktor pakar mata.

Pemeriksaan ini penting bagi memastikan diagnosis yang tepat dan mengenal pasti punca berlakunya gejala mata malas.
Kanak-kanak yang mengalami masalah rabun (sama ada rabun dekat, rabun jauh atau astigmatism) dan perbezaan kuasa refraktif (anisometropia) juga perlu menjalani pemeriksaan refraksi mata oleh pegawai optometris yang terlatih.

Pemeriksaan refraksi mata akan menentukan kuasa cermin mata yang diperlukan oleh para pesakit.

Kanak-kanak ini akan dinasihatkan menggunakan cermin mata bagi membantu memulihkan keupayaan penglihatan mereka.
Walau bagaimanapun, mereka perlu menjalani pemeriksaan mata secara berkala bagi memastikan tahap penglihatan dan kuasa cermin mata mereka berada pada tahap yang optimum.

Sekiranya terdapat perbezaan tahap penglihatan di antara kedua-dua belah mata selepas menggunakan cermin mata, kanak-kanak terbabit perlu menjalani rawatan oklusi mata.

Doktor pakar mata biasanya akan menasihati kanak-kanak supaya menjalani rawatan oklusi mata di rumah.
Rawatan oklusi ialah satu bentuk rawatan yang didapati berkesan untuk merawat gejala mata malas.
Ia melibatkan proses menutup sebelah mata yang mempunyai tahap penglihatan yang lebih baik dengan menggunakan penampal khas.

Rawatan ini memakan masa selama beberapa jam seperti yang disyorkan oleh doktor pakar. Tujuan rawatan oklusi ialah menggalakkan kanak-kanak terbabit mula menggunakan mata yang kurang jelas dan otak belajar menerima input visual dari mata tersebut.

Rawatan oklusi mengambil masa, memerlukan kerjasama kanak-kanak terbabit dan juga komitmen yang tinggi oleh ibu bapa atau penjaga. Ia perlu dilakukan secara berterusan sehingga mata yang malas menunjukkan tahap penglihatan yang setara dengan mata yang sebelah lagi.

Pesakit yang mengalami masalah mata juling dan keabnormalan pada tisu mata perlu menjalani rawatan yang sewajarnya terlebih dahulu.

Selepas menjalani rawatan yang khusus untuk masalah juling dan keabnormalan pada tisu mata, barulah rawatan oklusi mata boleh diadakan secara sistematik.

Adalah penting supaya pesakit dapat mengikuti rawatan susulan mengikut jadual yang ditetapkan oleh doktor pakar mata.
Sepanjang tempoh rawatan, doktor pakar mata akan memantau tahap penglihatan pada kedua-dua belah mata para pesakit.

Rawatan oklusi biasanya ditamatkan setelah doktor pakar mata berpuas hati dengan tahap penglihatan pesakit.

Salah Anggapan Masyarakat

Masyarakat amnya kurang mendapat pendedahan mengenai gejala mata malas dan kaedah-kaedah rawatannya.

Gejala mata malas boleh dirawat sepenuhnya sekiranya dikesan pada peringkat awal dan ibu bapa mengambil sikap yang proaktif sepanjang tempoh rawatan diadakan.

Sikap menunggu sehingga kanak-kanak membesar terlebih dahulu perlu dihindari. Kanak-kanak ini akan membesar dengan tahap penglihatan yang sangat rendah dan terhad sekiranya mereka tidak menjalani rawatan yang sewajarnya secepat mungkin.

Peranan Ibu bapa

Para ibu bapa dan penjaga memainkan peranan yang sangat penting dalam diagnosis awal dan rawatan yang tepat untuk penyakit ini.

Segeralah membawa anak anda berjumpa doktor pakar mata sekiranya anda mengesyaki mereka mengalami gejala mata malas.

Rawatan yang awal dan komitmen ibu bapa yang tinggi amat penting bagi membolehkan kanak-kanak yang mengalami gejala mata malas berupaya melihat kembali dengan baik dan jelas.

Mereka akan memerlukan keupayaan penglihatan yang optimum terutamanya menjelang alam persekolahan.

sandra_amalya Publish time 21-4-2008 09:59 PM

eh korang.. nak tanya .. nape ek tetibe jer ada bintik merah kecil la kat biji mata
putih, mata aku ygblah kanan :funk: takut la aku.. aku tak g jumpa doc
lagi sebab aku tengah ada kursus... aku alirkan air dlam mata pun tak keluar la
bintik merah tu....korang penah alami tak..? bleh kuar balik tak bintik tu...? :'(
tolong aku weii... takut ni.... :'( :(

Uncle_K Publish time 22-4-2008 07:32 AM

bintik merah tu ketulan darah kut.

wakata Publish time 22-4-2008 01:46 PM

kalau mata asyik berair saja,kenapa ek...tak selesa lar

sandra_amalya Publish time 22-4-2008 02:05 PM

Originally posted by Uncle_K at 22-4-2008 07:32 AM http://forum6.cari.com.my/images/common/back.gif
bintik merah tu ketulan darah kut.


bahaya tak uncle ek...? :o :'(
takutnyer .. tetiber je... ada bintik dlm mata tu... huhu...

iey_iyda Publish time 2-12-2008 02:27 PM

Sakit Mata.. lamanyaaaaaa...

sorry kalau dah ada topik ni, sebab search tadik macam takde..

aku baru kena sakit mata sabtu lepas.. up till now, masih merah+bengkak+berair mata aku.. dah masuk 4 hari ni.. satu family pun dah kena berjangkit-jangkit.. :'(

dah 3 klinik kitorang pergi.. doktor cakap ada 2 jenis.. kalau sakit mata yang takde tahi mata (cuma merah dan berair), itu kategori lambat baik. makan masa kadang sampai 2-3 minggu.. dan kalau makan antibiotik pun tak jalan.

kalau sakit mata yang banyak tahi mata (bangun pagi, mata bertali-tali susah nak bukak), itu jenis cepat baik kalau makan antibiotik..

aku kena yang first tuh, doktor kata no choice, kena mc dan tunggu sampai baik.. aku amik antibiotik pun tak jalan.. tensen nya aku dengar. :mad:


korang ada any idea tak camner nak cepat pulihkan sakit mata nih? seksanya mataku rasa.. aku takut kena lagi sebelah mata, karang tambah lagi 2 minggu aku mc.. dah lah nak tido pun susah, mata bertakung2.. :funk:

wassup Publish time 2-12-2008 02:36 PM

hope you boleh cari pakar mata cepat cepat...my sister terpaksa suffer selama 1bukan lebih...lucky sekarang dah ok

iey_iyda Publish time 2-12-2008 02:44 PM

Reply #2 wassup's post

alamak.. ye ke? nampaknya kena gi sjmc lah kot nih.. :o

saya jumpa 2 orang dah doktor (klinik la), tapi diorang pun ala-ala tengok gitu2 je dan bagi obat. takde menelek apa pun, tengok dari jauh je.. sorang doktor siap cakap, taknak aku lelama kat situ, nanti berjangkit kat dia.. ye lah aku paham.. tapi dah sakit kena la jumpa doktor.. :(

skarang nak drive pun susah, mata kepit sebelah..

aku tau aku baru kena 4 hari, tapi aku risau la.. sebab macam takde tanda nak surut pun..

[ Last edited byiey_iyda at 2-12-2008 02:47 PM ]

mykiwi Publish time 2-12-2008 03:00 PM

aku first time kena dlm bulan mei tahun ni.pedih jer mata aku.mmg kena mc hehe

aku kena yg bila bgn pagi mata mmg tak leh buka sbb penuh dgn taik mata :'(

memula aku g klinik , doktor bg ubat titis kat mata + ubat mkn tp tak jalan gak lagi parah ada la.

pastu aku decided g spital. kat sana dorg bg aku jumpa doktor mata.doktor tu korek bersihkan selaput/taik mata di sekeliling mata aku,pastu baru rasa clear skit..tp amek masa gak la nk sembuh.ada la dlm 2 wks huhu :L

iey_iyda Publish time 2-12-2008 03:06 PM

Reply #4 mykiwi's post

lama jugak ye sakit mata nih.. aduhai..

agak-agak kan kalau dah kena sekali, akan kena lagi tak ek? rasa tak sanggup nak terjangkit lagi sekali.. kalau once in a lifetime takpe lah jugak..

macam anak sedara aku awal2 kena, tapi dia dah baik, then aku lak kena.. so aku takut nanti berjangkit balik kat dia.. sian la plak..

nidzhar Publish time 2-12-2008 03:11 PM

sakit mata ni sensitif sebab saraf mata akan effect saraf kat kepala kita. sometimes kalau kena sakit mata kita akan rasa pening2. and kena be careful sebab sakit mata ni mula2 mmg la ringan tapi takut esk jadi lain plak. the best way is jumpa doktor yg pakar dlm sakit mata sebab takat gi jumpa general practioner ni dia org tak amik port sangat n just check gitu2 jer.

kalau sakit mata tu melarat tak elok better pegi hospital mata. kalau area pj the best is tun husein onn eye specialist. good luck :)

mykiwi Publish time 2-12-2008 03:13 PM

Reply #5 iey_iyda's post

yup, lama gak

mula2 ingatkan leh baik dlm 2-3 hari skali amek dlm 2 wks gak huhu

iey_iyda Publish time 2-12-2008 03:21 PM

Reply #6 nidzhar's post

ha'ah memula memang pening kepala, masa 1st day..

skarang ni start selsema plaks...

kadang tengok dalam mata tu cam ada jelly...

ni first time aku kena sakit mata, seumur hidup aku.. sangat la tak selesa, asik rasa nak marah je.. :L

iey_iyda Publish time 2-12-2008 03:22 PM

Reply #7 mykiwi's post

berapa diorang charge ye mykiwi? pergi sekali je ke atau kena berulang?

piskey Publish time 2-12-2008 03:46 PM

sy pun penah kene sakit mata, mata pedih dan berair :'( .dr kata sebab pakai contact lens. dr bagi ubat then ok. pi klinik kerajaan jer. ambik masa seminggu jugalah br ok.nak kemana2 kene pakai spek mata itam

iey_iyda Publish time 2-12-2008 04:13 PM

Reply #10 piskey's post

ooo. kalau sakit mata sebab contact lens ni, berjangkit tak?

saya pakai spek mata.. dapat jangkitan dari adalah sekumpulan bebudak neh.. sabar je la..

tapi kan kadang pikir, rasa insaf pun ada gaks.. baru 4 hari sakit mata dah merungut.. orang lain yang sakit berbulan2 bertahun2 tabah je hadap.. ermmm.. maklumlah 1st time saket mata.. risau lah pulak.. ya Allah, ampunkan hambamu yang kuat merungut ini.. :$

cherryblossoms Publish time 17-12-2008 09:08 AM

masalah mata..

ayah aku alami kaburan mata..aku raser ada effect ngan kencing manis dia..sekarang ni nak bawak kereta pun tak bole,coz nampak kereta tu berlapis2..aku nakk bawak jumpa doktor pakar mata kat ipoh..so ada any suggestion about dat..:(
Pages: 1 2 [3] 4 5 6 7 8 9 10 11 12
View full version: Masalah Mata Kabur/Rabun & Kesihatan Mata


ADVERTISEMENT