|
Adakah Islam membenarkan perhubungan manusia dengan jin-jin? Saya ingin perjelaskan di sini adalah perhubungan seperti meminta pertolongan mereka untuk melakukan sesuatu atau untuk menentang orang lain. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 kompia23's post
setahu saya ianya amat2 tidak digalakkan.
Ini kerana manusia mudah tertipu oleh jin.
Jin ni cukup banyak muslihat mereka - berpura-pura baik selalunya nak tolong manusia tu jadi bomoh la, pandai silat la, ilmu itu dan ilmu ini - tapi perlahan-lahan membawa manusia yang berkawan dengannya itu ke arah kesesatan demi kesesatan.
Carilah alternatif lain yang lebih selamat. |
|
|
|
|
|
|
|
Di dalam surah JIN, cuba anda selak-selak, ada diterangkan disitu larangannya. Keterangan dari seorang ustaz yang saya dengar, Jin tidak akan mahu menurut telunjuk manusia(jangan harap le), kecuali dengan perjanjian. Dan perjanjian atau syaratnya pula dibuat oleh jin itu sendiri. Isi perjanjian mesti ada unsur2 yang tidak dibenarkan dalam islam contohnya: kotor, jijik, kejam, jahat, syirik dan menjurus kepada kekufuran dan melanggar batas akidah.
Jika manusia setuju dengan perjanjian tersebut barulah ia akan ikut telunjuk. senario ini sebenarnya ramai yang tidak menyedarinya, lalu mereka bersahabat dengan jin. Sebagai contoh kita lihat dalam masyarakat melayu dalam beberapa bab, seperti darah kambing hitam, darah manusia, darah ayam. Dan macam-macam lagii, ini merupakan upah kepada Jin tersebut.
Orang yang berdamping dengan Jin, akan mendatangkan sifat sombong dan keras kepala, panas baran dan macam-macam sifat yang buruk yang negatif. Disamping itu keluarga tersebut akan selalu dikacau-bilau dan tidak tenteram. |
|
|
|
|
|
|
| |
|