KOTA BHARU, 23 Nov - Keputusan penghibur terkenal dunia,Michael Jackson, 50 menganut agama Islam baru-baru ini membuktikanagama berkenaan benar dan bukan rekaan manusia.
Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, agama Islam diterima oleh sesiapa sahaja termasuk superstar dunia setelah mendapat hidayah daripada Allah Taala.
"Islam sendiri tidak pernah memaksa sesiapa pun memeluk agama itukerana ia merupakan agama yang benar," katanya kepada pemberita selepasmerasmikan Persidangan Perwakilan Tahunan Persatuan Bekas TenteraMalaysia Ke-83 di sebuah hotel di sini semalam.
Beliau diminta mengulas keputusan penyanyi terkenal berkenaan memeluk agama Islam sebagaimana dilaporkan media semalam.Penyanyi kontroversi Amerika itu menukar namanya kepada MikaeelJackson. Nama itu merupakan pilihannya sendiri. Mikaeel merupakan namamalaikat pemberi rezeki.
Jacko dibesar dalam lingkungan agama Kristian dikatakan mengambilkeputusan menganut Islam semasa beliau menggunakan studio di rumahkawannya ketika merakamkan album baru.Rakannya David Wharnsby seorang penulis lagu dan produser Philips Bubal menasihatkan beliau supaya memeluk agama Islam.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata,tindakan Jackson itu membuktikan beliau tidak berpuas hati dengan agamayang dianutinya sebelum ini.
"Walau pun Jackson merupakan seorang penyanyi tersohor dunia,sudah tentu dia banyak membaca untuk mendapat maklumat berhubungkebenaran Islam.
"Memanglah dia tu penyanyi, semua orang kenal dia, tetapi tidak bererti dia tu menyanyi sahaja," katanya.
Beliau juga berharap penyanyi terbabit dapat mempromosikan Islammelalui tindak tanduk yang baik dan lirik-lirik lagu yang dapat memberikeinsafan kepada manusia serta mengakui kebesaran Allah.
Menurutnya, hanya agama Islam yang benar kerana diperakui oleh Allah Taala.
Kata beliau juga mereka yang sudah lama beragama Islam jarangmengambil peluang untuk mempromosikan agama itu kepada umum bagimenarik lebih ramai orang bukan Islam mendekati agama tersebut.
"Walau pun Islam tidak memaksa sesiapa memeluk agama suci itu, namunsetiap dari mereka wajib berdakwah serta mempromosikannya kepadapenganut agama lain.
"Kelantan sendiri tanpa disedari telah mempromosikan agamaIslam dalam pentadbirannya seperti mengharamkan riba, menutup aurat,cuti dua hari dan pemberian manfaat kepada warga emas berusia 60 tahunke atas," katanya.
PS : Kita dengar berita, orang Amerika masuk Islam setipa bulan.... tapi kita di malaysia lain pulak jadinya.....
Ya Allah berikan taufik dan hidayah mu kepada orang kafir supaya terbuka pintu hatinya meneliti Islam Mu yang benar lagi Hak.
hidup MJ tu dah punah ranah...laah ni kena saman lagi ngan raja bahrain.....aku rasa lepas ni MJ kena datang malaysia jumpa ustaz arief ker apa....mandi bunga ehehehe
Bagaimana agaknya dengan anak-anaknya.... masuk Islam sekali tak....
Harap-harap lepas ni biarlah Obama pulak masuk Islam sebab asal keturunannya kan Islam....
uiks apa hal lak michael jakson yg buktikan yg Islam ni benar?
kalu dia tak peluk Islam so maknanya agama kita ni belum terbukti lg ke kebenaranya....?>?????
tak paham... sesapa leh explain????
mgkin tuan rumah nak kata ....dari seorang penyanyi yang banyak buat dosa....dan perkara2 pelik..akhirnya Maikel menemui jalan yang sebenar2nya dalam hidupnya....dan sememang nya tepat dia memilih islam....
Originally posted by manusia biasa at 24-11-2008 10:13 PM
ada update pasal dia ..
mana tau duit dia kan byk, dia bg sumbgn ke org Islam ker ?
ada apa apa update ?
Berita terkini mengatakan bahawa Putera Bahrain telah membatalkan samannya ke atas Maichael Jackson yang berjumlah berjuta-juta dolar. Untung juga dia masuk Islam ni kerana dapat juga melemahkan Pak Arab yang terkena tipu dengan dia suatu masa dulu.
Adakah dia masuk Islam kerana saman Putera Bahrain. Harap-harap tak lah. Alhamdulillah. Mana lah tahu dengan kemasukan Michael Jackson ni, akan berbilion-bilion manusia pula yang akan masuk Islam.
[quote]Originally posted by hashimsamsul at 25-11-2008 12:49 AM Adakah dia masuk Islam kerana saman Putera Bahrain. Harap-harap tak lah. Alhamdulillah. Mana lah tahu dengan kemasukan Michael Jackson ni, akan berbilion-bilion manusia pula yang akan masuk Islam.
saya pun takut perkara yang sama...harap2..dia mendapat hidayah...