CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1926|Reply: 4

Bismillah jadi pendinding

[Copy link]
Post time 19-12-2008 11:13 AM | Show all posts |Read mode
18/12/2008
Bismillah jadi pendinding

KEMAMAN 17 Dis. - Seorang warga emas percaya amalan membaca bismillah dan doa setiap kali melangkah keluar dari rumahnya yang turut dijadikan kedai runcit membantu menyelamatkan premisnya daripada menjadi mangsa pencuri baru-baru ini.

Che Ibrahim Che Abdullah, 57, yakin kejadian misteri menimpa seorang pencuri yang 'terperangkap' dalam kedainya selama dua malam sehingga hampir maut akibat kelaparan dan dahaga ketika dia sekeluarga balik kampung pada Hari Raya Aidiladha baru-baru ini semata-mata kuasa Allah hasil amalannya itu.

Warga emas itu menolak anggapan dia menggunakan ilmu hitam sebagai pendinding untuk 'memagar' rumahnya daripada dimasuki pencuri.

''Ini semua kuasa Allah, saya tidak ada apa-apa ilmu mengenai kejadian ini," ujarnya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Binjai di sini baru-baru ini.

Dalam kejadian yang berlaku pada 7 Disember lalu, seorang pemuda berusia 30-an memasuki kedai itu dipercayai untuk mencuri ketika Che Ibrahim sekeluarga pulang berhari raya di Selising, Kelantan.

Selepas tiga hari pulang berhari raya, dia terkejut melihat keadaan kedainya bertaburan, malah isterinya pengsan melihat keadaan itu manakala dari dalam bilik tidur terdengar bunyi orang mengerang kesakitan.

Apabila dijenguk ke dalam bilik itu, warga emas itu menemui seorang lelaki dalam keadaan lemah dan dia mendakwa gagal keluar daripada kedai itu kerana tidak mampu melihat apa-apa dan terdapat 'lembaga' yang menghalangnya daripada keluar.

Menurut Che Ibrahim, kedainya sebelum ini pernah dipecah masuk apabila dia sekeluarga pulang ke kampung mereka di Selising tetapi pencuri tersebut tidak mengambil apa-apa walaupun boleh berbuat demikian.

Tidak tahan dengan kejadian itu, dia yang telah berniaga 20 tahun mengamalkan bacaan bismillah dan doa memohon perlindungan Allah setiap kali meninggalkan premisnya.

''Ramai yang bertanya apa ilmu saya amalkan, tetapi terus-terang saya katakan tiada apa-apa ilmu dan semua kejadian ini adalah kuasa Allah," ujarnya.

Kata Che Ibrahim, jika difikirkan secara logik lelaki tersebut boleh mengambil apa jua makanan di kedainya tetapi kerana tidak dapat melihat apa-apa menyebabkannya terpaksa berlapar selama tiga hari.

''Nasib baik saya tinggalkan kedai selama tiga hari saja, kalau saya pulang lebih daripada seminggu, mungkin lain pula jadinya kepada lelaki tersebut," katanya yang lega lelaki itu dapat diselamatkan.

Dia juga bersyukur kerana tiada barangan yang hilang termasuk wang tunai.

Sumber: Utusan

[url]http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1218&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_13.htm&arc=hive
[/url]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2008 11:31 AM | Show all posts
ALLAH MAHA KUASA.
makhluk langsung takde kuasa.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2008 02:46 PM | Show all posts

Balas #2 cybernova\ catat

betul tu........
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2008 03:33 PM | Show all posts
Kisah Tauladan Berkat Di Sebalik Membaca Bismillah     

Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan.

Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."

Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu."

Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.

Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan."

Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.

Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2008 05:23 PM | Show all posts

Balas #3 sunquick\ catat

jgn sampai kosong tak dijaga sampai dtg tiga naga
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 11:39 PM GMT+8 , Processed in 0.204751 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list