CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5486|Reply: 25

AF8 Mula Berbisik... [ Ujibakat Jan 2010 ]

[Copy link]
Post time 22-12-2009 01:00 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by Syd at 22-12-2009 13:01

Desas-Desus AF8 Mula Berbisik...




KL, 21 DISEMBER 2009:
Rasanya belum sampai setahun lagi Si Hafiz bergelar juara Akademi Fantasia 7 (AF7). Namun, tiba-tiba suara merdu berbisik ke telinga Murai Batu mengatakan AF8 akan pasti kembali tidak lama lagi.

Murai Batu difahamkan, virus AF8 akan mula disebarkan melalui sesi uji bakat di seluruh Malaysia bermula Januari 2010 nanti. Bagaimanapun, Murai Batu tak sempat pula mengintai tarikh mahupun lokasi untuk semua uji bakat tersebut.

Pun begitu,Murai Batu dapat merisik dan mendapati syarat kelayakan untuk menyertai uji bakat ini masih lagi sama dengan syarat AF7. Maknanya ia masih lagi terbuka kepada mereka yang sudah bergelar penyanyi tetapi belum adaikatan dengan mana-mana label rakaman.

Tetapi adakah artis yang terpilih nanti akan mengalami masalah yang sama dengan Adila di mana ia menjadi pelajar pertama tersingkir? Adakan peminat lebih suka dengan muka dan bakat yang benar-benar fresh?

Difahamkan, AF8 sekali lagi membuka peluang kepada warga Singapura untuk mencuba nasib menjadi pelajar AF8. Kalau dibuka kepada warga Singapura, kenapa tidak pula dibuka ke Brunei Darus salam? Sama-sama kita tunggu nanti sejauh mana virus uji bakat AF akan tersebar.

Apapun, menyingkap kejayaan AF, Murai Batu tak dapat nafikan kebanyakan juara AF mahupun bakat yang lahir dari program AF berjaya dalam karier masing-masing. Yang juara memanglah sudah berjaya tapi yang tewas juga mendapat tempat dalam industri hiburan seperti Aizat, Bob Nana dan Reza.  

Apapun,Murai Batu tak sabar untuk merempuh permainan teka-teki tentang siapakah pengetua, hos dan tenaga pengajar AF8 kelak. Adakah nama-nama dikekalkan atau pun siapa nama baru yang dilantik kelak?  

MURAI BATU: Betul ke taraf AC Mizal sekarang dah naik selepas mengalahkan Aznil dalam Anugerah Skrin 2009?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2009 01:38 PM | Show all posts
ade gak lagi AF ni..ingtkan dh berkubur..
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2009 02:50 PM | Show all posts
ape kate rehatkan kejap af ni sempena world cup 2010???
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2009 02:56 PM | Show all posts
haha..ada lagi....
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2009 03:46 PM | Show all posts
cepatnyerr
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2009 10:21 AM | Show all posts
Tapi AF8 kali ni tak clash ngan Piala Dunia 2010. AF8 sama ngan AF lepas sejak musim keLIMA lagi, yang mana ia start bulan TIGA dan habis bulan LIMA.

P/S: SALAM PIALA DUNIA!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-12-2009 10:22 AM | Show all posts
ape kate rehatkan kejap af ni sempena world cup 2010???
wawaKKK Post at 22-12-2009 14:50

Kalau kena desak ngan syarikat-syarikat swasta la.
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2009 12:42 PM | Show all posts
i will go to Audition..
hahaaha!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2009 01:17 PM | Show all posts
ade lg AF ni...
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2009 02:16 PM | Show all posts
ade lg AF ni...
ikangpiana Post at 23-12-2009 13:17

Yup. Start bulan 3 dan habis bulan 5. Aku tak AFUNDI la.
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2009 06:54 PM | Show all posts
yesssss... i likkkeee
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2009 08:19 AM | Show all posts
yesssss... i likkkeee
Incanto Post at 24-12-2009 18:54

Bagaimanapun, aku tetap tak AFUNDI sebab menurut kata KPKK, ia akan menggalakan pembaziran wang dan kredit kerana itu.
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2009 08:21 AM | Show all posts
Satu lagi, kalau AF8 dirasakan tak best (biarpun tak bertindih dengan Piala Dunia 2010), haku tetap akan tido awal malam minggu sebagai persediaan menghadapi Piala Dunia yang bakal berlangsung buat pertama kali di Afrika kelak.
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2009 08:50 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2009 03:43 PM | Show all posts
AF8 kali ni tidak bertindih ngan Piala Dunia 2010 sebab AF8 tetap sama sejak musim kelima lagi, yang mana ia start bulan 3 dan habis bulan 5. Apapun, haku tetap takkan AFUNDI lagi sebab menurut nasi ...
hayrin86 Post at 28-12-2009 08:50


mcm la chat kat @15 tu x bazir...:re:
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2010 07:42 AM | Show all posts
ape kate rehatkan kejap af ni sempena world cup 2010???
wawaKKK Post at 22-12-2009 14:50
Kalau AF8 bertindih ngan WC sekali lagi, mungkin AF8 bakal kena banned tuk menghormati WC yg sedang berlangsung waktu itu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-1-2010 07:43 AM | Show all posts
mcm la chat kat @15 tu x bazir...:re:
Nadia90 Post at 29-12-2009 15:43
Chat kat @15 janji kuar mesej. Cepat atau lambat bergantung pada sesaknya chat room kat situ.
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2010 07:44 AM | Show all posts
ade lg AF ni...
ikangpiana Post at 23-12-2009 13:17
Saya yakin AF8 kali ni tetap sama ngan AF musim2 lalu sejak musim kelima lagi, yg mana ia start bulan TIGA dan habis bulan LIMA.
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2010 07:48 AM | Show all posts
cepatnyerr
wulan_cinta Post at 22-12-2009 15:46
Bagus la tu. Audition awal2, AF8 start bulan TIGA. Itu baru adil utk yg bakal kena virus Piala Dunia (WC) yg bakal berlangsung musim panas kelak.
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2010 09:29 PM | Show all posts
Tapi AF8 kali ni tak clash ngan Piala Dunia 2010. AF8 sama ngan AF lepas sejak musim keLIMA lagi, yang mana ia start bulan TIGA dan habis bulan LIMA.

P/S: SALAM PIALA DUNIA!
hayrin86 Post at 23-12-2009 10:21


tau x pewwwwwwwwwwwww

yang ko dok meroyannnn yang Piala Dunia clash ngan AF8 n ko nak boikot af8 tu pesal

motippp lah sgat
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 08:02 AM GMT+8 , Processed in 0.063224 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list