CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2794|Reply: 8

Faizal & Friends?

[Copy link]
Post time 31-5-2010 02:09 PM | Show all posts |Read mode
myMetro  
       Kempen TV Raya    Oleh Ramlah Zainal
2010/05/17
        

   
              
RANGKAIAN TV Media Prima Berhad terus melakar pencapaian membanggakan seperti tahun sebelumnya dengan berjaya mendahului jumlah bilangan penonton yang ramai. Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Seri Farid Ridzuan, berkata rangkaian TV Media Prima turut berjaya meraih lebih daripada 99 peratus penonton Melayu di negara ini dan Kempen TV Raya akan datang adalah salah satu agenda yang dinantikan.  Justeru, ia secara tidak langsung adalah platform yang berkesan khususnya bagi penaja untuk mengiklan produk mereka sempena musim raya tahun ini.   "Demi mengekalkan posisi kukuh sepanjang tahun, pelbagai langkah strategik dirangka seperti menyediakan program terbaik dari luar dan dalam negara termasuklah yang diterbitkan sendiri oleh produksi kami bagi mengimbangi jumlah penonton terutamanya pada minggu pertama dan kedua Aidilfitri.

"Di samping itu, kami menitikberatkan maklum balas daripada penonton serta susunan mantap rancangan istimewa yang disajikan sepanjang kemeriahan Ramadan dan Syawal supaya waktu tayangan dan siaran menepati kelompok penonton sasaran," katanya.   Farid berkata, rangkaian TV Media Prima Berhad bukan saja saluran pilihan penonton dewasa sebaliknya mendapat tempat di kalangan penonton kanak-kanak.

"Kami percaya berbekalkan formula sajian program yang terbaik antara yang terbaik, ia bukan saja dapat menarik penonton dewasa malah beberapa pilihan dan seleksi program disediakan juga mengutamakan kehendak penonton cilik stesen kami.

"Rangkaian TV Media Prima Berhad juga mendominasi penerbitan program kanak-kanak sepanjang tahun dengan anggaran lebih 56 peratus perolehan termasuk musim perayaan.

"Di TV9, penonton cilik dapat menikmati program menarik seperti Upin Ipin Raya, Masked Rider Den-0 dan Power Rangers Jungle Fury," katanya.   Beliau berkata demikian di sidang media pembentangan Media Prima TV Network Raya Screenings 2010 bertemakan Rasa Sayang Raya di Hotel Berjaya Times Square di sini, Jumaat lalu.    Hadir sama, Pengurus Besar Pengurusan Jenama TV3, Nurul Aini Abu Bakar; Ketua Pengurusan Penjenamaan Kumpulan TV9, Rozaina Zainul Abidin; Pengurus Besar ntv7, Airin Zainul; dan Pengurus Besar Penjenamaan, Pembangunan Perniagaan, Pemasaran dan Komunikasi 8TV, Lam Swee Kim.           Acara petang itu disemarakkan dengan persembahan Datuk Siti Nurhaliza, Jaclyn Victor, Black, Awal Ashaari dan pelakon cilik Haziq.    Sementara itu, sebagai rutin tahunan dan mengambil inisiatif mengekalkan tradisi saluran utama pilihan penonton, rangkaian televisyen  Media Prima juga mengumumkan program menarik dari dalam dan luar negara yang bakal disiarkan sepanjang Ogos (Ramadan) dan September (Syawal) nanti.

  Sepanjang Ramadan, saluran TV3 menyajikan program sesuai seperti Jejak Rasul 16 yang pernah memenangi Anugerah Dokumentari Terbaik, Sirah Nabi, Dari Masjid Ke Masjid dan Kalamullah, Shamsul @ Bazaar Ramadan, Jom Berbuka Puasa dan Singgah Sahur.

Saluran TV9 pula dengan sajian sempena Ramadan iaitu Insyaf, Resipi Istana, Tazkirah Ramadan, Pewaris, Perjalananku dan Kuih raya Chef Wan, Bubur Lambuk dan Moreh.   Sambutan Aidilfitri pula dimeriahkan dengan filem Blokbuster di TV3 dan TV9 seperti Cicakman 2, Jin Notti, Senario Episod 1, Brainscan, Jangan Pandang Belakang Congkak, Syurga Cinta, I'm Not Single, Jangan Pandang Belakang, Saus Kacang, Chermin dan Bicara Dari Tuhan.   Sitkom pilihan seperti Senario 003, Bas Raya dan Hikayat. Rancangan hiburan khas raya di TV3 seperti Stylistika Siti, Akustika 2010 dan Faizal  & Friends. Saluran TV9 pula dengan Perang Lawak, Di Hati Siti, Alahai Nak Raya, Idola kecil idola besar, Cerita malam hantu raya, Hip TV raya, Alahai Fafau Beraya, Galaksi Aidilftri dan Geng Aizat.

Program majalah dan dokumentari pula seperti Manikam Kalbu, Madrasah Di Pinggir Syurga, Raya Pertamaku, Sepuluh Jari Kecil, Eid Seantaro dan Ketupat Rendang Kopi O.

Tidak ketinggalan, saluran ceria anda ntv7 dengan paparan program menarik seperti Nite of Soulful Stars Cinta, Talian Hayat: Raya Edition, e7 Raya Special, Space Chimps, Women's Zone Raya Special, Master of Illusion, Imposible Magic dan tayangan filem hebat seperti Divergence, Mr Funny Bones Strikes Back dan Robin Hood: Prince of Thieves.   Manakala, saluran 8TV pula dengan program   tidak kurang hebatnya seperti 2010 MTV Movie Awards, 52nd Annual Grammy Awards, Shout! Awards 2009, 8TV Quickie Raya Special-The  Homecoming, Selamat Quickie Raya dan dokumentari khas Muslim in China.   Selain itu, bintang Hong Kong dan Taiwan dalam Countdown Concert Live in Taiwan 2010 dan filem menarik seperti Twins Mission, Men Suddenly In Black 2 dan Legend of Star-Bang Bang.



petikan Mstar
            Ahad Mei 30, 2010         
                      Rasa Sayang Raya 2010
..............

Jangan lepaskan peluang untuk beraya bersama artis-artis kesayangan anda di dalam rancangan hiburan khas seperti Stylistika Siti, Akustika 2010, Faizal & Friends, Perang Lawak, Di Hati Siti, Alahai Nak Raya, Idola Kecil Idola Besar, Cerita Malam Hantu Raya, Hip TV Raya, Alahai Fafau Beraya, Galaksi Aidilfitri dan Geng Aizat.




soalannya

1. adakah Faizal tu ialah FT dan bukan faizal ismail? (sebab disebut rancangan hiburan khas raya TV3, tentu nyanyi2)

2. adakah ulangan Akustika Raya tahun lepas? tapi macam bukan sebab ada satu lagi rancangan tajuk Akustika 2010

3. Kalau betul program raya baru libatkan FT, siapakah friends nya dan bila rakamannya?




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-5-2010 02:42 PM | Show all posts
jwpannya;

1. faizal tu FT
2. bkn ulangan akustika raya thn lps. yg tahun ni pnya akustika artisnya aizat, yuna dan hujan (terbaca kt FB sape ntah x ingat.... tp org kuat tv3 la)
3. friends nya maybe royal band nya la kot, x sure la tp penerbitnya kali ni Gbam, bkn org yg sama menerbitkan akustika raya thn lps (ni pun terbaca kt FB sape ntah x ingat...)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-5-2010 02:56 PM | Show all posts
Reply 2# sicomel

thanks comel
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2010 03:16 PM | Show all posts
Reply 2# sicomel

baca kt FB  kelly mohamed kan? (penerbit akustika last year).. hehe
antara friends yg terlibat adlh bunkface.. suka...
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2010 03:57 PM | Show all posts
Reply 4# snowey_dey

a'ah.. ye la kot FB kelly mohammad. x brp ingat sbb penah terbaca bbrp mggu lps.
friends tu bunkface ye? wow! suka!!!
bunkface je ke? jack takde ke? harus la ada satu lagi program raya, faizal & brothers. panggil anas skali
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2010 05:52 PM | Show all posts
Reply 5# sicomel


ak skong 110%.
best what..huhu
hri tu ad org invite event kt fb, recording  17 July ktanya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-5-2010 06:06 PM | Show all posts
Post Last Edit by cicakmen07 at 31-5-2010 18:18

FT & Friends tu FT & bunkface & saper lagi?
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2010 06:29 PM | Show all posts
Reply 7# cicakmen07

no info.. aku tau bunkface ade pun sbb aku tgk jadual diorang..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2010 08:51 PM | Show all posts
HUJAN pun ada atau Noh seorang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid Al-Aqsa ~ 'Menteri' Pertahanan Trump #kesrogol
borneMahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid A
Views : 23954 Replies : 24
Nabila berang dituduh sudah rujuk dengan Sharnaaz- Jangan jadi bodoh!
RalineNabila berang dituduh sudah rujuk dengan
Views : 35993 Replies : 13
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 203064 Replies : 7535
Individu Terkesima Orang Ramai Sanggup Beratur Semata-mata Mahu Beli Mekap.Netizen terbelah dua
YgBenarIndividu Terkesima Orang Ramai Sanggup B
Views : 31457 Replies : 37
Kamal Adli terlalu sayang anak dan isteri, jawab dakwaan ke mahkamah syariah
RalineKamal Adli terlalu sayang anak dan ister
Views : 10324 Replies : 4
Prinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis Zalikha bertuah bersuamikan Hairul Azreen
RalinePrinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis
Views : 37811 Replies : 54
Kalau bawa awek mana boleh parking kereta di zon pink!
RalineKalau bawa awek mana boleh parking keret
Views : 37314 Replies : 44
Are you ready?
BicaraHatikuAre you ready?
Views : 11705 Replies : 8
TV show dan Movie Best di Netflix
NaatashaTV show dan Movie Best di Netflix
Views : 140011 Replies : 676
Menggelupur Risau Anwar Belum Dapat Cakap Dengan Trump
MahathirinaMenggelupur Risau Anwar Belum Dapat Caka
Views : 32783 Replies : 4

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 05:34 PM GMT+8 , Processed in 0.618090 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list