View: 1986|Reply: 12
|
[CHINA] Gong Li dituduh hina China kerana pakai kasut Adidas
[Copy link]
|
|
Edited by NaylaArisha at 23-10-2021 10:55 AM

PAPARAN muka depan sebuah majalah yang dikecam ramai selepas Gong Li menggayakan kasut daripada sebuah jenama antarabangsa.
Gong Li dituduh hina China kerana pakai kasut Adidas
BEIJING – Pelakon Gong Li menimbulkan kemarahan dalam kalangan masyarakat di China selepas dia dituduh seolah-olah menghina negara tembok besar itu selepas dilihat memakai kasut daripada jenama Adidas dalam satu sesi fotografi untuk majalah Vouge China edisi Oktober.
Menurut laporan dalam laman sosial Weibo, pelakon berusia 55 tahun itu dikatakan telah memilih sendiri kasut yang hendak dipakai daripada jenama antarabangsa itu berbanding jenama tempatan.
Berdasarkan beberapa keping gambar yang tular dalam media sosial, pelakon yang pernah membintangi filem Memoirs of a Geisha itu dilihat mengenakan sepasang kasut dengan potongan tinggi (boot) paras lutut daripada jenama Adidas.
Walaupun dalam foto tersebut tidak terlihat logo jenama itu, namun berdasarkan kredit yang dijelaskan pada gambar itu tertera perkataan Adidas untuk kasut yang digunakannya.
Menurut laporan 8 Days, pelakon yang juga memiliki kerakyatan warganegara Singapura itu juga dikhabarkan memilih semua pakaian yang diperagakan ketika sesi bergambar itu daripada jenama antarabangsa dan tidak memakai pakaian daripada pereka tempatan.
Apabila mengetahui hal tersebut, warga China mula menyerang Gong Li dan mengecam pihak Vouge China dalam laman sosial Weibo kerana menyokong produk daripada jenama asing seperti Adidas berbanding jenama tempatan.
“Dia tidak layak menjadi warganegara China. Pulang sahaja ke Singapura,” kata seorang pengguna laman sosial Weibo.
“Gong Li perlu diboikot kerana tidak mencintai negara sendiri,” komen seorang lagi netizen.
Sejak Mac lalu, negara kuasa besar Komunis itu telah memboikot beberapa jenama antarabangsa seperti Adidas, H&M, Burberry dan Nike selepas mendakwa jenama-jenama tersebut telah melakukan kerahan buruh paksa membabitkan industri kapas di wilayah Xinjiang, Barat Laut China. -K! ONLINE
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2021/10 ... pakai-kasut-adidas/
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
55 tahun...omaiiii...lawa laei |
|
|
|
|
|
|
|
erm... netizen cina memang macam tu
artis ibarat model inspirasi bagi dorang
so kalau artis sendiri tak guna brand yang
negara sendiri keluarkan mmg kena kritik lah
|
|
|
|
|
|
|
|
China Indon.. Same je perangai... |
|
|
|
|
|
|
|
shida81 replied at 23-10-2021 12:12 PM
China Indon.. Same je perangai...
tak boleh nak kata sama
di china bila netizen boikot
tv pon boikot.. contoh terbaru Zhang Zhe Han
sebab dia post gambar masa melawat jepun
dikatakan tidak peka pada sejarah negara
indonesia ada ke artis kena boikot sebab kes² macam ni
makin lebat job adalah |
|
|
|
|
|
|
|
NaylaArisha replied at 23-10-2021 05:22 PM
tak boleh nak kata sama
di china bila netizen boikot
Maksud ak perangai dorang tu... Dorang je la yg bagus... Asik nk claim sana sini.. |
|
|
|
|
|
|
|
pakai kasut fei yue saja lah |
|
|
|
|
|
|
|
shida81 replied at 23-10-2021 06:55 PM
Maksud ak perangai dorang tu... Dorang je la yg bagus... Asik nk claim sana sini..
itu tidak dinafikan  |
|
|
|
|
|
|
|
Quinharley replied at 24-10-2021 08:49 AM
pakai kasut fei yue saja lah
tapi design fei yue tak cantik  |
|
|
|
|
|
|
|
Gong Li still lawa di usia 50an
Moga iol tak jadik acik kepam di usia 50an
|
|
|
|
|
|
|
|
Aikk..pakai kasut adidas terus kena cop tak syg negara. Lepas tu kena pakai kasut abibas ke?? Bodo la netijen china ni  |
|
|
|
|
|
|
|
halahhh rimas yachh kalau semua nak kena ikut local shj..
nak pkai sndiri suka pun tak boleh ke??'
annoying nye |
|
|
|
|
|
|
| |
|