CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 8613|Reply: 63

khatam quran 1000 kali sehari?

[Copy link]
Post time 3-3-2010 09:20 AM | Show all posts |Read mode
Alkisah benarrr
1 hari
nabi saw
mmbuat kuiz....

sape2 dapat khatam Quran plg cepat akan menjadi suami kpd anak Baginda Fatimah...
Maka membacalah para2 sahabat ....

Akhirnya Saidna Ali yg plg cepat..1 minit shj..kira2nya
1 minit khatam Quran???

Lantas Saidina Ali distiharkan pemenang dan
berkata

"AKu pernah mndengar nabi saw bersabda
" Pahala membaca surah Al-Ikhlas adalah menyamai 1/3 membaca Quran"


Alangkah bijak Saidina ALi..membaca 3 kali surah Al Ikhlas ,maka pahalanya seperti khatam sebuah Quran...



Jika kita membaca 3000 kali surah Al Ikhlas sehari,pahalanya menyamai khatam Quran 1000 kali sehari..
SUbhanallah...

Allah Maha Pemurah mengurniakan pahala bilion2 kpd manusia yg bijakkk....................

Diceritakan para wali Allah ada yg mmebaca surah Al-Ikhlas 100 ribu kali sehari....

ALgkah kerdilnya kita pada hari ini.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2010 09:24 AM | Show all posts
pahala gak pd pembuka topic.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2010 09:34 AM | Show all posts
subhanallah...
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2010 09:37 AM | Show all posts
bestnyerrr
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2010 09:39 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-3-2010 09:46 AM | Show all posts
Allah Maha Pemurah...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-3-2010 09:50 AM | Show all posts
:pompom:
jom beramal!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2010 09:55 AM | Show all posts
tp, nanti org tk baca  quran...asyik baca al ikhlas jer...boleh ker?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-3-2010 10:00 AM | Show all posts
8# aliimran

kenalah bc dua2 abang...sbb bc Quran pahalanya lain pulak
1 huruf 1 pahala...
1 huruf Malaikat jaga n jadi saksi kita di akhirat..

mcm solat wajib n sunat...solat wajib mmg wajib..solat sunat tambahkan pahala...

be positive..

take care friend!
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2010 10:23 AM | Show all posts
ada juga aku terbaca perihal Rasullullah SAW mengatakan

bagaimana utk khatam Al Quran dalam semalam ?

dengan membaca Al Fatihah.....
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2010 11:46 AM | Show all posts
ada juga aku terbaca perihal Rasullullah SAW mengatakan

bagaimana utk khatam Al Quran dalam semalam ?

dengan membaca Al Fatihah.....
fredbok87 Post at 3-3-2010 10:23

kena niat ker?  baca al fatihah sambil tu niat utk khatam al quran...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-3-2010 11:58 AM | Show all posts
10# fredbok87

maaf tanya..
sy belum dapat mana2 hadis ttg baca Fatihah menyamai Quran...
boleh jelaskan???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-3-2010 12:02 PM | Show all posts
Dari Imam Bukhari, diriwayatkan daripada Abu Sa’id al-Khudri; seseorang mendengar bacaan surah al-Ikhlas berulang-ulang di masjid. Pada keesokan paginya dia datang kepada Rasulullah s.a.w. dan sampaikan perkara itu kepadanya kerana dia menyangka bacaan itu tidak lengkap. Rasulullah s.a.w berkata, “Demi tangan yang memegang nyawaku, surah itu seperti sepertiga al Quran!”

hadis sahih dr Imam Bukhari
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-3-2010 12:04 PM | Show all posts
Kita perlu berpegang dengan hadis2 sahih dan jangan trpengaruh dengan hadis palsu atau lemah.
Menurut seorang ulama hadis kira-kira 7 juta hadis palsu berlegar di dunia umat islam!
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2010 12:56 PM | Show all posts
mcm mana nak  tau hadis sahih atau palsu?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-3-2010 01:04 PM | Show all posts
15# gigitbite


Bacalah buku 2 hadis2 sahih n palsu

contohnya :

1.Sahih Imam Bukhari -hadis2 sahih

2.Himpunan hadis palsu : Syeikh Albani.

Hadis palsu trsohor ialah "Tuntutlah ilmu hingga ke negara China "
Ia bukan hadis tp kata-kata seorg sahabat nabi bernama
Saad abi Waqas ra.Beliau berjaya mengembangkan dakwah islam hnggga ke China...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-3-2010 01:05 PM | Show all posts
erkongsian ilmu mengenai Hadis Palsu. Ada yang mempunyai tanggapan bahawa hadis palsu direka oleh orang-orang yang memusuhi Islam. Sebenarnya, ia bukan sahaja datang dari kalangan musuh Islam. Terdapat juga dari kalangan orang Islam sendiri yang turut ‘menyumbang’ dalam kewujudan apatah lagi penyebaran hadis palsu. Maka, dengan sebab itulah kita harus berhati-hati dengan setiap hadis yang kita peroleh, walau ia selalu didengar, masyhur, tidak semestinya ia sahih. Dan walau ia seakan aneh, dan bercanggah atau pelik, tak mustahil ia adalah satu hadis. WA~

Di bawah ini, saya ingin menampal untuk perkongsian, tulisan Hafiz Firdaus dalam menceritakan dengan serba ringkas mengenai bagaimana hadis palsu muncul. Sumber asal adalah di sini. Boleh juga dapatkan ebook buku 20 Persoalan Asas Tentang Hadis di sini.

Hadis palsu adalah kata-kata yang direka dan dianggap atau dilabelkan sebagai hadis. Terdapat juga kata-kata hikmah daripada para sahabat, tabiin atau ulama yang disalah anggap sebagai hadis. Kesemua ini dikatakan sebagai hadis maudhu’ atau hadis palsu. Persoalan tersebarnya hadis-hadis palsu adalah satu perkara yang serius dan perlu sama-sama ditangani oleh kita semua terutamanya golongan yang diberikan ilmu agama.

Terdapat banyak buku yang menceritakan dengan panjang lebar tentang sejarah kemunculan hadis-hadis palsu. Buku ini dikarang oleh para ulama sejak dahulu hingga kini. Namun saya ingin mencadangkan kepada para pembaca untuk meneliti sebuah buku yang ditulis oleh Abd. Fattah Abu Ghuddah yang bertajuk Lamahat Fi Tarikh al Sunnah Wa Ulum al Hadith. Sebahagian besar maklumat yang saya akan sebutkan seterusnya di sini diambil daripada buku ini.

Rasulullah Saw Telah Memberikan Isyarat Kemunculan Hadis Palsu

Jika kita membaca buku-buku hadis, kita akan bertemu dengan beberapa amaran daripada Rasulullah SAW tentang dosa mencipta hadis palsu dan bahaya menyebarkan kata-kata yang bukan daripada diri Baginda SAW. Ini  adalah merupakan satu tanda jelas bahawa pemalsuan hadis akan berlaku selepas Baginda SAW wafat. Di antara hadis yang jelas menyebutkan bahawa akan berlaku penipuan terhadap hadis-hadis Baginda SAW ialah sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim di dalam Sahih Muslim:

Maksudnya: Akan ada pada akhir zaman umatku sekumpulan manusia bersifat seperti dajjal dan pembohong yang memberitahu kamu tentang hadis yang kamu tidak pernah mendengarnya dan juga tidak pernah didengari oleh bapa-bapa kamu. Janganlah mereka mendekati kamu dan janganlah kamu mendekati mereka. Janganlah mereka menyesatkan kamu dan menjatuhkan kamu ke dalam fitnah.

Bilakah Bermulanya Pemalsuan Hadis?

Menurut Abd. Fattah Abu Ghuddah di dalam bukunya Lamahat Min Tarikh al Sunnah, permulaan jenayah pemalsuan hadis adalah pada sekitar tahun 40 Hijrah. Sebab utama yang memulakan jenayah ini ialah pertelingkahan dan perselisihan yang bermula sejak Khalifah Uthman Bin Affan gugur syahid dibunuh oleh golongan pemberontak.

Sebab-Sebab Hadis Palsu Dicipta

Terdapat banyak sebab yang menjadikan sebahagian manusia tergamak melakukan kesalahan yang amat besar ini iaitu memalsukan hadis. Sebab-sebab ini dapat dilihat dalam bentuk golongan yang menyebut hadis palsu. Secara ringkasnya saya sebutkan di sini beberapa golongan yang menyebut hadis-hadis palsu bersumberkan daripada tulisan Ali al Qari (1014H) dalam bukunya al Mashnu’ Fi Ma’rifati al Hadis al Maudhu’[3]. Ianya adalah seperti berikut :

1-  Golongan yang terlalu tenggelam dalam zuhud tanpa ilmu sehingga daya ingatan mereka menjadi kurang dan tidak dapat membezakan di antara hadis atau kata-kata orang lain. Mereka tersilap lalu menyebut sesuatu sebagai hadis sedangkan yang sebenarnya bukan hadis.

2-  Golongan ahli periwayat hadis yang tidak menghafaz hadis-hadis mereka. Maka apabila sesuatu berlaku kepada buku mereka, mereka tidak dapat mengingat dengan tepat apakah hadis yang telah mereka catatkan.

3-  Golongan yang soleh tetapi disebabkan terlalu tua, mereka terkena penyakit nyanyuk lalu tersalah dalam menyebut hadis-hadis palsu.

4-  Terdapat juga golongan yang tersalah meriwayatkan hadis-hadis palsu, tetapi setelah ditegur, mereka sombong dan enggan menarik balik kata-kata mereka.

5-  Golongan zindiq yang jahat. Mereka mencipta hadis-hadis palsu bertujuan menyesatkan umat Islam.

6-  Golongan yang taksub dengan mazhab masing-masing dan mencipta hadis-hadis palsu untuk menguatkan dan memenangkan mazhab mereka.

7-  Golongan jahil yang mencipta hadis-hadis palsu kononnya untuk menggalakkan manusia melakukan ketaatan atau menggerunkan mereka daripada melakukan perkara maksiat.

8-  Golongan yang menyatakan bahawa tidak mengapa meletakkan sanad palsu kepada kata-kata yang indah.

9-  Golongan pengampu yang menciptakan hadis-hadis agar mereka disayangi oleh pemerintah.

10-Golongan penceramah dan tukang cerita yang berceramah di masjid-masjid. Mereka mencipta atau meriwayatkan hadis palsu semata-mata untuk menarik minat masyarakat awam agar mereka mendapat banyak habuan kebendaan dan menjadi masyhur.

Sepuluh golongan ini ialah mereka yang dinyatakan oleh Ali al Qari sebagai golongan yang menjadi sumber datangnya hadis-hadis palsu. Kita dapat lihat dengan jelas bahawa ada di antara golongan yang disebutkan oleh Ali al Qari yang sememangnya jahat dan ada juga yang jahil atau tersilap.

sumber : internet
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-3-2010 01:08 PM | Show all posts
Ada ceramah ustaz shamsuri aku dgr...
ada penjual sayur...dia nak lariskan terung...
dia jual terung,lalu dia buat hadis palsu...

"Makanlah terung kerana terung banyak khasiat dan menyembuhkan penyakit"

Itulah hadis palsu dicipta oleh penjual terung trsebut...

Nauzubillah......
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2010 01:30 PM | Show all posts
Kita perlu berpegang dengan hadis2 sahih dan jangan trpengaruh dengan hadis palsu atau lemah.
Menurut seorang ulama hadis kira-kira 7 juta hadis palsu berlegar di dunia umat islam!
saatchambizz Post at 3-3-2010 12:04


so cerita ceriti tuan tanah di atas bersandarkan hadis palsu or sahih?
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2010 01:40 PM | Show all posts
Ada ceramah ustaz shamsuri aku dgr...
ada penjual sayur...dia nak lariskan terung...
dia jual terung,lalu dia buat hadis palsu...

"Makanlah terung kerana terung banyak khasiat dan menyembuhkan pe ...
saatchambizz Post at 3-3-2010 13:08

mcm gitu sekali eh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid Al-Aqsa ~ 'Menteri' Pertahanan Trump #kesrogol
borneMahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid A
Views : 23954 Replies : 24
Nabila berang dituduh sudah rujuk dengan Sharnaaz- Jangan jadi bodoh!
RalineNabila berang dituduh sudah rujuk dengan
Views : 35993 Replies : 13
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 203064 Replies : 7535
Individu Terkesima Orang Ramai Sanggup Beratur Semata-mata Mahu Beli Mekap.Netizen terbelah dua
YgBenarIndividu Terkesima Orang Ramai Sanggup B
Views : 31457 Replies : 37
Kamal Adli terlalu sayang anak dan isteri, jawab dakwaan ke mahkamah syariah
RalineKamal Adli terlalu sayang anak dan ister
Views : 10324 Replies : 4
Prinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis Zalikha bertuah bersuamikan Hairul Azreen
RalinePrinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis
Views : 37811 Replies : 54
Kalau bawa awek mana boleh parking kereta di zon pink!
RalineKalau bawa awek mana boleh parking keret
Views : 37314 Replies : 44
Are you ready?
BicaraHatikuAre you ready?
Views : 11705 Replies : 8
TV show dan Movie Best di Netflix
NaatashaTV show dan Movie Best di Netflix
Views : 140011 Replies : 676
Menggelupur Risau Anwar Belum Dapat Cakap Dengan Trump
MahathirinaMenggelupur Risau Anwar Belum Dapat Caka
Views : 32783 Replies : 4

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 07:47 PM GMT+8 , Processed in 0.166047 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list