CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4700|Reply: 21

Bapa rayu darah jenis AB

[Copy link]
Post time 26-10-2007 09:20 AM | Show all posts |Read mode
KUCHING: "Dua anak saya rentung, saya cuma berharap anak perempuan saya ini diselamatkan dan terus hidup," kata Dumit Ugay, 32, sambil memandang Rosalinda, 4, yang melecur hampir 70 peratus tubuhnya selepas kediaman mereka di Sungai Kunyit, Sibu, musnah terbakar, Jumaat lalu.

Rosalinda kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Umum Sarawak di sini dan keadaannya dilaporkan kritikal.

揂nak saya gagal menjalani pembedahan berikutan kehabisan darah AB di hospital itu. Saya merayu orang ramai yang mempunyai darah jenis sama segera membantu," katanya yang berasal dari Sarikei, kira-kira 450 kilometer dari sini.

Beliau yang ditemui Berita Harian di HUS di sini, semalam berkata, kebakaran yang mengorbankan dua anaknya termasuk mencederakan anak perempuan dan ibu mentuanya dalam kejadian malam Jumaat lalu, menyebabkannya dia kehilangan segala-galanya.

"Saya tiada apa-apa lagi untuk menampung kos rawatan dan tempat tinggal di Kuching," katanya.

Ibu mentuanya yang melecur 50 peratus, kini dirawat di Hospital Sibu.

Dalam kejadian 19 Oktober lalu, kuarters pekerja yang didiami Dumit terbakar kira-kira jam 9.45 malam, menyebabkan dua anak lelakinya, Johny, 8, dan Johan, 3, maut.

Mayat Johny ditemui rentung dalam runtuhan bangunan, manakala Johan dijumpai petang Sabtu hari berikutnya dan kedua-dua mereka disemadi di Kampung Tembulat, Bintagor, Rabu lalu.

Rosalinda dan Rangayan kemudian dimasukkan ke Hospital Sibu, namun berikutan keadaan semakin kritikal, Rosalinda dipindahkan ke HUS akibat hampir keseluruhan tubuhnya kecuali perut melecur.

Dumit berkata, dia mempunyai sembilan anak, dua daripadanya diserahkan kepada orang lain untuk dipelihara sejak kecil manakala anak sulungnya Elizabeth Jenai, 11, dan anak kedua Jenifer, 10, baru berhenti sekolah berikutan kesempitan hidup.

"Saya hanya bekerja di kilang kayu dengan pendapatan sebulan sekitar RM200 dan isteri bekerja sebagai pengawal keselamatan sekolah berdekatan kuarters kami," katanya.

Sementara itu, jurucakap hospital berkata, Rosalinda dijadualkan dibedah pagi semalam, namun doktor yang merawatnya enggan mengambil risiko kerana bekalan darah tidak mencukupi untuk menampung prosedur berkenaan.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh datang terus ke HUS atau menghubungi saudara Dumit, Chris di talian 014-8889140.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-10-2007 09:22 AM | Show all posts
#additional info

Layak menderma darah:
-Berumur 18 tahun ke atas
-Berat badan 45 kg dan ke atas
-Sihat tubuh badan
-Sihat pada hari menderma
-Tidak pernah mengalami masalah semasa menderma darah
-Tidak mengambil ubat aspirin atau sebarang ubatan yang lain dalam tempoh satu minggu yang lepas
-Tidak menerima sebarang imunisasi dalam tempoh 24 jam yang lepas
-Tidak menerima rawatan pergigian dalam tempoh 24 jam yang lepas
-Tidak mengalami selesema, batuk, sakit tekak atau sebarang jangkitan dalm tempoh satu minggu yang lepas
-Tidak menjalani pembedahan dalam tempoh 6 bulan yang lepas
-Tidak mengandung atau menyusu anak di bawah 1 tahun
-Tidak pernah menerima pemindahan darah dalam tempoh 6 bulan yang lepas
-Tidak bertindik di mana-mana bahagian tubuh badan (akupuntur, tattoo, berbekam) dalam tempoh 1 tahun yang lepas
-Tidak mempunyai ahli keluarha yang mengidapi Hepititis B atau C

**setitik darah
seribu harapan
sejuta ingatan
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2007 09:37 AM | Show all posts
kalau duk kat semenanjung mcm mana nak derma ek?
sebab ada member2 yg darah AB
and nie rhesus positif ke negatif?
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2007 09:41 AM | Show all posts
ok.ica nye darah AB+.
tapi ica kat johor.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2007 09:55 AM | Show all posts
aku pun AB+, tapi, aku still myusukan anak, 7 bulan. setau aku, kalu darah AB bole accept ape2 jenis darah, kan? correct me if i'm wrong...
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2007 10:13 AM | Show all posts
Originally posted by pokokbunga at 26-10-2007 09:55 AM
aku pun AB+, tapi, aku still myusukan anak, 7 bulan. setau aku, kalu darah AB bole accept ape2 jenis darah, kan? correct me if i'm wrong...



ain pun AB gak... memang AB leh accept sume darah... mungkin ade kena mengena ngan +ve -ve tu kot
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 26-10-2007 11:54 AM | Show all posts

Reply #3 errynn's post

x tau plak..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-10-2007 11:56 AM | Show all posts
wahai wrga swk yg cukup syrt utk mderma ya...
tulun la derma k...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2007 04:29 PM | Show all posts
otedah kesian eh...

tapi darah aku jenis O....
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2007 04:45 PM | Show all posts
xtauk eyh mek darah apa..
mek dgr lam berita bank darah kat kch tok byk yg dah habis..
so cdak merayu sapa2 yg mok derma ya..

kmk ingn juak nk derma..tp berat badan kmk 45,44 kg jak!
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2007 07:07 PM | Show all posts

Reply #10 Lady_Anne's post

ngam2 la berat badan kitak ya..hahahha!!

kamek tok berlebehan berat badan...

boleh ka derma darah?
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2007 07:17 PM | Show all posts

Reply #11 adziah's post

ktk tauk..ada sorang kawan kmk ya..nya derma darah..
n suddenly badan nya nait.. pipi nya alu jd tembam! tembamm benaa..
xtauk la ya side effect nya or kebetulan...
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2007 07:55 PM | Show all posts

Reply #12 Lady_Anne's post

menaka?kebetulan jak ya ehh...
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2007 08:04 PM | Show all posts
Bukannya darah O boleh berik dgn darah AB kah?
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2007 08:09 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2007 10:50 PM | Show all posts
yalah..pelek juak dokter ya.. AB penerima universal lah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2007 03:24 AM | Show all posts
Owh.. mgkin miak ya kekurangan plasma darah. Mun plasma darah, terbalit....

Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2007 03:52 PM | Show all posts
mun ya setuju lah...tapi tok masok paper bah..ne boleh salah padah cemya..huhu..

mek asa doktor ya bukan apa..sebab sidak tok sik ada duit..ya nya madah gia..ingat org  ya bodo li...

coba org banyak duit atau orang ternama, kinek2 ya juak nya molah
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2007 07:56 AM | Show all posts


dermalah darah, anda mampu mengubahnya


Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2007 09:15 AM | Show all posts
kmk dah 2 kali derma darah. tp setiap kali kmk nak derma darah kali ketiga ada jak urg melarang...

kmk sik tauk effect dr derma darah ka sik la... tp berat kmk nang nait. tp sik la sampey menggelembung...

kamek darah jenis O
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-11-2024 05:02 AM GMT+8 , Processed in 0.070151 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list