CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4617|Reply: 31

Best Album & Best Rock Album AIM17

[Copy link]
Post time 2-5-2010 11:36 PM | Show all posts |Read mode
tahniah FT, Audi , Izham dan semua team

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-5-2010 11:45 PM | Show all posts
tahniah Faizal Tahir, Audi Mok, Ahmad Idzam Omar

tak sia2 usaha gigih
tapi album ni mmg best pun

terima kasih buat datuk siti nurhaliza jugak (FT lupa nak sebut .... kelam kelibut tadi) & semua yg terlibat
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2010 12:15 AM | Show all posts
TAHNIAH......
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2010 12:23 AM | Show all posts
tahniah pejal!!!! also to audi, AIO.
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2010 01:13 AM | Show all posts
tahniah ft...sememangya kamu yg terbaik!!!...x rugi saya beli album awk..
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2010 01:25 AM | Show all posts
Post Last Edit by santubung at 3-5-2010 01:26

terlepas nak tengok FT nyanyi kat AIM 17 2010?

Faizal Tahir "Selamat Malam" - Tribute buat mereka yang telah pergi



mantap!!!!
best

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-5-2010 01:39 AM | Show all posts
LOVE U FT!!

SLMT MLM SYG.. BENCINTA ADRENALIN!!
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2010 02:39 AM | Show all posts
Post Last Edit by santubung at 3-5-2010 02:42

FT, Noh Hujan & Naz @ Red Carpet AIM 17

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2010 03:12 AM | Show all posts
FT is the best!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2010 07:19 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2010 01:29 PM | Show all posts
tahniah FT..
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2010 06:22 PM | Show all posts
hotfm pasang selamat malam versi AIM17 .... best giller!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2010 09:23 PM | Show all posts
Corat-Coret Menarik Di AIM17

Oleh Ellyna Ali

Foto oleh Mazlan Photography

KUALA LUMPUR, 3 MEI 2010: Pelbagai pengiktirafan telah diberikan kepada anak-anak seni tempatan kita dalam Malam Kemuncak Anugerah Industri Muzik Malaysia Ke-17 (AIM17) yang berlangsung dengan jayanya di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), malam tadi.

Namun, pengiktirafan yang cukup besar telah diberikan kepada penyanyi dan rocker, Faizal Tahir yang telah berjaya meraih merangkul anugerah bagi kategori Album Rock Terbaik dan Album Terbaik menerusi Adrenalin.

Kemenangan Adrenalin ini pastinya membuatkan ramai peminat yang teruja untuk mendapatkan album studio kedua Faizal ini di pasaran. Barangkali, inilah strategi yang cuba dilakukan oleh labelnya, Monkey Bone Records.

Apapun di sebalik kemeriahan majlis anugerah yang memberikan pengiktirafan penyanyi , pemuzik serta penggiat seni muzik tempatan, penganjuran AIM17 – Kemuncak Segala-galanya kali ini nampak sedikit suram terutama pada acara karpet merah. Nama-nama artis atau penghibur yang besar dan berpengaruh tidak kelihatan. Ke mana perginya mereka?

Ikuti corat-coret menarik tentang AIM17 yang dapat dapat dilihat sebelum, ketika dan selepas acara yang gilang-gemilang dan penuh berprestij itu berakhir: -

# Team media elektronik Malaysia yang mahu mewawancara Kris Dayanti bengang apabila pengawal keselamatan tidak membenarkan mereka masuk di bilik penyanyi Indonesia itu. Tahap bengang mereka juga bertambah apabila diberitahu hanya TV Indonesia saja yang dibenarkan masuk.

# Nampaknya pasangan selebriti yang secocok dan popular, Aizat dan Liyana Jasmay sudah tidak malu-malu lagi untuk berjalan bersama-sama di atas karpet merah. Begitu juga sewaktu mereka diminta mengambil gambar secara berdua dalam acara post-party AIM17.

# Waktu AIM16 dulu, penyanyi cute dari Singapura, Aliff Aziz yang jadi kegilaan ramai gadis-gadis muda dilihat kelihatan cukup mesra sewaktu berdansa dengan Marsha Milan Londoh di atas lantai tari. Dalam AIM17 kali ini, Aliff Aziz sudah bertukar couple. Siapa agaknya wanita yang tinggi lampai itu?

# Keberanian Mawi membangkitkan semula tentang isu dia kena boo sewaktu digandingkan dengan Diana Danielle sebagai penyampai trofi memang wajar dipuji. Namun, pada malam itu Mawi tidak lagi jadi mangsa boo.

# Ramai yang kagum apabila melihat betapa petah dan bijaknya penyanyi dari India, Shruti yang berusia 16 tahun sewaktu berucap di atas setelah albumnya, Life Is A Mystery diumumkan sebagai pemenang bagi kategori Album India Tempatan Terbaik.

# Sebaik saja diumumkan sebagai penerima Anugerah Kembara, ramai penonton yang nampaknya dah mula jadi bingung. Atas dasar apa anugerah itu diberikan buat band muzik yang masih berusia setahun jagung itu? Ada yang berpendapat penganjurnya sengaja buat lawak dengan keputusan itu.

# Kemunculan band rock legend, Wings sebagai penyampai trofi bagi kategori Album Rock Terbaik berjaya menghangatkan lagi suasana. Malah, ada suara-suara nakal yang tak henti-henti menjerit nama Awie.

# Fan Club Dato Siti Nurhaliza, Sitizoners adalah kelab peminat yang paling aktif dan meriah pada malam itu. Mereka bersorak kuat setiap kali Siti naik ke pentas untuk mengambil trofi kemenangan. Sorakan juga diberikan buat teman baik Siti, Kris Dayanti. Namun sorakan Sitizoners kedengaran lemah sebaik saja album Dayang Nurfaizah, Dayang Live diumumkan sebagai pemenang Album Pop Terbaik. Dan, Sitizoners terus senyap apabila album Faizal Tahir, Adrenalin dinobatkan pula sebagai Album Terbaik.

# Faizal Tahir dan barisan artis Hip Hop iaitu Altimet, Daly (Ahli Fiqir) dan Point Blanc berjaya menampilkan persembahan yang memukau dalam keseluruhan segmen persembahan malam kemuncak AIM17.

#Percubaan Vince Chong untuk membuat magik dalam persembahannya sebagai gimik sewaktu mempersembahkan lagu, Biarkan memang cukup menjadi. Ramai yang kelihatan termangu-mangu apabila salah seorang penari wanitanya hilang secara tiba-tiba di dalam bingkai sebuah potret dan kemudian muncul sambil duduk di atas sofa yang berjauhan dalam sekelip mata. Macamana penari wanita itu boleh hilang dan berubah tempat secepat kilat?

# Kemunculan Dato Sheila Majid bersama Jaclyn Victor dan Karen Kong menerusi lagu Cinta Ada sememangnya ditunggu-tunggu. Vokal nyanyian mereka memang cukup menyerlah. Tapi yang tak menyerlah adalah pakaian Jac dan Karen. Tak seiring langsung dengan pakaian Sheila yang cukup gemerlapan. Divalah pulakkan?

# Banyak wartawan hiburan elektronik, cetak dan online yang tercari-cari Kris Dayanti sebaik saja AIM17 berakhir. Namun, bekas isteri Anang itu langsung tidak kelihatan. Barangkali dia mahu mengelak ditanyakan soalan berbentuk peribadi terutama yang mengaitkan dia dengan Raul Lemos yang masih lagi suami orang.

# Ada sebab kenapa suara Dato' Siti Nurhaliza seolah-olah tidak sampai sewaktu membawakan lagu duet, Jika Kau bersama teman baiknya, Kris Dayanti. Rupa-rupanya dia terkena demam panas. Sebab itulah Siti cepat-cepat pulang selepas selesai diwawancara wartawan di sidang media AIM17 sejurus selepas berakhirnya malam kemuncak anugerah tersebut.

# Kalau tidak kerana Afdlin Shauki dan Adibah Nor yang bertindak sebagai pasangan hos pada malam itu, malam kemuncak AIM17 mungkin akan jadi boring. Afdlin dan Adibah bukan saja berjaya mencuit hati dengan aksi dan lawak spontan mereka yang gila-gila tetapi bersahaja tetapi juga tampil dengan punching line yang cukup menarik. Pasangan hos yang serasi ni juga nampak cukup cute bila me menyanyikan lagu Pagi Yang Gelap daripada Hujan serta Lagu Untukmu (Meet Uncle Hussein) dalam versi mereka sendiri.

# Nampaknya selepas ini makin ramailah yang terikut-ikut dengan cara Afdlin Shauki menyanyikan lagu Kantoi daripada Zee Avi yang telah diubah liriknya demi semata-mata untuk mempertahankan 'kecurangan' kaum lelaki.

# Disebabkan 'over run' dan sudah kesuntukan masa, penerbit AIM17, Jennifer Thompson yang juga bekas isteri pengarah muzik, Ramli MS terpaksa turun padang sekali untuk mengangkat peralatan muzik yang masih tertinggal di atas pentas setiap kali artis selesai membuat persembahan.

murai.com
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2010 09:48 PM | Show all posts
Isnin Mei 3, 2010
Malam Adrenalin Faizal Tahir

Oleh KEMALIA OTHMAN

Audi Mok, Faizal Tahir dan Ahmad Izham Omar menang besar di malam Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-17 di PWTC semalam. - Foto oleh AZMAN GHANI

KUALA LUMPUR: Album Adrenalin daripada Faizal Tahir berjaya memenangi Anugerah Album Terbaik dan Album Rock terbaik pada malam Anugerah Industri Muzik Ke-17 (AIM17) yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), semalam.

Album yang mendapat sentuhan beberapa komposer terkenal antaranya Audi Mok, Faizal Tahir dan Ahmad Izham Omar ini sekali gus menutup kontroversi tentang kelayakannya menyertai anugerah berprestij ini.

“Saya terkejut dan sangat tidak menjangka akan memanangi anugerah ini. Malah saya menjangkakan Hujan akan memenanginya. Namun begitu saya bersyukur dan berterima kasih dengan orang di sekeliling saya yang banyak membantu.

“Adrenalin adalah hasil usaha dan kerja keras orang di sekeliling saya terutamanya orang-orang kuat di sebalik album ini, media, keluarga, dan peminat. Saya anggap kami sebagai sebuah keluarga,” ujarnya.

Yuna dalam kategori Lagu Terbaik dan Lagu Pop Terbaik selain merangkul gelaran Artis Baru Terbaik dengan menewaskan Azlan & The Typewriter, Bunkface, Prema Yin dan Tomok.

Dalam pada itu, dia turut mengulas kontroversi berhubung pertikaian mengenai kelayakan album tersebut dipertandingkan.

“Album tersebut telah melepasi syarat kelayakkan untuk menyertai AIM 17 dan tidak sepatutnya dijadikan isu. Ia diterbitkan dalam bentuk fizikal dan telah terlebih dahulu dijual secara digital.

"Memang sepatutnya Adrenalin dikeluarkan pada tahun lepas tetapi kerana masalah kesihatan saya yang tidak mengizinkan, ia terpaksa dipasarkan tahun ini.

"Banyak dugaan yang saya terpaksa tempuhi bagi menghasilkan Adrenalin termasuklah masalah kesihatan. Bagaimanapun, Alhamdulillah semuanya dilalui dengan tabah sehingga berjaya meraih kejayaan pada malam ini. Ia adalah tuah saya tahun ini," kata Faizal yang ditemui pada sidang media selepas selesai AIM 17.

Adrenalin mengetepikan Allahu Rabbi (InTeam), Dayang Live (Dayang Nurfaizah) dan K.O. The Mixtape (DJ Fuzz & Malique) melalui ketogori Album Terbaik. Manakala melalui Album Rock Terbaik ia turut menewaskan album Rasa (Flop Poppy), Mencari Konklusi (Hujan), Prolog 2009 (Maximus) dan Rasopariso (XPDC).

mstar
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2010 10:55 PM | Show all posts
menipu je sitizoners paling aktif
rockensteiners lg aktif kot
hahahahahaha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2010 11:05 PM | Show all posts
Reply 15# ahhcomey

kalau tengok kat tv cameraman asik fokus kat korang, nampak korang la yang teraktif abad ini
saluteee ....tiru FT
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2010 11:06 PM | Show all posts
tahniah faizal, audi n izham..
rockensteiners yg pergi semalam aku nmpak pompuan je sume.. haha.. faizal dh mcm anuar zain.. kegilaan wanita gituh.. no offence though..aku pun pompuan gak.. ekeke..

off topic: aku pun terkejut tgk audi pakai gitu.. sempat lagi ambik gambar sendiri atas stage.. kahkah..
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2010 11:18 PM | Show all posts
Reply 16# washere2


    hehehe I pegang M dlm SEMESTA
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2010 10:28 AM | Show all posts
biasa ler pompuan mesti semangat lebih............jerit paling power pon
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2010 08:15 PM | Show all posts
salute ngan suma Rockensteiners. memana FT pg, korung la paling kuat skali. memang gempak lah!
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid Al-Aqsa ~ 'Menteri' Pertahanan Trump #kesrogol
borneMahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid A
Views : 23954 Replies : 24
Nabila berang dituduh sudah rujuk dengan Sharnaaz- Jangan jadi bodoh!
RalineNabila berang dituduh sudah rujuk dengan
Views : 35993 Replies : 13
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 203064 Replies : 7535
Individu Terkesima Orang Ramai Sanggup Beratur Semata-mata Mahu Beli Mekap.Netizen terbelah dua
YgBenarIndividu Terkesima Orang Ramai Sanggup B
Views : 31457 Replies : 37
Kamal Adli terlalu sayang anak dan isteri, jawab dakwaan ke mahkamah syariah
RalineKamal Adli terlalu sayang anak dan ister
Views : 10324 Replies : 4
Prinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis Zalikha bertuah bersuamikan Hairul Azreen
RalinePrinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis
Views : 37811 Replies : 54
Kalau bawa awek mana boleh parking kereta di zon pink!
RalineKalau bawa awek mana boleh parking keret
Views : 37314 Replies : 44
Are you ready?
BicaraHatikuAre you ready?
Views : 11705 Replies : 8
TV show dan Movie Best di Netflix
NaatashaTV show dan Movie Best di Netflix
Views : 140011 Replies : 676
Menggelupur Risau Anwar Belum Dapat Cakap Dengan Trump
MahathirinaMenggelupur Risau Anwar Belum Dapat Caka
Views : 32783 Replies : 4

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 05:47 PM GMT+8 , Processed in 0.464851 second(s), 40 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list