Soalan dia lebih kurang spt ini: Dia berkerja sebagai staff tenaga nasional. Dia repair kerosakan alat letrik di pejabat sykt yang menjual arak. Taukey kedai tersebut memberi dia angpau kerana kebetula hampit Tahun baru cina.
Jawapan yang diberikan adalah HARAM. Kerana duit itu adalah hasil Taukey tsbt menjual arak.
Originally posted by WonBin at 30-4-2007 08:46 PM
Mari kita bincang pasal halal haram.
Adakah halal duit gaji yang dibayar oleh seorang majikan kafir terutamanya orang Cina?
Saya mengambil pendapat dari website Al-Ahkam ... bermanhaj Salafi ....
BERKERJA DENGAN MAJIKAN YANG BUKAN ISLAM (boleh klik disini)</a>. Sebagai kesimpulan didalam bahagian ini, bolehlah kita merujuk kepada Fatwa yang dikeluarkan oleh Sheikh Muhammad Al-Salih ibn 'Utsaimin dari buku Majmu' fatwanya :
"Kami menasihat saudara-saudara yang bekerja dengan orang-orang kafir untuk mencari kerja dimana tiada musuh-musuh Allah dan Rasulnya, yang menganut agama selain dari Islam. Jika ianya boleh dilakukan, maka itulah cara yang perlu dilakukan. Jika ia tidak dapat dilakukan, maka tiadalah dosa keatasnya kerana kamu melakukan kerja kamu, dan mereka melakukan kerja mereka masing-masing, TETAPI terdapat syarat yang perlu dipatuhi. Tiada ada apa perasaan sayang atau persahabatan didalam hati-hatinya, dan dia perlu mentaati segala ajaran syariah, baik dari segi mengucapkan tanhiah kepada mereka dan juga mengembalikan ucapan salam, dan seterusnya. Dan juga ia harus tidak menghadiri majlis pengkebumian, pesta/perayaan, atau mengucap tahniah kepada majlis-majlis perayaan."[1]
Jelas menunjukkan bahawa pada dasarnya, tidaklah salah bekerja dengan orang kafir, cuma orang Islam perlu menjaga syariat-syariat Islam yang telah ditetapkan. Kita dilarang meniru-niru cara dan adat mereka selain dari kerja yang dilakukan. Ini berdasarkan bahawa syarikat orang kafir ini tidak langsung memusuhi orang-orang Islam.
tajuk asal tak sesuai...dan jawapan yg diberi tidak betul kerana soalan nya="duit gaji drp majikan kafir adakah halal?" soal nya ayat -majikan kafir...sepatut nya soalan tu berbunyi "duit gaji dari sumber tak jelas..adakah halal?" so aku jwb le ikut soalan asal yea..bagi aku tak salah dan halal ni tak timbul soal halal haram...NI JAWAPAN PADA SOALAN ASAL..
Sahabat Rasullulah SAW bernama Salman Al Farisi pernah bekerja sebagai pemetik kurma di ladang kurma milik seorang Yahudi...tapi in the end beliau berhenti bekerja bukan sebab majikannya seorang Yahudi tapi kerana beliau telah dibebaskan.
Originally posted by WonBin at 30-4-2007 09:46 PM
Mari kita bincang pasal halal haram.
Adakah halal duit gaji yang dibayar oleh seorang majikan kafir terutamanya orang Cina?
haku ingat pendapatan kita tetap halal asalkan tidak menyeleweng dan pekerjaan itu adalah halal........ttp kalo tempat keje tuh jelas haram spt kilang arak........tak payah citer ler......mmg ler haram .......ermmm cuba elakkan
Kalau dah jelas majikan kafir sikit banyak ada unsur2 shubhat. Kalau ada pekerjaan lain yang membantu ekonomi Islam maka eloklah tinggalkan bekerja dengan orang kafir. Lebih baik lagi berniaga sb secara tak langsung membangunkan juga ekonomi Islam.