View: 3092|Reply: 7
|
Syarat Berteman Mengerjakan Haji.
[Copy link]
|
|
Assalamualaikum wrt. wbt.,
Saya nak bawa satu persoalan kpd tuan/puan... mohon tuan/puan yg arif dalam bab hukum hakam haji memberikan pendapat mereka...
Begini,... kalau orang perempuan hendak mengerjakan haji, dia mesti pergi sama ada dgn mahramnya, atau dgn sekurang2nya dua orang kawan perempuan yg dipercayainya... bukan begitu?
Katalah, ada seorang perempuan, dia pun sudah terkategori warga emas, segala perbelanjaan utk naik haji sudah sempurna, cuma, dia tak ada mahram yg hendak pergi bersama-samanya (suami, katalah sudah meninggal... anak2 pula tidak mampu dari segi perbelanjaan)...sementara itu, tidak ada pula saudara-mara yg hendak naik haji bersama-sama (kerana pelbagai masalah)... begitu juga halnya dgn orang2 sekampung, tiada yg dapat ikut... kalau di negara kita ni, sesiapa yg hendak naik haji akan diberikan kursus... nanti apabila dalam kursus, dia dapat kawan, dan boleh jadi kawannya... lagi pula, jemaah haji di Malaysia ni kan berangkatnya dalam satu group, tidak bolehkah group ini dianggap sbg kawan2nya... group ini pula akan bergerak bersama-sama groupnya juga apabila di tanah suci nanti... secara normal, apabila kita dalam group, kita akan mendapat kawan... jadi, persyaratan berteman itu telah terpenuh dgn cara sebegini, dgn cara jemaah haji kita diuruskan... tidak begitu? Mohon diberikan penjelasan! |
|
|
|
|
|
|
|
Menurut Dr Zulkifli Al-Bakri sorg pensyarah dari USIM :
"Mengikut uruf di Malaysia yang pergi haji by grup, maka grupnya (pompuan yg takde mahram tadi) boleh dikira sebagai teman."
Wallahu 'Alam |
|
|
|
|
|
|
|
terima kasih atas info yang diberikan... ada pandangan/pendapat yang lain, sama ada yg menyokong atau yang menyangkal pendapat ini... mohon dikemukakan... mudah2an ada hikmahnya melalui perkongsian sebegini. |
|
|
|
|
|
|
|
saya sekadar nak berkongsi pengalaman haji, dan ini adalah pandangan peribadi saya sahaja,
kalau seorang wanita hendak menunaikan haji..hendaklah berteman. sekurang-kurangnya teman sekursus. tapi...untuk wanita yang uzur dan juga tidak independent dalam segala hal...saya tidak mencadangkannya. pemerhatian saya, mahram itu bukan sahaja teman..tapi mestilah teman tapi mesra. yang sanggup menunggu kita ketika sakit..yg boleh bertukar pendapat, berkongsi cerita.
kebiasaannya, jemaah akan berada disana selama 40 hari atau lebih...maka, dalam tempoh itu...kita perlukan teman. apa tah lagi ketika hendak menunaikan tawaf, saie, melontar dan sebagainya. kaki perlu kuat berjalan..dan kadang2 kita perlukan teman yg boleh memberi motivasi..kita perlukan teman. teman sebilik boleh membantu..tapi teman sebilik mungkin ada suami, mungkin teman sebilik ada ibu tua yg perlu dijaga..mungkin..teman sebilik juga uzur...kita tak tahu siapa teman kita.
sebagai anak atau waris, nasihat saya..temanlah ibu bapa yg uzur ke sana. memang tak salah kalau nak ke sana seorang diri, tambahan ada pulak pakej yg boleh uruskan..tapi kasihanlah mereka, meraka tak kan merasa haji ini satu pengembaraan spritual yang menyeronokkan.
sekiranya bakal jemaah seorang yang independent...tidak segan bertanya, boleh berkomunikasi dgn baik, tahu menggunakan lif, tahu menjaga diri, kuat semangat...mungkin tiada masalah.
apa-apapun...semuanya bergantung pada niat dan dengan IzinNYA. |
|
|
|
|
|
|
|
betullah... ibadah haji ni ibadah yg memerlukan kekuatan fizikal... kalau kita uzur dari segi fizikal, susah jugak lah... walaupun di sana katanya ada disediakan wheel chair dan ada orang yg ambik upah tolak wheel chair... kalau uzur memang sepatutnya berteman, apatah lagi jemaah wanita... itu betullah...
tapi, katalah dia tidak uzur dari segi fizikal... sihat lagi untuk bergerak ke sana ke mari tanpa alat bantu atau bantuan orang... cuma, dia belum pernah ke luar jauh dari kampung lamannya... kehidupannya sekitar kampung lamannya sahaja... bercakap tiada lain yg dia fasih dan faham melainkan bahasa Melayu sajalah... hasrat nak naik haji itu memanglah membuak2... apatah lagi bila melihat umur yg semakin senja... cuma, itulah satu masalahnnya, syarat kena berteman... tak terpenuhi.... anak2/adik-beradik/kawan sekampung bukan tak berhajat cuma belum mampu dari segi wang ringgitnya... jadi, kerana jemaah haji kita ni diuruskan secara teratur oleh TH... pada fikiran saya (logik)... syarat berteman itu telah terpenuhi dgn kaedah pengurusan yg dilakukan oleh TH... tapi, ada ustaz kata TIDAK, tak boleh begitu...!!! Ni masalahnya... |
|
|
|
|
|
|
|
betullah... ibadah haji ni ibadah yg memerlukan kekuatan fizikal... kalau kita uzur dari segi fizikal, susah jugak lah... walaupun di sana katanya ada disediakan wheel chair dan ada orang yg ambik upa ...
tokwan_jantan Post at 29-1-2010 18:05 ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
Camni la kan...
Memang wanita tak boleh kuar umah kecuali berteman.. bersama mahram atau dua orang teman wanita lain. Bukan syarat pegi Mekah je la.. Sebab tu la kalo pompuan pompuan sekarang ikut hukum sebenar, menutup aurat dengan baik dan jalan berteman takde la isu rogol menjadi paparan akhbar hampir setiap hari...
Berbalik kepada isu mengerjakan haji ni... ditakuti sekiranya berlaku keuzuran sewaktu di sana, mahramnya adalah terlabih aula menguruskannya... jika penumpang haji lain sekadar teman dalam perjalanan haluan pula masing masing memang sangat tidak dibenarkan wanita itu mengerjakan Haji kerana masih diistilahkan bersendirian dalam bermusafir... |
|
|
|
|
|
|
|
tuan/puan bintang... kesimpulannya, kaedah pengurusan jemaah haji yg dibuat oleh TH sekarang ni tak melepaskan syarat berteman kpd seseorang jemaah wanita... hmmm, kalau begitu, katalah kalau seorang wanita itu tidak ada 'berjumpa' penemannya utk mengerjakan haji, dia tak bolehlah pergi haji sepanjang hayatnya kerana tidak memenuhi syarat naik haji?... |
|
|
|
|
|
|
|
kan dah jadi susah tu.
last skali, benda yang mudah kita dah susahkan.
dah tentu dia p haji by grup. Napa perlu bebankan fikiran dengan persoalan 'kalau' seperti kalau jadi itu dan kalau jadi ini?
let say la waris dia temankan (merujuk kepada pompuan yg p haji) then dia jatuh sakit, waris yg teman dia tu boleh buat apa? kompom ke kerana waris die p temankan tu dia terlepas dari ujian Allah (sakit ke, or sukar ke). Mana 'tawakkal' yang slalu lancar je sebut kat mulut, tapi praktikalnya hampeh.
ta payah sesusah... p je.. kita nak wat ibadah, doa dari sini agar Allah bagi mudah. |
|
|
|
|
|
|
| |
|