CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 688|Reply: 1

China Dikecam Sanjung Atlet Tapi Abai Kes Wanita Dirantai

[Copy link]
Post time 18-2-2022 11:55 AM | Show all posts |Read mode
Kerajaan wilayah Jiangsu di China akan menyiasat “secara terperinci” video seorang wanita dirantai di leher, lapor stesen televisyen kerajaan pada Khamis.


Ia berikutan kemarahan orang ramai atas pengabaian pihak berkuasa.


Kes itu terbongkar akhir bulan lalu selepas sebuah klip video dimuat naik ke media sosial menunjukkan wanita terbabit dirantai dalam kesejukan.




Kes itu terbongkar akhir bulan lalu selepas klip video dimuat naik ke media sosial menunjukkan wanita terbabit dirantai di leher dalam kesejukan. (Gambar Twitter Manya Koetse)




Video lain menunjukkan suami wanita itu menyenaraikan nama lapan anak yang dikatakan dilahirkan mereka.


Video itu kemudian tular di media sosial dan mendorong pihak berkuasa bandar dan daerah di wilayah Jiangsu menjalankan siasatan. Tetapi, kemarahan awam tercetus selepas pihak berkuasa pada mulanya mendakwa wanita itu menghidap penyakit mental dan menolak cadangan pemerdagangan manusia.


Tetapi, pihak berkuasa kemudian memaklumkan mereka menahan tiga individu termasuk suami wanita itu atas kesalahan pemerdagangan manusia, menyebabkan kemarahan awam semakin memuncak dengan pengkritik membidas cara pengendalian siasatan itu.


Ia turut mencetuskan perdebatan terhadap pengendalian kes pemerdagangan manusia di China, khasnya di kawasan luar bandar sekitar bandar Xuzhou di Jiangsu, di mana isu itu yang tersebar meluas didokumenkan selama bertahun-tahun.


Pengguna media sosial turut membandingkan perhatian kurang diberikan terhadap kes wanita itu berbanding tindakan kerajaan dan media menyanjung atlet negara itu, seperti juara ski, Eileen Gu, sempena Olimpik Musim Sejuk yang sedang dianjurkan Beijing.


Beberapa individu mendakwa mereka alumni Universiti Peking dan Universiti Zhejiang, beberapa institusi pendidikan terkemuka di China, melancarkan petisyen dalam talian menggesa China mengkaji semula cara pihak berkuasa tempatan mengendalikan kes itu, walaupun ia kemudian dipadam pihak berkuasa pada Rabu.


Beberapa wartawan penyiasat China turut menerbitkan laporan mengenai kes itu, mendedahkan dokumen yang mempertikaikan kesimpulan pihak berkuasa tempatan.


CCTV pada Khamis melaporkan kerajaan Jiangsu memutuskan untuk menubuhkan sebuah pasukan bagi menyiasat kes itu secara menyeluruh bagi mencari kebenaran dan menghukum individu bertanggungjawab terhadap tindakan jenayah itu.




Sumber: FMT
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2022 11:02 AM | Show all posts
teruk lagi terkutuk negara cina ni.. teruk perangai, sakit mental pon perlu ke smapai dirantai mcm tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-6-2024 09:26 AM GMT+8 , Processed in 0.337388 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list