View: 10492|Reply: 61
|
butul ke roh@arwah balik setiap malam jemaat?
[Copy link]
|
|
butul ke para arwah2 yg telah mati akan kembali ke rumah masing2 masa kat donia dulu pada setiap malam jemaat? mungkin otai2 agama dapat memberi pandangan..mak aku mmg kata-arwah bapak selalu balik bila malam jemaat... |
|
|
|
|
|
|
|
1# razhar
malam jemaat ???? ![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
yup... tapi kalo x silap dalam masa 60 hari je. lepas tu dah xda dah.. sbb tu kdg2 kita mcm terbau mcm ada bau kemiyan kt dalam rumah... tu maknanya roh ada la dia tengok apa yg kita buat, adakah dia sedekah al- fatihah kt dia, adakah kita berebut harta2 dia. betulkan saya kalo sy salah ok |
|
|
|
|
|
|
|
tapi mengikot apa yg mak aku cakap,setiap roh/arwah akan mengunjungi kediaman mereka kat donia dolu pada setiap malam jemaat...mak aku selalu pi dgr ceramah2 agama dan kuliah2 agama..so mungkin kat sana la,dia ada dgr... |
|
|
|
|
|
|
|
dulu2, rumah saya ada atap yg terbuka..
ms tu tok(nenek) baru mninggal.
saya kcik lagi. darjah tiga rasanya.
mak selalu kata, tok akan balik setiap malam pasni.
ntah kenapa, bila setiap kali tengok atap yang terbuka tu saya
akan kata, mesti tok tgh tgk saya buat apa ni kan..
masa tu tak takut.. sebab rindu sgt kat arwah..
hurm,, ttg mlm jumaat tu, saya pernah dengar..
tp, versi yang saya dgr dlm kira2 60 hari saja dr hr mninggal..
Wallahualam.. |
|
|
|
|
|
|
|
Merepek betul la. Yg dh mati tinggl di Alan barzah. Takkn blk ke alam dunia Ada finding yg memisahkn dua alam ni. Ada ayat Quran tls khas tentg ni.
API nk di kato, ustzah kat sek saya pun Ada 2/3 org jahil bab ni. SB tu Jena wat tahlil 7 hari Lah kata mrk bc yassin mlm jumaat lah. Cari Lah ilmu jgn duduk dlm kejahilan terus2an. Sb dlm neraka pun ramai penghuninya org jahil.
Ceramah radio ikim semlm. Saranan nabi saw jadilah
- org yg alim yakni org yg berilmu dn mengajarkn ilmunya
- org yg rajin mencari ilmu
- org yg cintakan ilmu
- org yg mendengar ilmu |
|
|
|
|
|
|
|
Selepas kematian roh akan dibawa malaikat naik ke langit tetapi wallahualam, mungkin juga macam kawan kita kata, dlm tempoh 60 hari dari tarikh kematian, si roh masih diberi peluang untuk menjenguk keluarga yg ditinggalkan. Maklumlah roh itu urusan Allah Taala.... |
|
|
|
|
|
|
|
7# jazim
lobai jaz pon masuk sini.... ..ko tahu tak,aku argue dgn mak aku bab ni...tapi aku ada baca dlm buku agama pasal roh..pengarang tu kata..setiap malam jemaat,roh/arwah2 akan dikembalikan ke kubur masing2..maka mereka semua akan menetap di kubur sehingga subuh pagi sabtu..selepas itu,semua akan kembali ke donia sana.. |
|
|
|
|
|
|
|
dlm quran xde sebut pun psl ni,mgkn adat melayu tu- wallahuallam |
|
|
|
|
|
|
|
9# AHMADVW
jauh jugak ko merayap sampai ke bod ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Bc surah al mukminuun ayat 99-100 tentg roh yg takkn dpt kembali kedunia lps dh mati. Ada dinding yg memisahkn alam barzah n dunia.
Yg blk menyerupai arwah tu either syaitan or Jin. Pernah dgr qarin? |
|
|
|
|
|
|
|
Bc surah al mukminuun ayat 99-100 tentg roh yg takkn dpt kembali kedunia lps dh mati. Ada dinding yg memisahkn alam barzah n dunia.
Yg blk menyerupai arwah tu either syaitan or Jin. Pernah dgr qarin ...
sunsuria3 Post at 31/1/2010 18:49 ![](http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif)
nope..orb tu ada la.... care to explain? |
|
|
|
|
|
|
|
setiap insan yg telah meninggal dunia ,,,,,,,,,,,maka terputuslah hubungan dengan insan lain dan Allah akan mengangkat roh mereka ke suatu tempat dan bisa mereka kembali lagi melainkan org2 yg Allah kehendaki.............jangan percaya itu semua |
|
|
|
|
|
|
|
Adeh laaa.... pakcik razhar oooiii ![](static/image/smiley/default/titter.gif) ![](static/image/smiley/default/titter.gif)
Nasib baik malam ni malam isnin... |
|
|
|
|
|
|
|
9# AHMADVW
jauh jugak ko merayap sampai ke bod ni...
razhar Post at 31-1-2010 18:32 ![](http://mforum1.cari.com.my/images/common/back.gif)
biasalah isle hadhori, masyarakat madani![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Bukti bahawa Roh tidak boleh kembali berdasarkan dalil berikut :-
" Hingga apabila datang kematian kepada seseorang dari mereka ( orang kafir) dia berkata : " Ya Tuhanku kembalikanlah aku ke dunia, agar aku berbuat amal yang soleh terhadap apa yang telah aku tinggalkan. Sekali-kali tidak (jawapan Allah), sesungguhnya itu adalah perkataan yang diucapkannya sahaja (janji kosong) . Dan di hadapan mereka ada DINDING (barzakh) sampai hari mereka dibangkitkan" [Maksud QS : Al-Mu'minuun : 99-100]
''Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: Roh itu dari perkara urusan Tuhanku dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja.'' [maksud QS : An Isra' :85]
"Apabila mati seseorang anak adam, maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara: Iaitu sedekah yang berterusan pahalanya, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang mendoakan untuknya".
- (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Orang yang da mati ni kan... jasad je yang mati, namun rohnya idup, nun di alam barzakh sana.. dan ia tidak mampu dah untuk kembali ke alam dunia semula sama ada dalam keadaan baik atau buruk. Dakwaan Roh pulang kembali ke rumahnya setelah hari-hari tertentu tahyul jek atau mitos dari zaman berzaman... Tidak kiralah sama ada roh itu dalam keadaan baik atau buruk. Kalo benar la ada dilihat si mati dan kedengaran menangis atau menjerit, menurut ulama itu hanyalah angkara Jin dan Syaitan yang menyerupai si mati untuk mengganggu manusia... yang penakut-penakut dan suka lak percaya benda-benda tahyul ni...
Imam Mujahid dan Ibn Zaid berkata tentang ayat dari surah Mu'minuun 99-100 : "Barzakh adalah seperti satu tembok yang menghalang orang yang mati kembali ke dunia." |
|
|
|
|
|
|
|
Apabila ruh sudah berpisah dari tubuh, ia berada di alam yang dinamakan Barzakh, dan ia tidak akan mampu sama sekali untuk kembali ke alam dunia semula sama ada dalam keadaan baik atau buruk. Dakwaan Roh pulang kembali ke rumahnya setelah hari-hari tertentu adalah TIDAK BENAR. Tidak kiralah sama ada roh itu dalam keadaan baik atau buruk. Manakala jika benar kelihatan mahkluk seperti si mati dan kendengaran suara-suara menangis, maka pandangan Ulama adalah ia hanyalah angkara Jin dan Syaitan yang menyerupai si mati dan gangguan mereka, tidak lebih dari itu.
Bukti bahawa Roh tidak boleh kembali berdasarkan dalil berikut :-
Firman Allah ertinya : " Hingga apabila datang kematian kepada seseorang dari mereka ( orang kafir) dia berkata : " Ya Tuhanku kembalikanlah aku ke dunia, agar aku berbuat amal yang soleh terhadap apa yang telah aku tinggalkan. Sekali-kali tidak (jawapan Allah), sesungguhnya itu adalah perkataan yang diucapkannya sahaja (janji kosong) . Dan di hadapan mereka ada DINDING (barzakh) sampai hari mereka dibangkitkan" ( Al-Mu'minuun : 99-100).
Imam Mujahid (Tabien dan anak murid Ibn Abbas r.a) dan Ibn Zaid berkata tentang ayat ini : "Barzakh adalah seperti satu tembok yang menghalang orang yang mati kembali ke dunia."
Firman Allah ertinya : "Allah SWT memegang jiwa (ruh) ketika matinya (seseorang) dan memegang jiwa(ruh) orang yang belum mati di waktu tidurnya, maka Dia tahanlah jiwa yang lain sampai waktu yang ditentukan.." ( Az-Zumar : 42 ).
Melalui ayat ini, jelas bahawa roh berada di dalam pegangan Allah SWT dan Allah tidak membenarkan sama sekali Roh untuk kembali ke dunia, sebagaimana yang dijelaskan dalam ayat sebelum ini,
Terdapat juga ulama berpandangan bahawa roh orang yang telah mati boleh bertemu dengan roh orang hidup ketika mereka sedang tidur (melalui mimpi). (Ar-Ruh, Ibn Qayyim, ms 20). Bagaimanapun, tiada yang berpandangan roh tersebut boleh bertemu dengan orang hidup semasa sedar mereka. Semua roh yang telah di ambil Allah SWT akan sibuk dengan urusan mereka sama ada baik atau buruk.
Prof Ahmed Azzedine Al-Bayanuny dan Prof. Mohamed Hussin pernah menegaskan bahwa dakwaan orang-orang kristian yang boleh bertemu dengan ruh si mati dengan teknik jampian kahs adalah penipuan yang menggunakan Jin dan syaitan. Ia bukannya ruh yang sebenar. ( Rujuk Al-Iman Bil Malaika dan Al-Ruhiya al-Haditha)
Destinasi Roh Selepas Mati.
Ulama berbeza pandangan dalam menentukan tempat tinggal Roh selepas mati seperti berikut (Rujuk Syarh Al-‘Aqidah At-Tohawiyah, Tahqiq Syuaib Arnout, 2/613-614, cet Muasassah ar-Risalah) :-
a) Roh Mukmin di dalam Syurga dan Roh Kafir di dalam Neraka.
b) Kedua-duanya di dalam kubur mereka, dan Roh Mukmin di bukakan taman Syurga serta memperolehi nikmatnya dan Kafir di bukakan lubang azab neraka.
c) Roh Mukmin di alam tinggi (‘illiyyin) di langit ketujuh dan Kafir di ‘Sijjin' di dunia yang ketujuh terbawah.
d) Roh para Shuhada' (mati syahid) berada di Syurga dan Roh seluruh Mukmin lain berada di kuburan mereka. (pandangan Imam Ibn Abd Al-Barr)
Antara dalil dalam hal destinasi roh selepas kematian ini ada diterangkan di dalam hadith
" Roh yang Mukmin dalam keadaan burung-burung yang bergantungan di pokok-pokok di dalam Syurga, sehinggalah Allah mengembalikannya kepada jasadnya pada hari dibangkitkannya." (Ibn Majah, no 1449 ; Ahmad, no 15716 12/315 cet Dar al-Hadis; Sohih menurut Ibn Hibban no. 743, Syuaib Arnaout dan Ahmad Syakir)
Berdasarkan sebuah hadith lain, apabila seorang Mukmin itu mati rohnya akan dibawa naik ke langit sehingga sampai ke langit ke tujuh, maka berkata Allah SWT : Tuliskan buku hambaku ini di ‘illiyyin' (tempat yang tinggi) dan kemudian dikembalikannya ke jasadnya kembali dan di datangi pula oleh dua Malaikat ... (Ringkasan Hadith riwayat Ahmad, Abu Daud no 4753, Sohih menurut al-Hakim, Syuaib Arnaout dan Ahmad Syakir)
Manakala Roh si jahat dan Kafir pula juga di bawa naik ke langit dengan bau yang amat busuk dan digelar dengan nama yang terburuk dan apabila sampai di langit, maka tidak dibukakan pintu langit kemudian Nabi SAW membacakan ayat 40 dari Surah al-A'raf . Kemudian Allah SWT mengarahkan agar dtuliskan namanya di dalam ‘Sijjin' (neraka) kemudian di campakkan Rohnya dan Nabi SAW membacakan firman Allah : " Sesiapa yang syirik kepada Allah, maka adalah seolah-olah jatuh dari langit lalu disambar oleh burung, atau diterbangkan ke tempat yang jauh" (Al-A'raf : 31) . Kemudian dikembalikan kepada jasadnya, ...kemudian di datangi Malaikat..lalu dibukakan pintu dari neraka, lalu datanglah kepanasannya dan racunnya, dan kuburnya pula menyempit sehingga bersilang rusuknya. (Ringkasan dari Hadith riwayat Ahmad, Abu Daud no 4753, Sohih menurut al-Hakim, Syuaib Arnaout dan Ahmad Syakir)
Berdasarkan ayat Quran juga, ruh si jahat juga akan di azab di dalam alam barzakhnya. Iaitu :
" Api neraka dikenakan kepada mereka (kafir) pada pagi dan petang, manakala di apabila tiba qiyamat mereka di masukkan bersama keluarga Firaun yang dikenakan azab" (Ghafir : 40)
Kesimpulannya, Roh tidak mampu kembali ke alam dunia kerana Barzakh adalah tembok yang menghalangnya, dan Roh mukmin di berikan nikmat di alam barzakh manakala Roh di kafir diazab sehingga kiamat. Wallahu'alam.
Ust Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net |
|
|
|
|
|
|
|
arin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia. Boleh dikatakan ia sebagai "kembar" manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada qarinnya sendiri. Rasulullah s.a.w. sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya, qarin Rasulullah adalah muslim. Manakala yang lainnya adalah kafir.
Pada umumnya qarin yang kafir ini kerjanya mendorong dampingannya membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan solat, berat nak baca al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan.
Untuk mengimbangi usaha qarin ini Allah utuskan malaikat. Ia akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat. Walau bagaimanapun orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh qarinnya lemah tidak berdaya. Caranya dengan membaca "Bismillah" sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca al-Quran dan taat melaksanakan perintah Allah.
Qarin akan berpisah dengan "kembar"nya hanya apabila manusia meninggal dunia. Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili. Tetapi qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan manusia. |
|
|
|
|
|
|
|
ha ni final harap faham
oal Jawab Agama Oleh Dr. Amran Kasimin
SOALAN:
Kami sekeluarga seumpama burung terbang sekawan, mengharungi hidup aman bahagia dengan sepasang anak yang comel dan suami begitu penyayang.
Bulan lepas suami saya meninggal dalam satu kemalangan jalan raya. Tangan dan pahanya patah. Segala-galanya musnah, luluh di penghujung kedamaian yang kami kecapi selama ini.
Saya terlalu merinduinya. Dada saya sakit menahan hiba dan sebak. Segala penderitaan dan rasa remuk hanya saya menanggungnya. Anak yang sedang membesar tidak faham segala-galanya, kerana saya perlu menyembunyikannya.
Beberapa kali saya bermimpi didatangi olehnya. Saya khayal dalam dakapannya yang saya rindui sejak kehilangannya. Hidup saya bertenaga kembali.
Tangan kanannya kelihatan terkulai. Ketika ditanya kenapa ia tidak memeluk saya sempurna, dia menyatakan ``tidak mengapa. Kita akan bertemu di syurga nanti.'' Setiap kali bertemu dia berpesan supaya menjaga anak kami sebaik mungkin.
Saya terlalu mengharapkan mimpi ini berulang selalu, tetapi ia tidak berlaku. Saya kebingungan. Ke mana sebenarnya pengakhir kehidupan kami? - LYANA, Kuala Lumpur.
JAWAPAN:
Kehidupan insan terdiri daripada tiga unsur utama, iaitu jasad, roh dan akal, juga nyawa. Nyawa tidak ubah seumpama lampu bagi bangunan. Apabila lampu itu padam, maka gelaplah bangunan berkenaan, seumpama nyawa, apabila ia berpisah daripada jasad, maka padamlah manusia itu lalu ia menerima mati.
Roh tidak akan binasa. Apabila janin yang ada dalam perut ibu itu sempurna kejadiannya, maka Allah meniupkan padanya roh, lalu hiduplah manusia (janin) tadi. Ia membesar dan akan dicabut daripada tubuh manusia oleh malaikat maut apabila tiba masanya, diserahkan kepada Allah.
Ketika itu roh berada di alam barzakh, iaitu alam yang memisahkan antara hidup dunia (fana) dengan kehidupan akhirat kelak.
Kehidupan di antara dua dunia ini dikenali sebagai arwah apabila seseorang itu telah mati, maka ia berada di alam akhirat, yang bermula apabila seseorang itu mati, sehingga dibangkitkan kelak, dihimpunkan di padang mahsyar lalu akhirnya dibalas, sama ada di syurga atau neraka.
Apabila seseorang yang beriman itu tiba ajalnya, maka dia akan didatangi oleh malaikat, yang datang dengan sekeping kain sutera yang ada padanya kesturi, anbar dan harum-haruman.
Maka keluarlah rohnya seumpama tercabutnya sehelai rambut daripada tepung adunan. Diucapkan padanya: Wahai jiwa yang tenang, keluarlah dalam keadaan reda dan diredai ke atasmu, engkau akan memperoleh kegembiraan daripada Allah dan kemuliaan-Nya. Maka apabila keluar rohnya, ia diletakkan di atas kesturi dan raihan kemudian kain tadi dilipat lalu dibawa dengannya ke illiyiin.
Apabila roh itu keluar dari jasad, maka ia berada di alam barzakh. Menurut sesetengah ulama, mayat akan merasai nikmat atau azab, iaitu azab yang dikenakan atau dirasai oleh roh dan jasad sekali. Dalam surah al-Mukmin: 46 dijelaskan: Kepada mereka diperlihatkan neraka pagi dan petang.
Dalam surah Taha: 124 dijelaskan: Dan barang siapa berpaling daripada peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sukar (sempit) dan Kami akan menghidupkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta.
Jelasnya, apabila roh seseorang itu telah berpisah daripada jasad atau berada di alam barzakh, ia akan dipersembahkan oleh malaikat maut kepada Allah, dibalas dengan nikmat syurga atau neraka, bergantung kepada amalan-amalan yang telah dilakukan ketika hidup di dunia.
Alam barzakh inilah yang memisahkan di antara kehidupan alam dunia dengan alam akhirat atau hari kiamat kelak. Lebih jelas, tidak akan berlaku kehidupan yang saling tembus-menembusi.
Roh manusia yang telah meninggal dunia tidak akan kembali, bergaul seperti biasa dalam kehidupan harian manusia, berbual-bual seperti biasa, ataupun melalui mimpi seperti yang berlaku ke atas saudari, mendakap dan memberi pesanan agar menjaga anak baik-baik.
Begitu juga sebaliknya iaitu ketika seseorang itu masih hidup. Manusia tidak akan berupaya menerobosi atau menembusi kehidupan di alam akhirat, akibat adanya pemisah, iaitu alam barzakh tadi.
Lebih jelas manusia tidak diberi keupayaan oleh Allah untuk meninjau-ninjau nikmat kehidupan di alam akhirat, di kubur, di syurga ataupun neraka, kerana Allah menjadikan keupayaan makhluknya dalam lingkaran kekuasaan masing-masing, kecuali dengan kehendak Allah ke atas hamba-Nya tertentu, seperti dalam kejadian israk mikraj.
Baginda melihat kehidupan di dalam kubur, kedatangan malaikat maut ketika hendak mengambil nyawa seseorang dan sebagainya. Terlalu banyak bukti memperlihatkan kekuatan hujah yang saya ketengahkan ini sama ada daripada al-Quran juga hadis-hadis yang begitu mudah untuk ditonjolkan.
Dalam keadaan rasa rindu yang bersangatan, sebak dada yang sering menghimpit saudari didatangi oleh makhluk yang dikenali sebagai ``qarin''. Menurut bahasa, qarin bererti teman atau rakan. Yang dimaksudkan dengan qarin di sini ialah roh-roh jahat daripada kalangan makhluk-makhluk halus yang selalunya menemani manusia sejak daripada kelahiran seseorang bayi sehinggalah seseorang itu meninggal dunia.
Ketika manusia mati sama ada dalam keadaan beriman kepada Allah atau mati dalam keadaan murtad, syirik atau kufur hasil daripada tipu helah iblis dan syaitan yang sentiasa berada di samping manusia, menemani manusia ke mana dia pergi, ataupun mati dalam Islam tetapi bergelumang dalam maksiat.
Kewujudan qarin ialah untuk menggoda manusia, menampakkan hal-hal yang buruk dan hal-hal yang jahat-jahat seolah-olah baik pada anggapan manusia, lalu akhirnya manusia terpengaruh atau terpesong.
Qarin sentiasa berusaha menjerumuskan manusia dengan menggoda, merayu dan menipu, berupaya memilih dan memerhati waktu-waktu yang elok untuk memperdaya manusia, terutamanya ketika seseorang itu dalam keadaan stress atau depress dan seumpamanya, termasuk ketika menghadapi bala atau percubaan daripada Allah, akibat kematian orang yang dikasihi, ketika sakit bersangatan, ketika menghadapi keretakan rumah tangga dan sebagainya.
Itulah waktu yang ditunggu-tunggu, lalu qarin itu berlagak seumpama penyelesai masalah manusia, mengatasi masalah rindu yang terpendam di dada, memberi jalan-jalan keluar ketika manusia kehilangan anak yang disayangi dan sebagainya.
Dalam surah al-An'am: 112 terdapat firman Allah: Dan demikianlah kami jadikan bagi setiap nabi itu musuh dari jenis manusia dan jin, sebahagian daripada mereka membisikkan kepada yang lain perkataan yang indah-indah untuk menipu.
Rasulullah pernah ditanya sama ada baginda didatangi qarin atau tidak. Baginda menjawab: Saya pun ada qarin. Akan tetapi Allah menolong saya daripada gangguannya. Maka tidaklah ia boleh menguasai akan daku daripada gangguannya, maka tidaklah ia menyuruh saya, kecuali untuk melakukan kebaikan.
Dalam sebuah hadis lain, baginda bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya tidak ada seorang daripada kalangan manusia yang baru dilahirkan melainkan dia disertai oleh Allah seorang jin sebagai kawan. Jin yang menemani manusia, untuk menyesatkan itulah yang dinamakan qarin.
Qarin ini sentiasa berada di samping manusia, ketika berjalan, tidur atau sebagainya. Kerana itu ia amat mengetahui hal-hal yang berkaitan dengan orang yang berkenaan.
Hutang yang ditanggung. Perilaku manusia termasuk membunuh, mencela dan sebagainya. Apabila manusia yang sentiasa ditemani oleh qarin itu mati, maka qarin ini tetap hidup, untuk menyesatkan manusia yang masih hidup, sama ada isteri atau keluarganya, maka makhluk qarin ini akan menerobosi, menembusi kehidupan manusia melalui pelbagai cara, terutama melalui mimpi. Itulah di antara keistimewaan makhluk ini, yang berupaya berhubung dengan manusia yang masih hidup, melalui mimpi. Satu keistimewaan yang diberi oleh Allah kepada makhluk ini, yang tidak ada pada manusia. |
|
|
|
|
|
|
| |
|