|
segamat banjir ! update, banyak jalan da tutup untuk kenderaan
[Copy link]
|
|
binatang bacul banyak nick / pakar dubur CI dok ke hulu ke hilir salin kulit,
tak peg ...
akram Post at 2-2-2011 19:23
pakari@tomato@spammer woi, bawa-bawa bertobat la, ingatlah skit, jangan dok spam sana sini, ko ni macam sampah masyarakat la, parti pembangkang pun tak sanggup mengaku yang ko talibarut mereka
list baru dah keluar belum? |
|
|
|
|
|
|
|
hihi suka tgk najib
muka dia nampak lembut jer...
rosmah pun cantik sebenarnya tapi muka ketat kekeke
anyway, ada sesiapa tahu tak, from jb-batu pahat, ada banjir tak? kalau nak ikut highway...
uhmm batu pahat banjir tak? |
|
|
|
|
|
|
|
belah sri medan sana banjir,
parit sulong pun dengarnya mula naik air tghari td.
jb-bp ikut highway takde masalah. |
|
|
|
|
|
|
|
muar x hujan...camane lak banjir tiba2 ???
Bateesta Post at 2-2-2011 13:16
air dr sgmt turun ke muar... tu info yg aku dpt dr bilik gerakan |
|
|
|
|
|
|
|
tak benti lagi ka hujan |
|
|
|
|
|
|
|
thank you!! hari ni still hujan ke?
or banjir dah surut ya?
ingat nak pegi kg parit lapis...
hopefully ok... |
|
|
|
|
|
|
|
Banjir dah reda kan?
asamfy87 Post at 3-2-2011 10:17
kawasan bando segamat air semakin surut,
tapi ade kawasan lain di segamat air semakin naik spt di buluh kasap |
|
|
|
|
|
|
|
persepsi aku terhadap org johor mmg tak akn meleset .tambahan lagi psl banjir neh.mengapa sentap kalo org nak mempolitik banjir.kedah baru2 neh banjir teruk ,dipolitik kan oleh kerajaan pusat.bukan sahaja mempolitikan banjir tapi mendiskriminasikan mangsa banjir.patut org selatan especially johor marahkan bapak si najwa yg angkuh lagi sembab..."biar ribut taufan melanda,pengundi akn tetap turun mengundi........."ribut taufan tak melanda tapi banjir.tak ke menyusahkan org namanya tuh? |
|
|
|
|
|
|
|
Balaci pencacai penjilat politaik yg jelek mcm ekau neh lah yg buat malaysia neh sesuatu yg jelek + jijik.
Prejudis sendiri, akibat amarah terhadap sekelumit politaik akai setitik; sudahnya jadi harus utk berprasangka buruk kpd org lain.
Oh mummy... She started it firsttt.. Uwaaaaa :re:
Cam sial. |
|
|
|
|
|
|
|
kesian aku kat tucing tucing yang menjadi mangsa banjir ni |
|
|
|
|
|
|
|
kesian aku kat tucing tucing yang menjadi mangsa banjir ni
honam Post at 3-2-2011 19:58
kat hanjeng hanjeng tak kesian ka |
|
|
|
|
|
|
|
Pagoh & Yongpeng plak banjir walaupun takda hujan
ada sesuatu berlaku di plat banjaran titiwangsa kah ??? |
|
|
|
|
|
|
|
aku baru balik dari segamat. Jalan berlubang2, dan laluan ke segamat dari tangkak memang rosak teruk dan tak boleh dilalui, air masih bertakung di km 8 disamping jambatan yg runtuh. Aktiviti aku dikampung antaranya ialah tengok penduduk kampung menangguk ikan di limpahan air di tepi jalan. Ikan2 keli afrika yang paling banyak, mungkin terlepas sari sangkar. Ikan2 sepat yang dah lama aku tak tengok pun banyak di atas2 rumput yang ditenggelami air. |
|
|
|
|
|
|
|
aku baru balik dari segamat. Jalan berlubang2, dan laluan ke segamat dari tangkak memang rosak teru ...
aurorae Post at 4-2-2011 20:19
katenye kalau ikot tangkak da boleh lalu??
|
|
|
|
|
|
|
|
aku terpikir bila baca kisah bawah ni... camana agaknya mereka yg punya anak sendiri, anak2 kecil dan mcm2 lagi...
‘Syurga kecil saya tenggelam’
Pengalaman wartawan Segamat Sinar Harian terlibat banjir
MOHD NAZIRUL RAMLI
SENAI – Bermula dari penamaan calon sehingga hari mengundi, hati saya berdebar-debar mendukung amanah untuk menjadi pelapor di sepanjang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.
Walaupun masih baru dalam dunia kewartawanan, iaitu sejak Mei 2010, saya kira amanah yang diberi akan digalas sebaik mungkin, biar berapa berat.
Bahang PRK pertama yang saya dirasai adalah apabila terdapat ura-ura sewa rumah tempat saya tinggal dikatakan akan dinaikkan, kerana permintaan yang tinggi di sepanjang PRK itu.
Biarpun berjaya melepasi sembilan hari sepanjang berkempen PRK DUN Tenang, namun pada detik yang ditunggu-tunggu untuk pengumuman keputusan PRK DUN Tenang, saya gagal berada di Dewan Majlis Perbandaran Labis, akibat terkandas dalam banjir .
Saya pernah berhadapan banjir pada tahun 2006. Cumanya keadaan yang saya laluinya lima hari lalu benar-benar mencabar.
Saya sifatkan pengalaman ini sebagai perjuangan menyelamatkan nyawa. Kami berlapar, kuyup, sejuk dan hanya doa mampu dipanjatkan.
Sebelum kejadian, saya bersama dua sahabat yang juga petugas Sinar Harian, Ahmad Aswad Ashar, 24, dan Mohd Nazmeel Mohd Nasir, 21, keluar sebentar dari rumah sewa di Kampung Jawa untuk menikmati minum petang; secawan teh dan sekeping lempeng.
Pulang kira-kira jam 6.30 petang, jalan menuju ke rumah sudah dinaiki air; hampir ke paras lutut dan akhirnya kami terkandas di Paya Pulai, 3 kilometer dari rumah.
Kami ingat hendak meredah banjir, tetapi hasrat itu terbantut kerana rupanya air naik terlalu cepat; semakin lama semakin dalam.
Apa yang bermain dibenak fikiran adalah untuk menyelamatkan barang-barang peribadi yang ditinggalkan. Komputer riba, kereta syarikat, televisyen, perabot dan bermacam-macam lagi mahu diselamatkan.
Apa yang paling saya terkilan, telefon bimbit yang baru dibeli dengan harga RM600 setengah jam sebelum itu, hanya dipegang sekejap dan ditinggalkan dicas, juga tenggelam.
Akibat tidak tahu ke mana hala tuju, kami bertiga berlari mencari tempat tinggi. Kami selamat. Akhirnya kami dapat menaiki trak polis yang diletakkan di bahu jalan.
Berada dalam trak sepanjang malam, dengan keadaan sehelai sepinggang, basah kuyup dan kesejukan. Kami berdakapan satu sama lain bagi menahan sejuk. Kami tidak dapat melelapkan mata, walaupun badan terlalu letih.
Ketika itu walau perut sudah mengeluarkan irama keroncong, namun hidangan enak tidak termampu untuk dibayangkan. Sebaliknya air mineral dan biskut kering ihsan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dapat mengubat kelaparan.
Terima kasih kepada pasukan bantuan terlibat seperti Pasukan Bomba dan Penyelamat, Polis Diraja Malaysia (PDRM), FRU dan pelbagai pihak berwajib lain atas pertolongan menyelamat serta memberi bantuan.
Keesokannya harinya, saya bersama rakannya dan beberapa orang awam yang lain dihantar ke Pusat Pemindahan Sekolah Menengah Agama Al Khairiah dan saya kemudian memilih untuk bermalam di rumah wartawan petugas Sinar Harian dari Ibu Pejabat di Shah Alam, di Pekan Jabi.
Apa saya kesalkan, dalam keadaan manusia bertarung menyelamatkan nyawa, ada pihak yang menjadikan banjir sebagai lubuk perniagaan. Ada yang menjual pakaian terpakai dan payung dengan harga tinggi.
Dalam keadaan terdesak saya tidak dapat melakukan tindakan boikot. Tapi terpaksa juga membeli pakaian terpakai yang ditawarkan kerana apa yang saya miliki hanyalah yang ada di badan.
Bila air sudah surut, saya pulang ke rumah. Seperti diduga, syurga kecil saya itu waktu ditinggalkan hampir tiga perempat ditenggelami air. Badan terasa semakin lesu melihat lumpur yang memenuh, barang yang berselerakan. Paling sayu bila memikirkan tiada barang yang dapat diselamatkan.
Penat lelah bekerja, berdikit membeli harta, musnah dengan sekelip mata, dengan nilai kerugian hampir RM10,000.
Biarpun sedih menanggung kerugian, saya memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana masih diberi nyawa. Saya dan rakan-rakan masih selamat. |
|
|
|
|
|
|
|
terima kasih kerajaan barisan nasional |
|
|
|
|
|
|
| |
|