View: 5546|Reply: 20
|
BUAYA SI BUJANG BELAWAI - “RAJA MELANAU”(SARAWAK DARUL BOYA)
[Copy link]
|
|
Edited by cmf_shalom at 5-11-2019 03:29 PM
BERBICARA tentang saiz dan keganasan sang buaya atau sang bedal kebiasaannya sudah tentu Sarawak mendominasi ceriteranya. Bujang Senang, Bujang Sudin, Bujang Seblak dan banyak lagi gelaran sang buaya-buaya cukup dikenali oleh rakyat di Malaysia amnya dan Sarawak khususnya. Sungai Batang Lupar berserta dengan anak-anak sungainya cukup terkenal dengan sang buaya yang bila-bila masa sahaja jika tidak berhati-hati akan menjadikan manusia sebagai hidangannya.
Dalam pada itu mungkin ramai yang sudah melupakan atau tidak mengetahui bahawa nun di Belawai sebenarnya cukup terkenal dengan seekor buaya bersaiz “raksasa” yang kali terakhir mengganas pada akhir tahun 1982. Dan di Sungai Belawai suatu ketika dahulu pernah ada seekor buaya yang dikenali sebagai si Bujang Belawai yang turut digelar “Raja Melanau” di kalangan penduduk tempatan dan ia turut dipercayai sebagai “penjaga” sungai tersebut.
Alkisah mengapa Bujang Belawai diburu bermula apabila seorang penduduk yang tinggal di Kampung Sebayan iaitu yang bernama Aki Nugung telah dibaham oleh Bujang Belawai pada tahun 1982. Pada ketika itu dikatakan Aki Nugung yang merupakan seorang nelayan dijadikan santapan oleh si Bujang Belawai setelah dia terjatuh ke dalam sungai akibat perahunya dilibas oleh ekor si penjaga Sungai Belawai.
Tatkala sudah membuat onar, mana-mana buaya yang telah memakan manusia pasti diburu samada hidup atau mati. Maka begitulah si Bujang Belawai apabila satu operasi telah digerakkan oleh Polis Marin Sarawak memburunya. Selain kaedah menangkapnya menggunakan pawang buaya gagal maka operasi bersepadu digerakkan secara besar-besaran.
Setelah jejak Bujang Belawai dapat dikesan akhirnya pasukan Polis Marin Sarawak mengatur strategi untuk berhadapan dengan buaya raksasa ini. Setiap langkah harus diatur dengan berhati-hati kerana peluang hanya sekali sahaja memandangkan bila-bila masa si Bujang Belawai boleh kembali ke lubuknya. Pada masa itulah Polis Marin telah menembak buaya pembaham Aki Nugung dan seterusnya dibom untuk mematikannya.
Berdasarkan pautan akhbar yang dipamerkan di Jong Farm Crocodile, Kuching menjelaskan betapa besarnya si Bujang Belawai ini iaitu panjangnya sahaja 15 kaki dan beratnya melebihi 500 pound . Dengan saiznya itu sahaja cukup membuktikan bahawa Bujang Belawai “Raja Melanau” turut dikategorikan sebagai buaya “raksasa” di Sarawak. -HB- Rujukan:
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Aku komen dulu.. Sat g baca...  |
|
|
|
|
|
|
|
iolss mmg suka tgk buaya. g langkawi ka melaka ka mmg wajib dtg tmn buaya  |
|
|
|
|
|
|
|
thanks..
dari masa ke semasa akan menyumbangkan apa yg perlu
|
|
|
|
|
|
|
|
perut boleh buat rumah kot
|
|
|
|
|
|
|
|
cmf_shalom replied at 5-11-2019 05:17 PM
perut boleh buat rumah kot
Aku boleh bayangkan besarnya perut buaya ni |
|
|
|
|
|
|
|
ishhh..xde minat yg lagi helok ker
|
|
|
|
|
|
|
|
Woww kitak turun ke bod HML oh nek tuk. Tahniah boss
Kamek baca semua lagenda buaya Sarawak, sigek ya cerita pengutip siput yang terleka mengutip siput sampai lewat maghrib diatas balak hanyut. Makin gelap makin tinggi balak terapung, maka banyaklah siput yang dapat dikutipnya. Lama-lama dia terperasan balak hanyut tu rupanya buaya gergasi. Punyalah tua sampai tumbuh lumut, siput dan lapisan keras diatasnya
Pengutip siput tu minta buaya tak ganggu dia, dia cari makan untuk anak bini. Buaya pun pergi, dia pun naik ke darat
Mek gemar baca kisah boya Swak as tribute sik pernah kena ganggu. Kamek kuat main air dolok |
|
|
|
|
|
|
|
kalau ikut..mmg mcm tu la petua pagan..
naka masuk utan..minta izin..sama juga nak pergi ke sungai..minta izin..bagi salam...
Biasanya...kes manusia btembung ngan buaya...kalau ikut org tua..bila berlaku kes "puni"-lupa pula isitlah dlm BM
|
|
|
|
|
|
|
|
cmf_shalom replied at 5-11-2019 07:27 PM
kalau ikut..mmg mcm tu la petua pagan..
naka masuk utan..minta izin..sama juga nak pergi ke sun ...
Oh kempunan ya. Orang pelawa makan iboh menolak. Janji iboh dimungkiri
Saya memang kuat makan mungkin tak penah puni lagi
Takut terambil lebih pula sebab sedap sangat
Pernah satu waktu sya lupa buang sampah sanitary kat rumah ni. Macam2 kejadian dalam bilik air, terseliuh, jatuh, hempap pintu..berulang2 macam benda marah saya. Saya pun syak something is angry at me, saya minta maaf kat tong sampah tu sebab lupa nak buang sibuk sangat. I actually bowed down to this sanitary bin everytime I walk passed it, swear to God. No more interruption |
|
|
|
|
|
|
|
hahahahaha saje je sbb amaze dgn kehebatan buaya dlm air ni. kalau buaya darat iolss sepak terajang aje baru selayaknyaa dgn muka dia 
|
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 6-11-2019 09:10 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
MissLana replied at 6-11-2019 09:08 AM
hahahahaha saje je sbb amaze dgn kehebatan buaya dlm air ni. kalau buaya darat iolss sepak terajan ...
Ermmmmm ermmmmmm ermmmmmmmmmmmmm |
|
|
|
|
|
|
|
MissLana replied at 5-11-2019 04:13 PM
iolss mmg suka tgk buaya. g langkawi ka melaka ka mmg wajib dtg tmn buaya
Seppp sikit. Iols pun sama. Dengan sarang buaya dekat Pasir Gudang pun sanggup berkunjung. Pdhl panas terik. |
|
|
|
|
|
|
|
Minat baca psl buaya2 ni. |
|
|
|
|
|
|
|
best juga bc kisah buaya ni... |
|
|
|
|
|
|
|
uolsss mana tu sarang buaya dkt pasir gudang? iols tak pernah dgr laa. iols org jb jgk ni huhu
|
|
|
|
|
|
|
|
MissLana replied at 17-11-2019 09:23 AM
uolsss mana tu sarang buaya dkt pasir gudang? iols tak pernah dgr laa. iols org jb jgk ni huhu
Dekat ujung tanjung nunnnn. Tg langsat. Tix RM2 kot. Jemput singgah. |
|
|
|
|
|
|
|
pernah berkesempatan pergi muzium buaya masa pergi kuching. tengok pada rangka kepala buaya tu, sangatlah menakutkan. petang tu, naik sampan untuk cruise kat sungai , kuching waterfront. my kazen, pergi cakap dalam ni ada buaya tak? my kazen masa tu, kanak2 ribena lagik dalam umur 5/6 tahun. petah berkata2. cuak pulak kita mendengarnya, sbb kata orang tempatan, pantang sebut pasal buaya ni kalau di sungai. masa tu, berdoa jer dalam hati cepat lah habis cruise ni. takut wehh |
|
|
|
|
|
|
| |
|