CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 380|Reply: 0

[Pulau Pinang] Mualaf teruja jalani ibadah puasa

[Copy link]
Post time 28-4-2022 03:54 PM | Show all posts |Read mode

Fatimah dan anak bongsunya Siti Aminah teruja setiap kali menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan. Gambar kecil: Zolkifly

BALIK PULAU - Menjalani ibadah puasa bagi kebanyakan mualaf merupakan antara cabaran yang agak sukar berikutan terpaksa menahan lapar dan dahaga.

Tambahan pula, ia merupakan pengalaman baharu bagi mereka setelah memilih jalan hidup dengan memeluk agama Islam. Namun setelah beberapa kali melaluinya, berpuasa dalam bulan Ramadan menjadi waktu yang sentiasa dinanti-nantikan oleh golongan mualaf.

Bagi Fatimah Nagoma, 70, dan anak perempuan bongsunya, Siti Aminah Abdullah, 48, yang menetap di Kampung Paya Kongsi dekat sini hanya mengharapkan ibadah puasa yang dilalui mereka berdua mendapat keredaan Allah SWT.

Fatimah turut menyifatkan amalan berpuasa itu turut merapatkan hubungan silaturahim dengan jiran tetangga tanpa mengira kaum dan agama.

“Dulu masa mula-mula peluk Islam, rasa perit juga nak berpuasa.semasa. Tapi dengan galakkan serta sokongan jiran dan penduduk kampung, saya berjaya melaluinya. Kini setiap tahun saya akan ternanti-nanti kehadiran Ramadan,” katanya yang telah memeluk Islam lebih 30 tahun lalu.

Fatimah berkata, dia tertarik memeluk Islam apabila melihat keharmonian kehidupan penduduk kampung yang sentiasa tolong-menolong serta menghormati antara satu sama lain walaupun berlainan keturunan dan agama.

Disebabkan itu, Fatimah yang ketika itu mempunyai empat orang anak, nekad memeluk agama Islam dan langkahnya itu diikuti anak perempuan bongsunya, Siti Aminah.

Setelah sekian lama memeluk Islam, Fatimah berkata, dia tidak pernah memutuskan hubungan sebagai ibu kepada dua lagi anak perempuannya.


“Bekas suami dan seorang anak lelaki saya telah meninggal dunia. Dua lagi anak perempuan saya yang tidak mengikut jejak saya dan kini telah berkeluarga, namun kami masih berhubung antara satu sama lain.

'Walaupun berlainan agama, namun kasih sayang saya dengan anak tidak pernah putus selagi hayat dikandung badan," jelasnya

Sementara itu, bagi Siti Aminah pula berkata, dia belajar berpuasa sejak diusia remaja lagi sebelum memeluk Islam.

“Saya tertarik dengan amalan puasa yang dilakukan rakan-rakan sebaya dan turut berpuasa walaupun ketika itu saya belum lagi memeluk Islam.

“Apabila ibu peluk Islam, saya pun ikut sama dan amalan puasa ini tidak lagi menjadi masalah kepada kami,” katanya yang telah berumahtangga dan kini mempunyai lima orang anak.

Sementara itu, Penaung Persatuan Ikut Pulau Pinang, Zolkifly Md Lazim berkata, persatuan itu sentiasa menyantuni golongan mualaf yang berada di Pulau Pinang.

Menurutnya, mereka merupakan antara pertubuhan bukan kerajaan yang aktif dalam membantu golongan mualaf selain menghulurkan bantuan mengikut keperluan.

“Kami sentiasa pastikan kebajikan golongan mualaf termasuk dari segi keperluan makan dan minum serta pendidikan anak-anak mereka terjaga dan terpelihara.

“Jika ada sebarang aduan atau keperluan, persatuan ini akan cuba cari penyelesaian dalam membantu mereka,” ujarnya.


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... jalani-ibadah-puasa
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid Al-Aqsa ~ 'Menteri' Pertahanan Trump #kesrogol
borneMahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid A
Views : 23954 Replies : 24
Nabila berang dituduh sudah rujuk dengan Sharnaaz- Jangan jadi bodoh!
RalineNabila berang dituduh sudah rujuk dengan
Views : 35993 Replies : 13
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 203064 Replies : 7535
Individu Terkesima Orang Ramai Sanggup Beratur Semata-mata Mahu Beli Mekap.Netizen terbelah dua
YgBenarIndividu Terkesima Orang Ramai Sanggup B
Views : 31457 Replies : 37
Kamal Adli terlalu sayang anak dan isteri, jawab dakwaan ke mahkamah syariah
RalineKamal Adli terlalu sayang anak dan ister
Views : 10324 Replies : 4
Prinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis Zalikha bertuah bersuamikan Hairul Azreen
RalinePrinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis
Views : 37811 Replies : 54
Kalau bawa awek mana boleh parking kereta di zon pink!
RalineKalau bawa awek mana boleh parking keret
Views : 37314 Replies : 44
Are you ready?
BicaraHatikuAre you ready?
Views : 11705 Replies : 8
TV show dan Movie Best di Netflix
NaatashaTV show dan Movie Best di Netflix
Views : 140011 Replies : 676
Menggelupur Risau Anwar Belum Dapat Cakap Dengan Trump
MahathirinaMenggelupur Risau Anwar Belum Dapat Caka
Views : 32783 Replies : 4

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 03:57 PM GMT+8 , Processed in 0.055175 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list