CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 368|Reply: 0

[Perlis] 30 minit pecah masuk dua premis

[Copy link]
Post time 30-4-2022 12:02 PM | Show all posts |Read mode
Arau: Polis memburu dua lelaki yang dipercayai terbabit dengan dua kejadian pecah masuk sebuah pasar raya dan kedai membekal peralatan elektrik yang mengakibatkan kerugian sekitar RM3,400 di sekitar Jejawi, di sini pada Selasa lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perlis, Asisten Komisioner Wari Kiew berkata, kedua-dua suspek dipercayai memakai jaket berhud kelabu, berseluar jeans gelap dan bersarung tangan memecah masuk di kedua-dua premis dalam tempoh masa 35 minit.

"Dalam kejadian pertama, suspek yang menggunakan sebuah kereta jenis Honda Civic kelabu dengan bernombor pendaftaran palsu memecah masuk ke sebuah pasar raya di Jalan Jejawi Sematang, Jejawi sekitar jam 12.01 tengah malam selepas pasar raya itu menutup operasinya sekitar jam 10 malam.

"Suspek yang memakai penutup muka dan sarung tangan serta bersenjatakan alat menyerupai batang besi panjang dipercayai tukul kuku kambing dan mengumpil pintu 'roller' bahagian hadapan pasar raya sebelum memasuki ke dalam premis berkenaan.

"Niat kedua-dua suspek bagaimanapun terhalang apabila dikejutkan dengan bunyi penggera di premis berkenaan menyebabkan hanya berjaya melarikan empat tin sirap laici di pintu masuk utama dan kerugian pada premis pertama dianggarkan hanyalah sekitar RM220," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Katanya, kegagalan untuk mendapatkan hasil curi di pasar raya itu membuatkan suspek bergerak ke lokasi kedua. "Suspek memecah masuk sebuah kedai membekal peralatan elektrik yang terletak di Taman Jejawi sekitar satu kilometer dari lokasi pertama kejadian. Suspek berjaya masuk ke dalam pemis berkenaan dengan mengumpil pintu hadapan kedai itu.

"Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), suspek masuk ke bahagian bawah kedai dan mengumpil peti simpanan wang tunai sebelum melarikan wang tunai sekitar RM2,000 yang disimpan dalam peti simpanan wang di meja kaunter premis itu.

"Bukan itu sahaja, suspek turut mencuri satu unit recorder atau hard disk CCTV dan peti simpanan wang tunai kosong," katanya.

Katanya, suspek dipercayai keluar dari kedai melalui laluan yang sama memandangkan tiada kesan pintu lain yang diumpil.

"Kedua-dua pemilik kedai hanya menyedari premis mereka dipecah pada pagi ketika mahu memulakan operasi perniagaan," katanya.

Katanya, semakan nombor pendaftaran kereta digunakan suspek mendapati pemiliknya yang berasal dari Johor Bahru ada membuat laporan polis pada 6 Januari lalu yang mendakwa nombor pendaftaran keretanya digunakan seseorang tidak dikenali.

"Ini berikutan terdapat satu saman kesalahan trafik pada 6 Oktober tahun lalu terhadap kereta berkenaan yang dilakukan di Kilometer (KM) 38.5 Jalan Alor Setar-Butterworth walhal pemilik kereta itu berada di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur ketika itu," katanya.

Tambahnya, polis percaya suspek hanya menyasarkan wang tunai yang disimpan di dalam premis dan usaha memburu mereka giat dijalankan manakala kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ah-masuk-dua-premis

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid Al-Aqsa ~ 'Menteri' Pertahanan Trump #kesrogol
borneMahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid A
Views : 23954 Replies : 24
Nabila berang dituduh sudah rujuk dengan Sharnaaz- Jangan jadi bodoh!
RalineNabila berang dituduh sudah rujuk dengan
Views : 35993 Replies : 13
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 203064 Replies : 7535
Individu Terkesima Orang Ramai Sanggup Beratur Semata-mata Mahu Beli Mekap.Netizen terbelah dua
YgBenarIndividu Terkesima Orang Ramai Sanggup B
Views : 31457 Replies : 37
Kamal Adli terlalu sayang anak dan isteri, jawab dakwaan ke mahkamah syariah
RalineKamal Adli terlalu sayang anak dan ister
Views : 10324 Replies : 4
Prinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis Zalikha bertuah bersuamikan Hairul Azreen
RalinePrinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis
Views : 37811 Replies : 54
Kalau bawa awek mana boleh parking kereta di zon pink!
RalineKalau bawa awek mana boleh parking keret
Views : 37314 Replies : 44
Are you ready?
BicaraHatikuAre you ready?
Views : 11705 Replies : 8
TV show dan Movie Best di Netflix
NaatashaTV show dan Movie Best di Netflix
Views : 140011 Replies : 676
Menggelupur Risau Anwar Belum Dapat Cakap Dengan Trump
MahathirinaMenggelupur Risau Anwar Belum Dapat Caka
Views : 32783 Replies : 4

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 04:14 PM GMT+8 , Processed in 0.609034 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list