BUKAN CINTA MALAIKAT
Fachri Albar, Nora Danish, Ashraf Muslim
SINOPSIS Bukan Cinta Malaikat
Reyhan (Fachri Albar), merupakan seorang sukarelawan Muslim Care, yang berasal dari Bandung, dan ditugaskan di daerah konflik di Timur Tengah. Ketika tengah berada di Madinah, Reyhan bertemu dengan Dewi (Nora Danish), seorang wanita dari Malaysia yang sedang menjalankan ibadah umrah. Dewi telah ditahan pihak berkuasa semasa di perantauan, dan Reyhan telah tampil untuk membantunya.
Reyhan, seorang idealis dalam menjalankan tugas kemanusiannya belum pernah mengungkapkan kata-kata cinta pada wanita sebelum ini. Walau bagaimanapun, sejak peristiwa tersebut, Reyhan merasakan benih cinta telah tumbuh di dalam dirinya terhadap Dewi. Reyhan memutuskan untuk terbang ke Malaysia untuk mengungkapkan perasaannya dan melamar Dewi.
Namun sayangnya, cinta Reyhan bertepuk sebelah tangan kerana Dewi rupanya sudah mempunyai kekasih bernama Adam (Ashraf Muslim). Di dalam kemelut itu, muncul pula seorang wanita jelita bernama Aliyah (Donita) dari Bandung, yang merupakan teman Reyhan sejak mereka kecil lagi, hadir mengharapkan cinta Reyhan.
Apakah kesudahan kisah cinta mereka?
Pengarah: Aziz M. Osman, Herdanius Larobu
Penerbit: Chandir Bhagwandas
Penulis Skrip: Azis M. Osman, Herdanius Larobu
Genre: Drama
Tayangan Perdana: Julai 2017
Studio: Ganesa Perkasa Films
Para Pelakon
Fachri Albar sebagai Reyhan
Nora Danish sebagai Dewi
Ashraf Muslim sebagai Adam
Donita sebagai Aliyah
Dewi Irawan
Joshua Pandeleki
Dewi Amanda
Eddy Brokoli
Post time 15-7-2017 12:48 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Lama tak nonton filem indo. Ai like their potrayal of islamic values, tapi bila mostly storyline link to cinta, berkongsi laki lah....tuh yg ai malas nak tengok
Anyway most indo filem their cinematography kind of wow.
Didnt know Aziz M Osman still directing
Post time 24-1-2018 03:33 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Tunggu review bagus baru p tgok.cite2 mngntuk gini mls nk tgok sbnrnye tapi sb nora danish heroin tu tgu review aokmer. Nora nmpk je mcm cute2 childish gitu tapi blakon leh tahan gak.. Real.