CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5246|Reply: 27

AIR MATA DPT MEMADAM NERAKA

[Copy link]
Post time 5-2-2010 03:21 PM | Show all posts |Read mode
PERNAHKAH anda menangis? Jika menangis, apakah punca dan sebabnya? Menangis adalah fitrah manusia tetapi sebab tangisan akan memberikan harga dan nilai tersendiri.

Firman Allah AWT, “…dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis.” (Surah An Najm, ayat 43)

Allah yang menciptakan ketawa dan tangis, malah menciptakan sebab tercetusnya tangisan. Banyak air mata mengalir di dunia ini. Sumbernya dari mata, mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering. Ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Seperti sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti! Kalaulah air mata itu terkepung, seperti air hujan, banjirlah dunia ini.

Ilustrasi untuk Ibnu Qayyim.
10 jenis tangisan menurut Ibnu Qayyim al-Jawziyyah

1. Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati.
2. Menangis kerana rasa takut.
3. Menangis kerana cinta.
4. Menangis kerana gembira.
5. Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6. Menangis kerana terlalu sedih.
7. Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8. Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9. Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10. Menangis orang munafik iaitu pura-pura menangis.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-2-2010 03:22 PM | Show all posts
Tangis tercela atau terpuji?

Ada juga jenis air mata yang tidak bernilai di sisi Allah SWT, malah kadangkala mendapat kemurkaan Allah. Antaranya menangis tengok filem Hindi atau menangis sehingga meratap mayat dengan meraung, memukul-mukul dada dan badan, malah merobek pakaian apabila ada kematian.

Ada pula tangisan sangat-sangat dipuji dan dituntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang lalu atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah SWT.

Tangisan dapat memadamkan api Neraka

Ada jenis tangisan nampak biasa sahaja tetapi air mata yang mengalir itu dapat memadamkan api neraka. Ini disahkan oleh Rasulullah SAW dalam satu hadis yang bermaksudnya: “Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan dikotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati. Tidaklah ada sesuatu pun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka.”

Tangisan yang dimaksudkan ialah tangisan kerana takut kepada Allah. Menangis kerana menyesal atas kesalahan dan dosa, malah tangisan takut kepada azab Allah sangat bernilai di sisi-Nya sehingga air mata itu boleh memadamkan api neraka.

Air mata taubat Nabi Adam a.s.

Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendonggak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan. Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata, “Manis sungguh air ini.” Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya.

Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, “Hai Adam sesungguhnya belum Aku pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!”
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2010 03:22 PM | Show all posts
Air mata yang tidak dituntut
1. Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita. Bukankah Tuhan yang telah tentukannya?
2. Janganlah menangis kerana menonton filem, itukan cuma lakonan saja.
3. Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.
4. Janganlah menangis jika gagal dalam seleksi pekerjaan mungkin kita kurang membuat persediaan.
5. Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah dan beramal.
6. Janganlah menangis kalau tidak dinaikkan pangkat. Yakinlah, rezeki itu adalah pemberian Allah SWT.

Sabda Rasulullah s.a.w maksudnya: “Tidak ada sesuatu yang paling disukai Allah SWT selain daripada dua titisan dan dua kesan. Dua titisan itu ialah titisan air mata yang keluar kerana takutkan Allah SWT dan titisan darah yang tumpah di dalam perjuangan di jalan Allah. Manakala dua kesan ialah kesan berjuang di jalan Allah SWT dan kesan kerana menunaikan kefardhuan yang telah difardhukan oleh Allah.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Sesungguhnya semua amal tergantung pada niat dan amal yang sedikit tetapi dikerjakan dengan ikhlas adalah lebih baik daripada amal yang banyak tetapi tidak ikhlas. Sifat taqwa merupakan benteng yang menjadikan seseorang itu merasa dekat dengan tuhannya tanpa mengira situasi apapun ia berada sama ada di dalam kelopok orang ramai atau bersendirian. Setiap perlakuannya dipersembahkan kerana Allah.

Tanda-tanda keikhlasan iman kepada Allah itu banyak. Di antaranya ialah seseorang itu akan menangis kerana menyesali dosa-dosa yang telah dilakukannya dan menangis kerana takutkan siksaan Allah. Dan seseorang itu akan berani dalam berjihad menegakkan agama Allah hingga sanggup menghadapi kecedaraan malah menempuh syahid kerana Allah dan seseorang itu akan sabar dan tekun (khusyuk) dalam menjalankan ketaatan kepada Allah hingga terdapat kesan-kesan lebam di dahi dan anggota badannya. Semua ini merupakan ciri-ciri orang yang benar-benar beriman di mana ganjaran daripada perbuatan tersebut amat besar pahalanya di sisi Allah SWT dan diberi ganjaran di hari akhirat kelak.

Salman al-Farisi r.a berkata, sahabat-sahabatku menangis atas tiga perkara, iaitu:

1. Berpisah dengan Rasulullah dan kalangan para sahabat.
2. Ketakutan seorang yang perkasa ketika melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya.
3. Aku tidak tahu sama ada aku akan diperintahkan untuk ke syurga atau neraka
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2010 03:22 PM | Show all posts
Air mata tanda rahmat

Sebagaimana yang telah diterangkan oleh Rasulullah SAW dalam sabda yang bermaksud, jagalah mayat ketika kematiannya dan perhatikanlah tiga perkara, iaitu :

1. Apabila dahinya berpeluh.
2. Airmatanya berlinang.
3. Hidungnya keluar cecair seperti hingus.

Kerana hal-hal tersebut menandakan rahmat Allah SWT untuk si mayat.

Dari Abu Hurariah r.a., dari Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, "Ada tujuh golongan yang mendapat naungan dari Allah SWT pada hari kiamat kelak, di mana tidak ada sama sekali naungan pada hari itu melainkan naungan dari Allah SWT;

1. Imam (raja atau penguasa) yang adil,
2. Pemuda yang menjadi dewasa dalam beribadat kepada Allah,
3. Orang yang hatinya tergantung di masjid,
4. Dua orang yang saling mencintai satu sama lain kerana Allah. Mereka berkumpul kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
5. Seorang laki-laki yang dirayu oleh seorang wanita bangsawan yang cantik untuk berbuat mesum, lalu dia menolak dengan kata, 'Aku takut kepada Allah.'
6. Orang yang bersedekah dengan diam-diam, sehingga tangan kanannya tidak mengetahui apa yang disedekahkan tangan kirinya.
7. Orang yang mengalir air matanya ketika berzikir, mengingat dan menyebut nama Allah dalam keadaan bersunyi diri kerna mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah SWT."

(Shahih Muslim, diriwayatkan juga oleh Abu Daud dan Ibnu Majah)

Sucikanlah empat hal dengan empat perkara :

1. Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
2. Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
3. Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan
4. dosa-dosa yang silam disulami dengan taubat kepada Dzat yang memiliki mu.

Simpanlah air mata tangisan itu semua sebagai bekalan untuk menginsafi segala kecuaian yang melanda diri, segala dosa berbentuk bintik hitam yang menggelapkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah SWT.

Justeru, serulah air mata itu dari persembunyiannya di sebalik kelopak mata, agar ia menitis, membasahi dan mencuci hati, sehingga ia putih kembali dan semoga ia dapat meleburkan dosa dan mendapat keampunan-Nya.
Sekian Amin…
Yang baik adalah datang nya dari Allah dan yang jelik datang nya dari saya..Marilah sama-sama kita amalkan nya dan hanya untuk orang yang mencari kedamaian dan bukan nya untuk di persoalkan kesahihan inti pati diatas atau di analisakan.
Moga-moga sumbangan ini di berkati keilmuan nya keseluruh dunia dan diberi ganjaran yang baik kepada sesiapa sahaja…
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2010 03:23 PM | Show all posts
SUMBER : jomlayan.com

good info. tq
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2010 04:05 PM | Show all posts
6# sunfizz


thanks, insaf bila baca :cry:

..zaman skang ramai yg menangis bila tgok AF
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-2-2010 04:08 PM | Show all posts
alangkah indahnya hidup ini jika hati sentiasa menangis takutkan allah....
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2010 07:27 PM | Show all posts
good info..mabruk!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2010 08:10 PM | Show all posts
makasi :cry:
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2010 09:23 PM | Show all posts
6. Orang yang bersedekah dengan diam-diam, sehingga tangan kanannya tidak mengetahui apa yang disedekahkan tangan kirinya.


posting yang bagus. terima kasih.
yang pasal kroit quote atas ni..... tangan kiri dan kanan tu terbalik takpe eh?
maaflah, kroit tak berapa tahu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-2-2010 09:32 AM | Show all posts
posting yang bagus. terima kasih.
yang pasal kroit quote atas ni..... tangan kiri dan kanan tu terbalik takpe eh?
maaflah, kroit tak berapa tahu.
kroit92 Post at 5-2-2010 21:23


tak berapa paham sgt soklan ni.
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2010 11:52 AM | Show all posts
SUMBER : jomlayan.com

good info. tq
mix_chinese Post at 5-2-2010 15:23


salam.. very good info.  izinkan saya copy & edarkan pada sahabat2 saya utk pengetahuan dorang..
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2010 02:53 PM | Show all posts
best2:pompom:
dpt tmbh ilmu:pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2010 09:58 AM | Show all posts
Dalam beberapa majlis ilmu (taklim) yg me pergi lately juga menggalakkan umat masa kini utk banyakkan menangis. Bangun mlm dan bermunajat kpdNya sambil menangis. Menangislah bersungguh2 utk memohon kpdNya spt mana anak2 kecil menangis meminta2 kpd ibu bapanya apabila ingin kan sesuatu

Perkara yg paling UTAMA disarankan adalah utk menangis meminta Allah menambah, menguatkan iman dlm diri, keluarga. Juga menangislah sambil memohon kpdNya agar di 'amkan HIDAYAH ke seluruh alam!
Marilah kita menangis melihat keruntuhan akhlak umat masa kini. Setiap hari ada shj berita2 ngeri.... bunuh, rogol, zina, pecah rumah etc.
Alangkah sedihnya melihat keadaan umat Islam masa kini! JOM nangis!!!
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2010 12:10 PM | Show all posts
Dalam beberapa majlis ilmu (taklim) yg me pergi lately juga menggalakkan umat masa kini utk banyakkan menangis. Bangun mlm dan bermunajat kpdNya sambil menangis. Menangislah bersungguh2 utk memohon kp ...
HOTlips Post at 7-2-2010 09:58


menangis bukan bleh dibuat2.. kena lahir dari hati yg tulus suci..
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2010 04:48 PM | Show all posts
menangis bukan bleh dibuat2.. kena lahir dari hati yg tulus suci..
eyth Post at 7-2-2010 12:10

Ala !!! Tengok citer Nur Kasih, berjurai2 ayaq mata. Belum lagi tengok citer hindustan!
Btw, kata penceramah tu, mula2 kita buat2 nangis dulu. Ala2 berlakon. Feeling2 sedih. Lama2 kita akan menjiwai watak tersebut. InsyaAllah!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2010 04:57 PM | Show all posts
Tangkap lentuk la nangis-nangis ni...
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2010 05:07 PM | Show all posts
17# bintang
Kita lentuk2 dgn si Pencipta. Tak pe kan?
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2010 05:52 PM | Show all posts
17# bintang
Kita lentuk2 dgn si Pencipta. Tak pe kan?
HOTlips Post at 7-2-2010 17:07

Tangkap lentuk dengan Pencipta takpe lagi.

Kalau tangkap lentuk dengan drama khabir bhatia camne?
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2010 06:47 PM | Show all posts
macam mana kalau dia berdoa/solat sambil menangis tetapi dia risau  tangisan dia tu tak ikhlas / air mata buaya??
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid Al-Aqsa ~ 'Menteri' Pertahanan Trump #kesrogol
borneMahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid A
Views : 23954 Replies : 24
Nabila berang dituduh sudah rujuk dengan Sharnaaz- Jangan jadi bodoh!
RalineNabila berang dituduh sudah rujuk dengan
Views : 35993 Replies : 13
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 203064 Replies : 7535
Individu Terkesima Orang Ramai Sanggup Beratur Semata-mata Mahu Beli Mekap.Netizen terbelah dua
YgBenarIndividu Terkesima Orang Ramai Sanggup B
Views : 31457 Replies : 37
Kamal Adli terlalu sayang anak dan isteri, jawab dakwaan ke mahkamah syariah
RalineKamal Adli terlalu sayang anak dan ister
Views : 10324 Replies : 4
Prinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis Zalikha bertuah bersuamikan Hairul Azreen
RalinePrinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis
Views : 37811 Replies : 54
Kalau bawa awek mana boleh parking kereta di zon pink!
RalineKalau bawa awek mana boleh parking keret
Views : 37314 Replies : 44
Are you ready?
BicaraHatikuAre you ready?
Views : 11705 Replies : 8
TV show dan Movie Best di Netflix
NaatashaTV show dan Movie Best di Netflix
Views : 140011 Replies : 676
Menggelupur Risau Anwar Belum Dapat Cakap Dengan Trump
MahathirinaMenggelupur Risau Anwar Belum Dapat Caka
Views : 32783 Replies : 4

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 04:38 PM GMT+8 , Processed in 0.071716 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list