View: 2477|Reply: 9
|
Memang Rockstar!, Berita Harian 13 Mei
[Copy link]
|
|
Memang Rockstar!
Oleh Farihad Shalla Mahmud
[email protected]
2010/05/13
sebelum - selepas
Faizal Tahir nikmati kemanisan aura seorang bintang ketika melancarkan album Adrenalin di Hotel Hard Rock, Pulau Pinang
KUNJUNGANNYA ke Hotel Hard Rock, Pulau Pinang Isnin lalu untuk melancarkan album dan mengadakan showcase disambut dengan hamparan permaidani merah. Sebaik saja kelibat figura ini muncul, jeritan dan sorakan peminat yang menggilainya memecah keheningan suasana. Malah, dia juga menjadi artis tempatan pertama yang tandatangannya diabadikan di sebuah gitar yang akan dipamerkan di hotel ternama itu.
Tak cukup dengan itu, sejenis menu istimewa berupa minuman dan burger turut dicipta khas dan dinamakan Adrenalin, yang diambil bersempena dengan tajuk album keduanya itu. Begitulah hebat dan bertuahnya seorang anak seni bernama Faizal Tahir apabila dia diberikan penghormatan sebegitu rupa.
Dia ditatang bagaikan minyak penuh serta dilayan bagai seorang rockstar. Pendek kata, Faizal kini sedang menikmati kemanisan aura seorang bintang rock yang segala kemahuan dan kehendaknya diturutkan tanpa sebarang bantahan. Pun begitu, walaupun dilimpahi pelbagai keistimewaan, Faizal tidak pernah merasakan yang dia adalah seorang rockstar.
"Saya tidak anggap yang saya adalah seorang rockstar. Bila saya menyanyi secara solo, saya anggap saya seperti penyanyi biasa lain. Manakala bila saya bersama kumpulan saya, barulah saya merasakan yang saya benar-benar seorang penyanyi rock," kata Faizal ketika ditemui selepas majlis pelancaran albumnya yang berjudul Adrenalin berakhir petang kelmarin. Diusik dengan pertanyaan apakah pernah terdetik di dalam hatinya atau berangan-angan yang dia sebenarnya adalah seorang rockstar, Faizal terdiam seketika sebelum kembali bersuara.
"Saya tak pernah merasakan yang diri saya seorang rockstar. Lagipun belum masanya lagi untuk saya digelar sedemikian," katanya merendah diri.
Sejak industri hiburan berada dalam situasi membimbangkan akibat diserang virus cetak rompak, memang jarang majlis pelancaran album seseorang artis itu dibuat di luar ibu kota. Maklum sajalah, bukan kecil anak bajet yang hendak dikeluarkan. Namun, Faizal berjaya mengembalikan zaman `kegemilangan yang pernah dikecapi artis tempatan suatu waktu dulu.
"Dalam hal ini, saya amat berterima kasih kepada syarikat rakaman saya Monkey Bone dan juga pihak Hard Rock Hotel yang sudi menaja lokasi untuk pelancaran album ini di sini. Mereka melahirkan hasrat untuk menaja majlis pelancaran dan segala kemudahan menerusi Jennifer Thompson.
"Sebenarnya sejak dari awal lagi saya sudah memaklumkan hasrat saya pada syarikat rakaman yang saya ingin membuat kelainan untuk pelancaran album kedua saya ini.Pada saya, ini adalah masa yang terbaik untuk saya memberi kembali kepada mereka yang banyak berjasa dalam membantu kerjaya seni saya dari dulu hingga kini.
"Saya memilih untuk mengadakan di sini kerana saya mahu mengajak sekali teman media saya bekerja sambil bercuti. Jadi tak adalah stress sangat. Manakala untuk showcase saya pada 30 Mei nanti di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur, ia adalah hadiah saya untuk peminat semua," ujar Faizal.
Sempena kelahiran Adrenalin juga, Faizal merancang untuk mengadakan konsert siri jelajah untuk bertemu peminat kesayangannya dari pelbagai pelosok negara.
"Setakat ini lima tempat sudah pun disahkan. Dan saya memang tidak sabar untuk bertemu peminat terutama di kawasan Sabah dan Sarawak. Saya memang sudah lama tidak membuat sebarang persembahan di sana. Jika ada pun terpaksa dibatalkan kerana saya tidak sihat.
"Selain Sabah dan Sarawak, saya akan ke Johor Bahru, Kuantan dan Pulau Pinang. Tahun ini saya memang banyak mengadakan persembahan di Pulau Pinang. Jadi saya isytiharkan yang tahun ini adalah Tahun Melawat Pulau Pinang buat saya,” katanya sambil disambut deraian tawa mereka yang ada di sekelilingnya.
Biarpun bayi keduanya itu baru saja diluncurkan, namun bekas naib juara program realiti One In A Million musim pertama ini sudah pun mempunyai rancangan untuk menghasilkan album ketiga.
"Perancangan itu memang ada tetapi ia bukanlah dalam tempoh setahun dua ini. Saya perlukan banyak masa untuk menghasilkan material yang lebih baik dari apa yang saya pernah sajikan. Bagaimanapun, untuk album akan datang ini, saya tetap akan bekerjasama dengan Audi Mok.
"Bukanlah bermakna saya tak boleh bekerjasama dengan komposer lain. Tetapi bukan mudah sebenarnya untuk mencipta keserasian seperti yang berlaku antara saya dan Audi. Saya tak mahu menjadi seperti sesetengah artis yang albumnya sukses apabila bekerja dengan komposer yang sama tetapi tidak menjadi sebaik saja bertukar komposer lain.
"Pun begitu, saya tetap mengharapkan satu hari nanti saya dapat menerbitkan album saya sendiri, " katanya optimis.
Duet dengan adik sendiri
BIARPUN showcase hanya akan bermula pada jam 10 malam, namun di luar Hard Rock Cafe tempat berlangsungnya persembahan itu sudah pun dipenuhi peminat rocker sensasi ini sejak jam 7 lagi.
Bukan saja remaja malah Faizal juga berjaya mengumpul peminat dari pelbagai generasi. Itulah penangan penyanyi yang baru saja menerima anugerah Album Rock Terbaik dan Album Terbaik sewaktu Anugerah Industri Muzik ke-17 yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) minggu lalu.
Siapa sangka, ruang yang agak sempit itu berjaya memuatkan hampir 500 pengunjung yang mahu menyaksikan Faizal menghangatkan suasana dengan lagu rancak yang bertenaga miliknya. Memulakan persembahan dengan lagu Adrenalin, Faizal mengambil risiko dengan menyanyi di kawasan yang agak merbahaya iaitu di bahagian lampu digantungkan dan bukan di atas pentas.
Ruang yang sudah sedia panas itu dihangatkan lagi dengan dendangan lagu rancak seperti Superhero dan Bencinta sekali gus menjadikan lokasi itu seperti sebuah mini konsert apabila peminat turut menyanyi dan menari bersamanya. Faizal juga turut menyentuh hati peminatnya dengan lagu berhantunya seperti Sampai Syurga, Cuba, Mahakarya Cinta dan Selamat Malam.
Walaupun disampaikan dalam bentuk medley, namun itu sudah cukup untuk membuat pengunjung yang hadir terusik dengan liriknya yang cukup puitis ditambah penyampaian vokal Faizal yang sememangnya bertenaga. Ternyata, biarpun kurang tidur kerana melakukan sound check hingga lewat pagi, Faizal masih ampuh menunaikan tanggungjawabnya.
Buat pertama kalinya juga Faizal bergabung tenaga dengan adiknya, Salman menerusi lagu yang pernah dipopularkan oleh kumpulan Guns 'N" Roses berjudul November Rain. Lagu lain yang turut dinyanyikan Faizal termasuklah Hanyut dan Semesta. Persembahannya malam itu diiringi Kelly, Rizal, Arthur Kam dan Genervie Kam.
Menutup tirai persembahan, penyanyi kontroversi ini menyampaikan lagu yang menjadi tema program realiti MyStar LG berjudul Gemuruh sekaligus meninggalkan perasaan puas di hati penonton yang hadir. |
|
|
|
|
|
|
|
wow..hebat..congrats faizal tahir![](static/image/smiley/default/3laugh.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
memang rockstar
kat HR Penang pun die duduk Rockstar Suite
mmg giler2 nye layanan rock star die dpt la |
|
|
|
|
|
|
|
wah... so lucky la pejal... ![](static/image/smiley/default/loveliness.gif)
sape penah attend woksyop rahsia tarikh lahir? yg byk iklannya kt metro tu. penah la attend tp xde la percaya 100% pun. antara 50% - 70% ada le jugak kena dgn perwatakan diri kita. dok kira2 pejal nyer birthdate, no asasnya adalah 7. mmg bertuah dan byk sokongan!!! ![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Wahh....Amy Search comfirm jeles!!!![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
wahhh...
pujian melambung...u deserve it FT...![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
betul2..
sokong ft selalu..![](static/image/smiley/default/pompom.gif) ![](static/image/smiley/default/pompom.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
despite dia bagus dan dipuji melambung, dia tetap humble. sukaaaa |
|
|
|
|
|
|
| |
|