CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 9829|Reply: 77

Salah atau Tidak Dari Segi Agama?

[Copy link]
Post time 5-5-2010 10:06 AM | Show all posts |Read mode
Kemusykilan yg ingin saya utarakan kpd tuan/puan begini...
Katalah si A, dia seorang pegawai yg menguruskan perolehan di jabatannya. Si polan ni diarahkan membeli suatu barang, katalah tv, utk jabatannya. Si polan telah memanggil sebut harga kpd beberapa pembekal. (kira ikut prosedur lah ni)... dan telah membuat pemilihan pembekal (juga ikut prosedur)... Kemusykilannya,... apabila pembekal yg terpilih membuat penghantaran, dia bagi dua buah tv, (sebut harga nak beli sebuah tv)... kerana pd masa penghantaran, tv yg dipesan tu ada offer, beli satu percuma satu... dari segi perolehan, hanya sebuah tv shj yg perlu disahkan penerimaan, diregisterkan sbg perolehan, dan dicatat sbg inventori jabatan... dlm kata lain, kalau si polan A ni bawa balik tv yg percuma yg dihantar tu, dia tak salah dari segi peraturan/undang2... sebab, dia sudah memenuhi syarat2 perolehan mengikut proses perolehan yg dibuat... 'sebuah tv'... persoalannya dari segi agama, bolehkah si polan A ni, ambil tv yg percuma tu menjadi milik dia? Minta pendapat tuan/puan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2010 10:13 AM | Show all posts
siap dgn astro ke tak?
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2010 10:27 AM | Show all posts
pening gak tuh.............
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2010 10:29 AM | Show all posts
Cadangan :
1. Bincang dgn boss apa nak wat dgn tv lagi satu
2. Jual balik - masuk duit kelab
3. Letak ditpt rehat/menunggu - semua leh guna
wallahualam...............
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2010 10:41 AM | Show all posts
biasanya yg jenis offer buy one get one free ni harga yg free tu dah masuk dlm harga dia offer...cuba tgk kat kedai lain berapa harga tv same brand tu kalau stil sama harga..kena tanya boss lah..whether u can keep it or for office use
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2010 10:54 AM | Show all posts
kena tanye ustaz zaharuddin ni...cuba tanye dia di www.zaharuddin.net, insyaallah dia bole jawab
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-5-2010 01:38 PM | Show all posts
Macam ada udang di sebalik mee jer yang free sebuah tv lagi tu. Takkan la senang2 nak bagi 2 buah utk satu harga utk satu tv, hairan.
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2010 02:47 PM | Show all posts
Ini memang kasi pining...  apasal kedai tu tak cakap awal-awal lagi yang ada offer TV preee satu  !!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2010 03:43 PM | Show all posts
pkai jer kat opis ..smua bley pkai..

p/s: bg kat aku ker..aku x rm nak beli tivi nih..
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2010 06:38 PM | Show all posts
HARAM !! sebab pembelian oleh jabatan, apa2 faedah yang diperoleh dari pembelian satu unit TV tu adalah hak jabatan ....
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2010 06:44 PM | Show all posts
HARAM !! sebab pembelian oleh jabatan, apa2 faedah yang diperoleh dari pembelian satu unit TV tu ada ...
joe_sniper Post at 5-5-2010 18:38


setuju!
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2010 11:01 PM | Show all posts
itu hak jabatan / ofis.....

letak kat bilik rehat ke..kat mane2 ke....sedekah ke...

jual kpd mane2 individu yg berminat so duit leh wat masuk duit ofisor ape2 je...

Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2010 11:09 PM | Show all posts
jabatan yang beli.. dapat free so jabatan yang punya laaaa...
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2010 01:26 AM | Show all posts
Mari kita lihat tatacara.
Tugas si polan A, adalah membuat transaksi bagi pihak jabatan ( tak taulah samada si polan A mempunyai kuasa penuh iaitu dalam proses pembelian baru atau pelupusan harta jabatan).

Jika si polan A mempunyai kuasa 'pembelian baru dan pelupusan' maka jika dia menggunakan kuasanya dengan melupuskan Tv yang satu lagi itu ( setelah semua prosidur selesai ) maka dia boleh mengambil Tv tersebut ( untuk mengelakkan pembaziran ).

Tetapi jika dia sengaja melupuskan barangan tersebut ( dengan niat untuk keberuntungan ) maka di sini jatuhnya ketidak jujuran sebagai pegawai yang bertanggungjawab.

Jika pembekal memberikan maklum bahawa Tv tersebut untuknya ( kerana telah menjayakan transaksi iaitu sebagai hadiah untuknya) maka dia bolehlah mengambil hadiah tersebut ( Tv itu ).

Walau bagaimana pun bagi akulah, di rumah dia tentu dah ada Tv dah.
Tolak lah odaan syaitan tuh walaupun tiada apa apa berlaku pada si polan A di dunia ini.
Ditiupkan oleh syaitan akan sifat  " kerugian kalau tak ambil " ,. "peluang baik" dan banyak istilah "kalau...rugi oooo..."
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2010 06:58 AM | Show all posts
jabatan yang beli.. dapat free so jabatan yang punya laaaa...
geolimarkisa Post at 5-5-2010 23:09


tepat sekali.
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2010 07:31 AM | Show all posts
Jika pembekal memberikan maklum bahawa Tv tersebut untuknya ( kerana telah menjayakan transaksi iaitu sebagai hadiah untuknya) maka dia bolehlah mengambil hadiah tersebut ( Tv itu ).
rdzaccess Post at 6-5-2010 01:26


tak boleh. whatever reason given, itu adalah 'habuan' krn pegawai tersebut memilih pembekal itu.  Jika pembekal lain bagi 'habuan' yg lebih lumayan, kecenderungan nanti ialah utk memilih pembekal yg bagi 'habuan' tertinggi.  rasuah boleh ditukar jadi mcm2 nama spt 'hadiah', 'pakej haji', 'kupon servis kereta percuma', 'tiket masuk Theme Park percuma'.  hakikatnya takda benda yg percuma oleh sesebuah syarikat melainkan mrk mharapkan dpt semula apa yg mrk beri.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-5-2010 09:30 AM | Show all posts
yg saya bagi contoh, (sekadar contoh)... tv.... barang2 lain pun ada offer yg lebih kurang saja, tapi kebanyakannya dari jenis barangan elektrik/eletronik... barangan dari jenis mesin2/perabot, jarang yg ada offer, beli satu dapat satu..., selain tu beli satu dapat satu, ada juga yg offer beli barang A dapat barang B free, contoh, macam beli peti ais, dapat microwave dsb.,... selain tu, ada juga keadaan kita pesan beli 10, misalnya, pembekal hantar extra 11/12... so, ni biasa berlaku dalam perolehan oleh jabatan/majikan... tak kiralah swasta/kerajaan... (tuan/puan tak pernah terlibat dgn perolehan mungkin merasakan hal ini suatu yg janggal!)

di pihak pembekal pula, mana2 yg free atau extra ni tidak disebutkan dlm delivery order, ... jadi bila kita terima, pengesahan terima adalah utk yg tercatat dlm DO sama ada sama atau tidak spt yg diorder melalui sebut harga... dan yg inilah saja yg 'wajib' direkodkan/didaftarkan dlm perolehan... apabila kita dah mengesahkan penerimaan dan merekodkan sbg perolehan/inventori... kita telah melengkapi prosedur perolehan dan memenuhi tuntutan audit... so, jadi dari segi hukum 'dunia'... barang yg free atau extra tu, kalau kita ambik pun... tak bersalahan dari segi hukum 'dunia'nya!

awal2 saya dah kata, perolehan yg dibuat adalah mengikut prosedur... kalau dalam satu perolehan sebut harga, biasanya, banyak pembekal akan dipanggil... sekurang2nya 3 pembekal... setiap pembekal akan mengemukakan dokumen sebut harga masing2... yg akan dinilai oleh satu j/kuasa penilaian harga dan penilaian spesifikasi... kalau pembelian kecil, misalnya di bawah RM10,000... pegawai perolehan akan membuat keputusan, pemilihan pembekal berdasarkan sebut harga yg dibuat... namun ketua kpd pegawai akan mengesahkan pemilihan tsb, ok / tidak... lazimnya, ok semua, sebab pemilihan dibuat dgn reason... reason yg paling lazim... pembekal yg dipilih menawarkan harga terendah dan memenuhi spesifikasi... maka di sini, tak ada isu pasal habuan or apa ke benda...

permasalahan yg saya bangkitkan... setelah pembekal dipilih, apabila pembekal menghantar barang yg dipesan... pada ketika itulah pembekal turut menghantar barang free tadi, sebab, pada masa itu barang tu ada offer, sebegitulah... beli satu free satu... (kalau yg hantar lebih, misalnya, pesan 10, hantar 11/12... reason yg diberikan... yg extra ni utk cover mana2 yg rosak... dalam order jamuan pun, ada extra, tuan2... order utk 20 org, patut ayam 20 ketul... tapi caterer bagi 23/25 ketul... extra 3/5... reason, kot2 tak cukup ada orang ambil lebih... kita bantai semacam saja tak kira pula halal/haram... hala semua masuk mulut!... tak sebut pun pasal habuan/rasuah dsb.nya... yg disebut, "caterer mana ni, baguih la tak kedekut... bagi extra!")...

di sini pembekal sudah dipilih, atas dasar sebut harga yg diberikannya dlm persaingan sebut harga yg ikut prosedur... isu habuan/isu rasuah tak ada tempat di sini... dari segi agama, ambil barang free tadi tu, tak kiralah apa bendanya, tv ka, t-shirt ka, buah ka... adakah bersalahan dari segi syaraknya?... kalau salah atas sebab apa?... mencuri? pecah amanah? menipu? atau apa?... dari segi 'dunia'... dia tak mencuri, dia tak pecah amanah, dia tidak menipu... semua prosedur telah dipatuhi dan diikuti!

(untuk menjelaskan permasalahan yg saya kemukakan... moga2 tuan/puan dapat gambaran lebih jelas tentang permasalahan yg saya bangkitkan!... wallah huaklam!)
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2010 10:47 AM | Show all posts
aku pon baru beli ubat gigi dpt free satu berus gigi haritu.... haramkah aku amik berus gigi free tuh???
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2010 11:06 AM | Show all posts
aku pon baru beli ubat gigi dpt free satu berus gigi haritu.... haramkah aku amik berus gigi free tu ...
orghijau Post at 6-5-2010 10:47

cuba ko beli jamban,dpt tak free berus berus jamban
mana ada...each sold separately...
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2010 11:29 AM | Show all posts
aku pon baru beli ubat gigi dpt free satu berus gigi haritu.... haramkah aku amik berus gigi free tu ...
orghijau Post at 6-5-2010 10:47



    you beli utk company or for yrself?  kita beli ubat gigi pakai duit kita so benda percuma tu kita la yg punya.  tapi klu beli pakai duit company, apa2 yg datang sekali dgn barang tu company yg punya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid Al-Aqsa ~ 'Menteri' Pertahanan Trump #kesrogol
borneMahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid A
Views : 23954 Replies : 24
Nabila berang dituduh sudah rujuk dengan Sharnaaz- Jangan jadi bodoh!
RalineNabila berang dituduh sudah rujuk dengan
Views : 35993 Replies : 13
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 203064 Replies : 7535
Individu Terkesima Orang Ramai Sanggup Beratur Semata-mata Mahu Beli Mekap.Netizen terbelah dua
YgBenarIndividu Terkesima Orang Ramai Sanggup B
Views : 31457 Replies : 37
Kamal Adli terlalu sayang anak dan isteri, jawab dakwaan ke mahkamah syariah
RalineKamal Adli terlalu sayang anak dan ister
Views : 10324 Replies : 4
Prinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis Zalikha bertuah bersuamikan Hairul Azreen
RalinePrinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis
Views : 37811 Replies : 54
Kalau bawa awek mana boleh parking kereta di zon pink!
RalineKalau bawa awek mana boleh parking keret
Views : 37314 Replies : 44
Are you ready?
BicaraHatikuAre you ready?
Views : 11705 Replies : 8
TV show dan Movie Best di Netflix
NaatashaTV show dan Movie Best di Netflix
Views : 140011 Replies : 676
Menggelupur Risau Anwar Belum Dapat Cakap Dengan Trump
MahathirinaMenggelupur Risau Anwar Belum Dapat Caka
Views : 32783 Replies : 4

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 05:55 PM GMT+8 , Processed in 0.138091 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list