CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 28515|Reply: 73

Keladi Kemumu ( Lambuk )

[Copy link]
Post time 3-8-2010 01:58 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by em2 at 3-8-2010 18:49

Rasanya tiada lagi thread nie.

Batang Kemumu
Kemumu merupakan tanaman dari jenis keladi. Kemumu ni bahasa jiran seberang kita. Terdapat beberapa perbezaan antara keladi biasa dan lambuk. Dari segi warnanya, hijau kemumu agak kebiruan, sedangkan hijau keladi biasa benar-benar hijau terang. Tetapi kemumu tidak seperti keladi biasa yang mana keladi biasa mempunyai getah juga bahagian kelopaknya beracun yang akan menyebabkan gatal-gatal jika tersentuh. Batangnya boleh dimasak atau dimakan mentah sebagai ulam, dikenali sebagai lambuk oleh masyarakat sekitar Perak.

Batang kemumu sesuai di tuai selepas saiz batang telah mencapai ukuran lebih dari 60 cm panjang dari pangkal ke daunnya dan ia boleh mencapai sehingga lebih dari 1.2 m panjang. Batang kemumu sedap di masak lemak cili api atau asam rebus bersama  udang, ayam atau paling sedap dengan daging, memang cukup meyelerakan.

Sedap juga di buat ulam dimakan mentah dicicah sambal tempoyak atau digoreng cili hidup berperencah daging.

Harga pasaran sekitar BB Bangi adalah sekitar RM4-5 sekilo, di Pasar Tani Mardi Serdang lebih mahal harganya.

Tiga puluh rumpun boleh menghasilkan antara 50 hingga 60 batang (10 kg) batang kemumu seminggu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2010 08:52 AM | Show all posts
Reply 1# em2


    bukan keladi telur ke? ni pun bole buat sayur juga kan...  sebut pasal keladi...lama sangat tak makan sayur keladi. kat pasar banyak jual keladi makan tapi tak berapa pandai nak buat. suka makan isi keladi gebu aje...
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2010 10:19 AM | Show all posts
saya ada tanam lambuk.. Minggu lepas baru makan asam pedas lambuk..gatainya tekak dibuatnya..
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2010 10:21 AM | Show all posts
Reply 3# spiderlily


    tu la keladi ni kalau silap masak aje akan gatal. saya ingat dulu2 emak saya dia akan rebus dulu keladi ni kemudian buang air kemudian baru masak balik. lepas tu dia akan masuk buah pinang. betul atau tidak petua org tua2 - jangan sesekali masa masak keladi cakap keladi tu gatal alamak gatal la nanti bila makan....
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2010 11:34 AM | Show all posts
Reply 4# ainahakimi


    ooo... rebus dgn pinang.. mak sy dulu rebus gunakan asam keping..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-8-2010 12:27 PM | Show all posts
saya ada tanam lambuk.. Minggu lepas baru makan asam pedas lambuk..gatainya tekak dibuatnya..
spiderlily Post at 3-8-2010 10:19


keladi kemumu nie xgatai. ade yang makan mentah je. tp munkin jenis lain kot.. tue yang buat gatai tekak.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-8-2010 12:28 PM | Show all posts
Reply 6# em2


    ada satu lagi tu saya panggil keladi kampung batang dia kurus2/kecil2. kalau keladi telur batang dia besar2.  sedapnya kalau makan pengat isi keladi....
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2010 12:37 PM | Show all posts
Lambuk (batang besar sikit)  sedap dibuat gulai lemak cili padi...

Batang keladi biasa tu kecil + buah biasa masak asam pedas
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2010 12:40 PM | Show all posts
Reply 8# qimi08


    oh boleh buat masak lemak cili padi ya! selama ni yg saya makan masak asam pedas je...bagus juga ada info ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-8-2010 12:40 PM | Show all posts
spiderlily ini satu lagi perbezaan kemumu dengan keladi lain

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-8-2010 12:43 PM | Show all posts
Reply 8# qimi08
Memang kemumu ni sedap buat masak lemak cili api, kalau nak tau sedap ke tidak
rasa sekali pasti berulang.
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2010 12:46 PM | Show all posts
Reply  qimi08
Memang kemumu ni sedap buat masak lemak cili api, kalau nak tau sedap ke tidak
rasa ...
em2 Post at 3-8-2010 12:43

Saya x pandai nak bezakan tapi
mak saya org kg dia tau bezakn kemumu atau keladi biasa
malah dia tau keladi tu gatal atau tidak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-8-2010 12:52 PM | Show all posts
Reply 9# ainahakimi
berderup bila makan sayur nie. Lagi satu kalau keladi biasa dier punya fiber berlendir, tp kemumu tidak.


              Masak Lemak Cili Api Batang Lambok





Pic credit to abbotcottage.blogspot.com - masak lemak cili api batang lambok

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-8-2010 12:55 PM | Show all posts
Saya x pandai nak bezakan tapi
mak saya org kg dia tau bezakn kemumu atau keladi biasa
malah dia ...
qimi08 Post at 3-8-2010 12:46


refer pic di atas bintik2 pada daunya . nanti petang sy try ambil pic yang lebih jelas lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2010 12:57 PM | Show all posts
Reply 13# em2


    terliur la pulak...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-8-2010 01:10 PM | Show all posts
Reply  em2


    terliur la pulak...
ainahakimi Post at 3-8-2010 12:57


apelagi try la masak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2010 04:38 PM | Show all posts
em2..kalau yang dok tumbuh kat pokok sawit daun beso (colocasia gigantea) sama ngan lambuk ker?selalu banyak kat area jerantut/raub...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-8-2010 04:56 PM | Show all posts
Reply 17# aishah

Sy pun susah nak pastikan kalau xlihat sendiri. Tp aishah boleh bezakan sendiri dengan melihat warna daunya kalau hijau pekat itu bukan sebab kemumu walaupun tempat redup warna daunya tetap berwarna hijau pudar seperti pic diatas. Lagi satu lekukan pada kelopak daun. Kalau ade picnya lg senang nak bezakan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-8-2010 05:36 PM | Show all posts
Yang ini pic yg baru sy ambil.






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2010 11:28 AM | Show all posts
Em tanam sendiri pokok lambuk ?..
Tgk lepas di kupas terliur hu hu hu masak lemak cili api
atau asam pedas yummy...
Lambuk ni ubi dia blh buat gulai juga???
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 08:48 PM GMT+8 , Processed in 0.116385 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list