CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 257|Reply: 1

Satu saja

[Copy link]
Post time 22-7-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Blues menang melalui gol kontroversi Drogba 10 minit sebelum tamatHAMPIR sempurna! Itu gambaran tepat untuk menerangkan corak permainan skuad pilihan kebangsaan kendalian Ong Kim Swee ketika tewas 1-0 di tangan Chelsea pada perlawanan persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.\n\n\n\n   Chelsea yang menurunkan semua pemain handalannya dalam perlawanan yang disaksikan lebih 80,000 penonton itu, terpaksa bekerja keras sebelum dikurniakan gol tunggal kontroversi pada minit ke-80.\n\n\n\n\n   Pada babak pertama yang menyaksikan hanya seorang pemain Harimau Muda tersenarai dalam kesebelasan utama - Wan Zack Haikal Wan Nor - menyertai barisan pemain senior negara, skuad pilihan kebangsaan mempamerkan disiplin tinggi ketika mengekang Chelsea 0-0 sepanjang 45 minit.Beberapa percubaan daripada Salomon Kalou dan Fernando Torres untuk membolosi gawang negara yang dijaga Farizal Marlias berjaya dipatahkan S Subramaniam dan Norhafiz Zamani Misbah - antara tonggak utama di barisan pertahanan yang bekerja keras menahan asakan jentera serangan kelab gergasi Eropah itu.Farizal turut beraksi cemerlang menafikan beberapa percubaan jarak dekat Chelsea, antaranya rembatan Torres yang menerima hantaran tepat daripada kapten pasukannya, Frank Lampard seawal minit ketiga permainan.Skuad kebangsaan turut membuatkan penjaga gol Chelsea, Henrique Hilario dan tonggak pertahanannya, Branislav Ivanovic bekerja keras ketika mematahkan serangan balas barisan tengah dan depan negara yang diterajui Amri Yahyah dan Hairudin Omar.\n\n\n\nMenjelang 10 minit terakhir sebelum rehat, sekurang-kurangnya empat lagi percubaan tepat dihasilkan skuad kendalian Villas-Boas itu tetapi sama ada dihalang barisan pertahanan negara atau diselamatkan Farizal.Pada babak kedua, Kim Swee mula menyerapkan tonggak utama Harimau Muda, antaranya perancang utama, Gary Steven Robbat dan gandingan mantapnya, Irfan Fazail dengan Fandi Othman dan Wan Zaharulnizam Zakaria.Kemasukan penyerang licik, Syahrul Azwari Ibrahim hampir menjelmakan gol apabila permainan satu duanya dengan Irfan berakhir dengan rembatan Syahrul pada minit ke-58 melepasi palang.Sebelum itu, Wan Zaharulnizam turut membuktikan saiz bukan penghalang apabila dia secara solo melepasi benteng pertahanan Chelsea tetapi rembatannya mudah ditangkap penjaga gol gantian, Ross Turnbull.Permainan cemerlang skuad muda negara dan beberapa pemain senior seperti Shahrulnizam Mustapa, Norhafiz, Joseph Kallang Tie dan Subramaniam perlu diberi pujian. Skuad Olimpik akan berangkat ke Slovakia esok untuk sesi latihan intensif selama sebulan.INFOPenjaring:Chelsea FC: Didier Drogbar (min-78)Malaysia:Mohd Farizal Marlias (Mohd Izham Tramizi), Mohd Daudsu Jamaluddin (Mohd Fandi Othman), Norhafiz Zamani Misbah (Mohamad Amer Saidin), S, Subramaniam, Mohd Zubir Mohd Azmi (Mohd Affize Faisal Mamat), Shahrulnizam Mustapa (Abdul Shukor Jusoh), Wan Zack Haikal Wan Nor (Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria), Mohd Badhri Mohd Radzi (Gary Steven Robbat), Joseph Kalang Tie (Syahrul Azwari Ibrahim), Hairuddin Omar, Amri Yahyah (A. Thamil Arasu).Chelsea FC:Separuh masa pertama:Henrique Hilario, Branislav Ivanovic, Ryan Bertrand (Patrick Van Aanholt), Jose Bosingwa, Joshua Mc Eachran, Slobodan Rajkovic, Yossi Benayoun, Frank Lampard, Florent Malouda, Salomon Kalou, Fernando Torres.Separuh masa kedua:Petr Cech, Paulo Ferreira, Alex, Yury Zhirkov, John Obi Mikel, Nathaniel Chalobah, Billy Clifford, Daniel Sturridge, John Terry, Nicolas Anelka, Didier Drogbar.Pengadil: Subkhiddin Mohd Salleh

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2011 11:21 AM | Show all posts
Skuad kebangsaan turut membuatkan penjaga gol Chelsea, Henrique Hilario dan tonggak pertahanannya, Branislav Ivanovic bekerja keras ketika mematahkan serangan balas barisan tengah dan depan negara yang diterajui Amri Yahyah dan Hairudin Omar.
Jurnalis Post at 22-7-2011 11:05


aku kurang setuju dengan kenyataan ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 04:41 PM GMT+8 , Processed in 0.636509 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list