CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 67|Reply: 0

'Saya lebih kenal pemain sendiri'

[Copy link]
Post time 22-7-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Rajagobal tak peduli apa orang lain kata\rWALAUPUN Taiwan yang dikecewakan melabelkan Singapura lebih mantap, Datuk K Rajagobal sedikit pun tidak terganggu dengan kenyataan sinis itu menjelang pertembungan pertama pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 di Stadium Jalan Besar, esok. \r\n\n\n\n\r  Ketua jurulatih itu yang selamat tiba bersama skuad Harimau Malaya di Singapura semalam,  bingkas menegaskan dia lebih mengenali dan mengetahui keupayaan barisannya berbanding orang lain. \r\r\n\n\n\n\n “Biarlah apa orang lain hendak kata, saya tidak peduli. Setiap orang mempunyai pandangan masing-masing. Lagipun, saya lebih kenal dan mengetahui keupayaan pemain saya,” katanya.\rSelepas pasukannya tewas 2-3 dalam perlawanan persahabatan menentang Singapura di Stadium Jalan Besar Isnin lalu, jurulatih Taiwan, Tee Tae Ho melabelkan permainan Harimau Malaya tidak semantap serta sematang Singapura.\rPerlawanan persahabatan itu adalah persiapan terakhir Singapura yang dipimpin Radojko Avramovic sebelum menentang Harimau Malaya, esok.\rSingapura mendapat bye pada pusingan pertama tetapi Malaysia menyingkirkan Taiwan dengan peraturan gol di tempat lawan selepas terikat 4-4.\r\n\n\n\n\rRajagobal menegaskan, seperti Singapura, barisannya yang diketuai Safiq Rahim juga memburu kemenangan bagi memudahkan pasukan menghadapi perlawanan kedua di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Khamis nanti.\r“Ketiadaan Norshahrul (Idlan Talaha) yang cedera bukan masalah kerana falsafah saya ialah semua pemain penting dalam pasukan. Saya yakin mereka sudah bersedia dan tidak sabar untuk beraksi,” katanya.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 04:43 PM GMT+8 , Processed in 0.130878 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list