CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1183|Reply: 0

Sofia Jane 'cari diri' dalam karakter

[Copy link]
Post time 28-4-2024 11:59 AM | Show all posts |Read mode
Sofia seronok bekerjasama bukan sahaja dengan teman baik, malah mereka yang ingin melakukan suatu berbeza.



KUALA LUMPUR: Meskipun sudah lebih tiga dekad berpengalaman, pelakon berdarah kacukan Melayu-Inggeris, Datin Sofia Jane tidak merasakan dirinya seorang memilih tawaran lakonan.

Aktres yang namanya melonjak di persada seni selepas membintangi filem Perempuan, Isteri dan … arahan U-Wei Saari pada 1993 itu berkata, setiap pelakon selesa menjayakan watak bersesuaian, begitu juga dirinya.

Justeru, katanya, perkataan memilih bukan ungkapan yang tepat.

"Bila perkataan memilih itu keluar, ia selalunya bukan daripada saya. Sebab saya bukan memilih.

"Saya rasa sebagai pelakon yang juga seorang manusia, saya ada 'self discovery', ingin mencari sesuatu mengenai diri sendiri. Kadang-kadang mencari diri melalui karya yang dibaca.

"Misalnya, saya membaca novel dan merasakan memahami sesebuah karakter, jadi bukan untuk saya sahaja, malah setiap pelakon bila dapat skrip akan merasakan ia adalah sesuatu yang mahu dilakukan.

"Ini kerana mungkin mahu mendalami sesebuah subjek. Kalau dapat naskhah berbaloi untuk meluangkan masa mencari diri, apa salahnya? Saya rasa perkataan memilih terlalu berat untuk digunakan sewenang-wenangnya," katanya kepada BH Online.

Sofia ditemui pada majlis tahlil dan bacaan yasin sempena ulang tahun Allahyarham Tan Sri P Ramlee bersama pelakon filem Mencari Ramlee di Masjid Teras Jernang, Bandar Baru Bangi, baru-baru ini.

Berbicara mengenai filem Mencari Ramlee, Sofia sekali lagi menegaskan tidak mengambil masa lama bersetuju pada naskhah arahan Megat Shahrizal.

Bagaimanapun, katanya, dia lebih selesa membaca skripnya terlebih dahulu.

"Megat sudah lama tulis filem ini. Dia menunggu masa yang sesuai dan juga atas faktor kewangan barulah dapat dilaksanakan.

"Sebelum itu, Megat sudah bercerita kepada saya mengenai karya sulungnya itu, tapi skrip masih dalam rangka penulisan.

"Jadi, bila dapat skrip, saya membaca dan suka sebab dia juga seorang pelakon dan memahami dari segi perwatakan dan sebagainya.

"Saya tidak mengambil masa yang panjang, tapi sebaliknya saya memerlukan diskusi untuk memastikan apa yang mahu dibuat dan cara mahu mendekati subjek dengan cara betul," katanya.

Sofia berkata, dia seronok dapat menjayakan filem Mencari Ramlee yang menyatukannya bersama Tony Eusoff dan Mimi Lana.

"Saya menjayakan watak Zaiton dalam filem Mencari Ramlee. Dalam filem ini, saya dapat lihat emosi empat watak utama lakonan Mimi, Tony, Megat Shahrizal dan saya.

"Apabila bertemu, akan dapat lihat perbezaan dan persamaan empat watak ini yang mana berkait rapat dengan karya P Ramlee. Apabila watak saya dan Tony bertemu, kita juga akan tengok cuitan cinta.

"Kalau cakap soal cinta dalam filem selalunya dibawakan oleh orang muda, tapi kita dapat lihat bagaimana pasangan matang pula bercinta," katanya.

Berkongsi lanjut, Sofia berkata, filem Mencari Ramlee menyatukannya dan Tony buat kali pertama meskipun sudah lama bersahabat baik.

"Apa yang boleh dikatakan berlakon dengan sahabat sendiri sangat mudah kerana keserasian sudah ada. Walaupun saya sudah menonton hasil kerjanya, tetapi Tony membawa karakter berbeza dalam filem ini.

"Sebab apa yang diharapkan daripada saya, sama dengan apa yang saya harapkan daripadanya. Dedikasinya membuatkan saya senang.

"Jujurnya, menjayakan naskhah ini suatu momen 'rare' apabila semua orang berseronok dan tidak memikirkan mengenai 'metod' lakonan, sebaliknya melepaskan dan banyak ketawa sepanjang penggambaran.

"Itu amat istimewa buat saya," katanya yang turut akan muncul dengan drama bersiri dan beberapa filem tidak lama lagi.

Filem Mencari Ramlee sudah selesai penggambaran dan kini dalam proses pasca produksi. Ia bakal ditayangkan di pawagam, penghujung tahun ini.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 193786 Replies : 4482
TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta Rasuah Madani telah berputik...
Perwira2022TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta R
Views : 4977 Replies : 42
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 23576 Replies : 151
di Malaysia menyeronokkan , jiran semuanya baik namun selepas 35 tahun wanita  Rohingya, Amirah Anisah Samad yang dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia tekad berhijrah ke AS untuk kehidupan lebih baik
YgBenardi Malaysia menyeronokkan , jiran semuan
Views : 8270 Replies : 83
MONEY HEIST [LACASA DE PAPEL]
royaldanishMONEY HEIST [LACASA DE PAPEL]
Views : 78469 Replies : 199
BROOKLYN 99
anony-mousBROOKLYN 99
Views : 5918 Replies : 20
ONLY MURDERS IN THE BUILDING
PrickfordONLY MURDERS IN THE BUILDING
Views : 6799 Replies : 27
STRANGER THINGS SEASON 2
farleoSTRANGER THINGS SEASON 2
Views : 29981 Replies : 48
GOOD GIRLS (NETFLIX)
adila39GOOD GIRLS (NETFLIX)
Views : 10022 Replies : 18
Sambal Village Park
delima.HSambal Village Park
Views : 1882 Replies : 13

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 06:28 AM GMT+8 , Processed in 0.051001 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list