CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3095|Reply: 10

Penangan Faizal Tahir! - Gua.com.my [14.5.2010]

[Copy link]
Post time 14-5-2010 06:18 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by santubung at 20-5-2010 09:03





Hebat dan mantap! Dua perkataan ini melambangkan 'showcase' Faizal Tahir yang berlangsung di Hard Rock Cafe, Pulau Pinang pada Selasa lalu. Sepanjang satu jam setengah peminat Faizal dihiburkan dengan lagu-lagu popular dendangannya. Tidak ketinggalan beberapa lagu yang dipetik daripada album terbarunya, 'Adrenalin'.

       Semua teruja menyaksikan persembahan Faizal

Kehangatan 'showcase' Faizal sebenarnya bermula lebih awal daripada yang dijadualkan. Ini kerana sejak jam 6 petang lagi sudah ada peminat yang hadir untuk membeli tiket pada saat-saat akhir. Namun, bukan semua berjaya melangkah masuk ke dalam Hard Rock Cafe memandangkan tempat terhad iaitu 500 orang.

Bagi mengubat kekecewaan 150 orang peminat yang tidak mendapat tiket, pihak Hard Rock Cafe telah memasang skrin besar di luar premis untuk memberi peluang kepada mereka untuk sama-sama menyaksikan persembahan bertenaga Faizal Tahir.

Seperti yang dijanjikan, 'showcase' pada malam itu bermula tepat jam 10 malam. Faizal memulakan persembahan dengan menyanyikan lagu 'Adrenalin'. Kemunculan Faizal disambut dengan sorakan dan pekikan peminat yang sudah tidak sabar menunggu. Malah, mereka juga turut menyanyi dan menari bersama-sama.

Faizal meneruskan persembahan dengan menyampaikan lagu lagu-lagu medley berentak rancak bagi menghangatkan suasana. Ketika ini bukan sahaja peminat Faizal yang turut menjerit, menyanyi bersama, malah pihak media dan krew bertugas juga sama-sama berlagu riang. Terutama ketika Faizal menyanyikan lagu "Bencinta", "Mahakarya Cinta" dan "Superhero". Pendek kata, semua yang hadir pada malam itu teruja dan seronok menyaksikan persembahan ‘Superman Malaysia’ itu.


Faizal bijak berinteraksi dengan peminat

Faizal bukan sahaja berjaya mempersembahkan vokal yang mantap, tetapi dia juga bijak berbicara dengan penonton yang memenuhi segenap ruang Hard Rock Cafe. Pujian memang layak diberikan kepada Faizal memandangkan dia tidak mendapat rehat yang secukupnya. Bayangkan, selepas selesai melakukan 'soundcheck' semalaman, Faizal hanya berpeluang berehat seketika sebelum majlis pelancaran albumnya bermula jam 3 petang pada hari yang sama.

Pada malam itu, persembahan Faizal diiringi oleh kumpulan pemuziknya yang terdiri daripada Rizal, Kelly, Arthur Kam dan Genervie Kam. Selain mendendangkan lagu-lagu popularnya, Faizal juga sempat menyampaikan lagu popular kumpulan rock antarabangsa, Guns ‘N’ Roses berjudul "November Rain". Tambah menarik, Faizal turut mengheret adiknya, Salman untuk menyanyi bersama-sama. Kolaborasi kali pertama ini nampaknya berjaya mengejutkan penonton.


Selama satu setengah jam peminat dihiburkan

Lain-lain lagu yang dipersembahkan oleh Faizal ialah "Sampai Syurga", "Cuba", "Selamat Malam", "Hanyut", "Semesta" dan "Gemuruh".

Credit: Gua.com.my
Link: http://www.gua.com.my/Entertainment/Feature-Detail.aspx?ArticleID=4880
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2010 07:23 PM | Show all posts
gila dahsyat!! bravo FT !!
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2010 03:04 AM | Show all posts
adeh terbayang2 lg showcase nih
mmg hebat giler la faizal
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2010 01:23 PM | Show all posts
nak tgk kat KL nye lak
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2010 02:23 PM | Show all posts
Bravo FT.. Go FT Go..
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2010 03:54 PM | Show all posts
i like him...nak gi cari album adrenalin dia ni...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-5-2010 05:23 PM | Show all posts
FT memang terbaik. takde gambar adek dia ke? hehe
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2010 07:13 AM | Show all posts
Reply 7# miminn

jumpa video FT feat. salman kt HRC...tp sound x best.. layan je lah..

http://www.youtube.com/watch?v=ypTR6eoDOC8
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2010 07:22 AM | Show all posts
Reply 8# snowey_dey

wah! thanks a lot. nak tengok gambar je lah. audio dia memang bingit! huhu
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2010 03:39 PM | Show all posts
Persembahan FT memang gempakkkkkkkkk....pernah tengok persembahan dia kat Secretaries' Week kat Persada bulan lepas...memang meletoppp.....nyanyi dekat 10 lagu pun tetap maintain staminanya...
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2010 05:12 PM | Show all posts
sape nak tgk vid FT ft salman gtau la
i leh tag
ktorg ade yg HQ
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid Al-Aqsa ~ 'Menteri' Pertahanan Trump #kesrogol
borneMahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid A
Views : 23954 Replies : 24
Nabila berang dituduh sudah rujuk dengan Sharnaaz- Jangan jadi bodoh!
RalineNabila berang dituduh sudah rujuk dengan
Views : 35993 Replies : 13
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 203064 Replies : 7535
Individu Terkesima Orang Ramai Sanggup Beratur Semata-mata Mahu Beli Mekap.Netizen terbelah dua
YgBenarIndividu Terkesima Orang Ramai Sanggup B
Views : 31457 Replies : 37
Kamal Adli terlalu sayang anak dan isteri, jawab dakwaan ke mahkamah syariah
RalineKamal Adli terlalu sayang anak dan ister
Views : 10324 Replies : 4
Prinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis Zalikha bertuah bersuamikan Hairul Azreen
RalinePrinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis
Views : 37811 Replies : 54
Kalau bawa awek mana boleh parking kereta di zon pink!
RalineKalau bawa awek mana boleh parking keret
Views : 37314 Replies : 44
Are you ready?
BicaraHatikuAre you ready?
Views : 11705 Replies : 8
TV show dan Movie Best di Netflix
NaatashaTV show dan Movie Best di Netflix
Views : 140011 Replies : 676
Menggelupur Risau Anwar Belum Dapat Cakap Dengan Trump
MahathirinaMenggelupur Risau Anwar Belum Dapat Caka
Views : 32783 Replies : 4

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 05:55 PM GMT+8 , Processed in 0.299064 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list