CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4877|Reply: 15

FATWA HIBURAN; Qardhawi Jawab Albani

[Copy link]
Post time 1-6-2007 11:52 AM | Show all posts |Read mode
Al Abani telah mengkritik fatwa Qardhawi dalam masalah “Hukum Mendengar Muzik dan Nyanyian”. Qardhawi menjawab balik dengan hujah-hujah yang ringkas tetapi padat dan kukuh.




Fatwa Hiburan: QARDHAWI JAWAB ALBANI

            Seorang alim dan ahli hadis yang terkenal iaitu Syeikh Muhammad Nasiruddin Al-Albani telah mentakhrijkan hadis dalam buku karanganku iaitu Al-Halal Wal Haram Fil Islam lalu mengeluarkan buku komentarnya yang bertajuk Ghayatul Muram. Dia telah menyelidiki sanad hadis nombor 399, iaitu berkenaan nyanyian dua orang jariah di rumah Rasulullah s.a.w. pada suatu hari raya.


Di akhir komentarnya dia (Albani) berkata:

            “Alangkah baiknya jika penulis (Qardhawi) mengkaji semula secara ilmiah dan terperinci hujah-hujah yang diambil daripada Ibnu Hazm dan Ibnu Arabi. Pendapat sebenar dalam hal ini ialah haram secara sepakat antara kesemua empat mazhab fiqh yang muktabar. Tambahan pula sunnah juga datang selari dengan hukum ini. Tidak sepatutnya seorang alim yang berwibawa menidakkannya.
Ghayatul Muram ms 227 cetakan Maktab Al-Islami.


            Oleh kerana itulah kini saya berada di sini untuk menyahut nasihat syeikh. Saya telah menganalisa kembali secara terperinci dan menyeluruh. Namun begitu hasil kajian dan usaha saya itu tidak sepertimana yang dikehendaki oleh syeikh.


Terdapat beberapa perkara yang ingin saya ulas berkenaan komentar syeikh tersebut iaitu:


Pertama:
            Keempat-empat mazhab fiqh yang muktabar tidak pernah bersepakat mengharamkan seni nyanyian, khasnya mazhab Syafie, sepertimana yang dinyatakan oleh Imam Al-Ghazali: “Ia adalah hiburan yang makruh yang menyerupai perkara yang batil”.


            Begitu juga apa yang disebut oleh Al-Kamal al-Adfawi dalam bukunya Al-Imta yang mengutarakan pendapat keempat-empat mazhab fiqh dalam masalah ini.


(*Jelas… Albani melakukan kesilapan yang tak sepatutnya dibuat. Entah dari mana diperolehinya fakta kononnya keempat-empat mazhab bersepakat menghukumkan haram)

Kedua:
            Perkara yang tidak boleh disangkal ialah apabila berlaku ijma fuqaha kerana umat ini tidak akan sekali-kali bersepakat atas perkara yang salah. Mazhab fiqh yang empat mahupun lapan tidak terjamin selamat dari kesilapan. Kita lihat bagaimana Ibnu Taimiyyah telah menidakkan pendapat keempat-empat mazhab dalam masalah perceraian dan selainnya, walaupun beliau terpaksa meringkuk dalam penjara dan disiksa.


            Sebenarnya perkara sebegini telah terbukti merupakan perkara khilafiyah, dan mungkin ia adalah merupakan antara masalah khilafiah yang paling rumit, sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam Ibnu Jumaah.


Ketiga:
            Syeikh Al-Albani sendiri merupakan seorang ulama yang bebas daripada ikatan mazhab, seorang yang amat lantang menentang konsep bermazhab dan orang yang berpegang kepada pendapat mazhab. Beliau banyak mengeluarkan pendapat yang berbeza daripada empat mazhab ini bahkan juga dalam masalah yang telah diijma’kan, sepertimana yang berlaku dalam masalah “haram wanita memakai emas” dan masalah-masalah lain. Oleh itu, adalah tidak munasabah jika di sini beliau lantang menentang siapa sahaja yang tidak mengikut pegangan mazhab.


(*Hairan… Albani sendiri tidak bermazhab malah menentang konsep bermazhab. Tetapi apabila Qardhawi (mengikut dakwaan Albani) tidak mengikut keempat-empat mazhab dikira tidak benar. Dia boleh, Qardhawi tak boleh)

                    Justeru itu saya menulis lembaran-lembaran ini dengan harapan ia akan dapat menjelaskan kebenaran, berkhidmat untuk agama, mendekatkan agama kepada manusia dan merealisasikan keberlangsungan konsep universal, kekal, sederhana, mudah dan toleran dalam Islam. Insya Allah. Saya berdoa kepada Allah agar mengurniakan taufik dan ketetapan hati kepada saya dan menulis dua pahala kepada saya jika saya benar dan tidak menidakkan satu pahala jika saya salah dalam penulisan ini. Taufik hanyalah datang daripada Allah, kepada-Nyalah aku berserah dan kepada-Nya aku kembali.


Petikan daripada buku “Fiqhul Ghina wal Muziki fi Dhuil Quran wa Sunnah”.oleh Dr Yusuf Qardhawi.

* Perkara ini tidaklah menghairankan kita kerana bagi Albani, Ikhwanul Muslimin termasuklah Qardhawi bukan Ahli Sunnah lagi sebagaimana dakwanya:


            “Tidak benar jika dikatakan bahwa Ikhwanul Muslimin termasuk Ahlus Sunnah kerana mereka memerangi As-Sunnah.”

(Sumber: Kaset Fatwa Para Ulama sekitar Jemaah Tabligh dan Ikhwanul Muslimin, studio Minhajus Sunnah, Riyadh)

http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/modules.php?name=News&file=article&sid=43&mode=&order=0&thold=0
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2007 03:37 PM | Show all posts
Satu penjelasan yang bagus, cuma Ulama' yang arif lebih berhak untuk menilai kebenaran hujjah2 kes ini memandangkan kedua-dua yang disebut di atas adalah orang ilmuan agama...
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2007 02:47 AM | Show all posts
nak pilih qardawi ke albani


nak pilih salafi palsu ke salafi tulen?
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2007 09:50 AM | Show all posts
sepatutnya kita bersifat terbuka dalam memilih 2 pendapat dari mereka-mereka yang arif.

Bukan menjadi batuapi.
Reply

Use magic Report

kulim_82 This user has been deleted
Post time 2-6-2007 01:05 PM | Show all posts
mm....itulah pelik manusia nih...depa suka ambik yg depa nak jek dalam Quran dan hadith.
aku pun tak tak paham kenapa nak berdebat pasal yg nih......byk percanggahan halal, haram atau makruh. Cuma yg paling penting jika niat baik tetapi caranye salah, maka tetap salah. Sebagai contoh, menyanyi lagu lagu nasihat, pastu tak menutup aurat. obvious sangat konsep dah salah.

Wallahualam
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2007 06:37 PM | Show all posts
Kalau kaji selidik latar belakang kedua-dua ilmuan ni, mereka tak mengaku bermazhab, tapi beza pendapat tentang tafsiran Al Quran dan hadith.....

Kalau yang berilmu tu pun boleh beza pendapat, apatah lagi yang tak berilmu...lagi banyak tafsiran yang tak betul kalau main tafsir sendiri...inilah natijah dari ajaran tak bermazhab

Sesetengah orang pula suka guna akal untuk terima atau tolak (perlekeh) pendapat Ulama macam Ulama ni tak berakal pula

Yelah, Ulama pun boleh silap, sebaik-baiknya Ulama lain tegur denga hikmah, bab perbezaan pendapat di kalangan Ulama adalah rahmat. Tapi yang selalu tak faham suka kondem Ulama tu Ulama ni....

Kalau kaji balik sejarah 4 mazhab ASWJ, asalnya Imam2 ni pun tak bermazhab. Yang jadinya mazhab sebab Ijtihad mereka diteruskan oleh anak murid mereka.

Kalau ada orang yang ikut fatwa Qardhawi, maka kita pun boleh kata timbullah mazhab Qardhwi..

Kalau ada orang yang ikut fatwa Albani, maka kita pun boleh kata timbullah mazhab Albani....

So apa salah mazhab? Salahnya kita yang tak faham mazhab dan suka kata orang taksub mazhab, lebih-lebih lagi kata bermazhab tu sesat
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-6-2007 10:00 AM | Show all posts


[quote](*Jelas
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2007 03:39 PM | Show all posts
Originally posted by ikhwanindo at 12-6-2007 10:00 AM
Dan TENTU perbendaharaan ilmu syaikh Albani lebih luas dan mendalam dibanding syaikh Qardhawi. Itu sudah PASTI masha Allah.



Ego nya seorang wahabi yang menjadi khadam Arab Saudi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2007 05:10 PM | Show all posts
Sheikh Albani dah meninggal, hanya Allah sahaja tahu statusnya di alam barzakh.

Sheikh Qardhawi belum lagi, kalau sebelum meninggal dia melakukan perkara2 amalan2 yang sangat disukai Allah maka tak mustahil darjatnya boleh tinggi dari Sheikh Albani (yang mana banyak Ulama seluruh dunia kritik keilmuannya), walaupun Sheikh Qardhawi juga dikritik.

Maka, yang pasti hanya Allah sahaja Mengetahui siapa lebih tinggi darjatnya antara kedua-duanya. Layakkah kita menentukannya sekarang?

* bagi saya muzik ni melalaikan, tapi yang macam nashid tu elok jika mengingatkan kita kepada Allah (dengan syarat tidak menyerupai muzik yang melalaikan)

[ Last edited by  mnm77 at 15-6-2007 05:15 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2007 09:24 PM | Show all posts
Originally posted by ikhwanindo at 12-6-2007 10:00 AM

Seperti yang terjadi di Palestina saat ini. Semoga Allah menolong kaum muslimin dengan mengembalikan mereka kepada agama mereka dengan sebenar-benarnya, amin yaa mujibas saileen.


Di Palestina saat ini terjadi perlawanan antara golongan Islam HAMAS Ahli Sunnah menentang golongan sekularis yang di sokong Israel dan Amerika melalui Arab saudi. Yah..yah kemenangan Islam semakin hampir dan kekalahan wahabi juga semakin hampir. Palestina wahabi di Lebanon juga akan dihapuskan dalam sikit masa lagi...insyaAllah!
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2007 11:05 AM | Show all posts
Originally posted by mnm77 at 15-6-2007 16:10
Sheikh Albani dah meninggal, hanya Allah sahaja tahu statusnya di alam barzakh.

Sheikh Qardhawi belum lagi, kalau sebelum meninggal dia melakukan perkara2 amalan2 yang sangat disukai Allah mak ...


Masha Allah, beliau dah meninggal -rahimahullah-. Dan alhamdulillah beliau meniggal di atas manhaj yang haq, berjihad dengan ilmu beliau memberantas kesesatan yang ada dalam tubuh umat Islam. Soal beliau di kritik, tentulah orang yang memperjuangkan kebenaran ditengah-tengan masyarakat Islam yang sudah tercampur dengan syirik dan bid'ah yang merajalela tentulah syaikh Albani banyak di musuhi, dicerca bahkan di fitnah kepada pemerintah agar beliau di tangka. Itulah resiko orang yang berada di atas manhaj yang haq, masha ALlah. Ahlussunnah itu hidup seperti menggemgam bara api kata Nabi...seakan-akan dia hendak melepaskan sunnah itu dari tangannya karena cobaan orang yang mengamakan sunnah itu sangatlah besar. Apalagi seorang ulama.
Memang benar syaikh Qardhawi masih hidup, dan kita semua terlebih ana pribadi selalu mendoakan agar beliau mendapat hidayah dan taufiq agar merujuk kepada pemahaman yang benar, dan mengoreksi fatwa-fatwanya yang keliru yang menyalahi quran dan sunnah. Karena seperti sabda NAbi "Barangsiapa mengajarkan sunnah yang buruk, maka dia akan menanggung dosa orang-orang yang melakukannya". Semoga Syaikh Qardhawi bertaubat dari fatwa-fatwanya yang nyeleneh, amin. Tapi sejujurnya -Allahu A'lam- untuk keilmuan para ulama sedunia bahkan syaikh Qardhawi sendiri mengakui keilmuan syaikh Albani, bahkan kitabnya di takhrij oleh syaikh Albani, masha Allah.
Ustadh ana pernah bermimpi, dalam mimpinya beliau bertemu dengan syaikh Abdulaziz bin Bazz dan syaikh Utsaimin -rahimakumullah-. Lalu Ustadh ana (namanya ustadh Abdulhakim bin Amir Abdat) bertanya kepada syaikh Utsaimin "dimana syaikh Albani?", lalu mereka menjawab: "fii Illiyin". Masha Allah, tahukah kalian apa itu Illiyiin? Itulah tempat dimana orang-orang yang melakukan banyak amal baik di catat, dan sudah pasti orang yang ditempatkan disini insha Allah husnul khatimah . Dan juga banyak mimpi-mimpi murid-muridnya di seluruh penjuru dunia tentang baiknya syaikh Albani ini masha ALlah. Pernah juga seorang wanita bermimpi bertemu Nabi -shalallah alaihi wasallam-, alu dia bertanya kepada Nabi:"Yaa Rasulullah, jika aku mendapatkan kesulitan dalam agama ini, kepada siapa aku harus bertanya?", maka Rasulullah menjawab:"Tanyakan kepada Muhammad Nashiruddin Al Albani".
Kita semua tentu tahu mimpi bertemu Nabi ini adalah suatu keistimewaan, dan ciri-ciri NAbi hanya bisa diketahui oleh orang yang berilmu. Dan apa yang dikatakan Nabi itu adalah benar masha Allah. Karena jika kita bermimpi bertemu Nabi, maka itu memang benar-benar Nabi. Karena Setan tak bisa menyerupai Nabi. Tapi tentu dengan ciri-ciri yang telah diketahui dari kitab-kitab hadith.

Jika kita mau bersih hati, dan menuntut ilmu dengan ikhlas, tentulah kita menyadari kedudukan ulama-ulama ini, dan Allah akan membuat hati kita mencintainya.
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2007 11:09 AM | Show all posts
Ini sekoq lagi pendatang haram wahabi Indon tak sedar diri! Pergi balik Indon lah selesaikan dulu masalah kat sana sebelum masuk Malaysia ini.
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2007 11:10 AM | Show all posts
Originally posted by BatuApi at 15-6-2007 20:24


Di Palestina saat ini terjadi perlawanan antara golongan Islam HAMAS Ahli Sunnah menentang golongan sekularis yang di sokong Israel dan Amerika melalui Arab saudi. Yah..yah kemenangan Islam s ...


HAMAS ahlisunnah?!?!? You can tell me again about that.   Makanye, harus tau dulu ape itu ahlussunnah, baru kite bisa bilang  si fulan ahlussunnah. Kalau tidak tahu ape itu ahslunnah, semua orang bahkan unta pun dibilang ahlussunnah
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2007 11:13 AM | Show all posts
Originally posted by ikhwanindo at 18-6-2007 11:05 AM

Ustadh ana pernah bermimpi, dalam mimpinya beliau bertemu dengan syaikh Abdulaziz bin Bazz dan syaikh Utsaimin -rahimakumullah-. Lalu Ustadh ana (namanya ustadh Abdulhakim bin Amir Abdat) bertanya kepada syaikh Utsaimin "dimana syaikh Albani?", lalu mereka menjawab: "fii Illiyin


Waahhh...percaya pada mimpi pulak.
Ustaz kamu tu bodoh dan diikuti oleh orang yang bodoh seperti kamu.
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2007 11:18 AM | Show all posts
Originally posted by ikhwanindo at 18-6-2007 11:10 AM
HAMAS ahlisunnah?!?!?  You can tell me again about that. 牋Makanye, harus tau dulu ape itu ahlussunnah, baru kite bisa bilang牋si fulan ahlussunnah. Kala ...


Oh ya...ahlisunnah tu cuma ada di Indonesia saja yang tinggal di bawah jambatan2 dan minum air sungai jakarta yang bersih-bersih belaka. Mereka pun terlebih makan sampai katak pun di makannya.  
Reply

Use magic Report

abusyakira This user has been deleted
Post time 31-7-2007 07:45 PM | Show all posts
Ustadh ana pernah bermimpi, dalam mimpinya beliau bertemu dengan syaikh Abdulaziz bin Bazz dan syaikh Utsaimin -rahimakumullah-. Lalu Ustadh ana (namanya ustadh Abdulhakim bin Amir Abdat) bertanya kepada syaikh Utsaimin "dimana syaikh Albani?", lalu mereka menjawab: "fii Illiyin". Masha Allah, tahukah kalian apa itu Illiyiin? Itulah tempat dimana orang-orang yang melakukan banyak amal baik di catat, dan sudah pasti orang yang ditempatkan disini insha Allah husnul khatimah . Dan juga banyak mimpi-mimpi murid-muridnya di seluruh penjuru dunia tentang baiknya syaikh Albani ini masha ALlah. Pernah juga seorang wanita bermimpi bertemu Nabi -shalallah alaihi wasallam-, alu dia bertanya kepada Nabi:"Yaa Rasulullah, jika aku mendapatkan kesulitan dalam agama ini, kepada siapa aku harus bertanya?", maka Rasulullah menjawab:"Tanyakan kepada Muhammad Nashiruddin Al Albani".

Akh ikhwanindo, saya sangat tertarik dengan tulisan antum diatas...boleh saya tau, apakah antum langsung mendengarnya dari Ust. Abdul Hakim saat diadakan pengajiannya atau antum mendapat info ini dari sahabat lain...kalau boleh sekalian diperjelas di Masjid dan di kota mana?

Karena Maulana Ilyas RAH (pengasas JT) dan Maulana Zakariya RAH (penyusun kitab FA) pun pernah bermimpi bertemu dengan Nabi Shalallahu 'Alayhi Wassalam.

Tolong diceritakan yah kisah tentang mimpi Ustadz antum tersebut, saya tertarik mendengarnya...Semoga Allah Ta'ala mengampuni dosa-dosa kita

[ Last edited by  abusyakira at 31-7-2007 07:46 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 08:48 PM GMT+8 , Processed in 0.064897 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list