CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 72|Reply: 0

Mat Yo taruh harapan

[Copy link]
Post time 22-7-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Sertai   perlawanan timbal balik  di   Bukit Jalil, 28 Julai ini\rPENYERANG kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha  tetap menaruh harapan tinggi untuk menyertai rakan seperjuangan dalam skuad kebangsaan pada perlawanan timbal balik kelayakan Piala Dunia menentang Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil, 28 Julai ini.\r\n\n\n\n\r   Ketua jurulatih Datuk K Rajagobal tidak membawa penyerang Kelantan itu bagi perlawanan pertama di Stadium Jalan Besar esok, selepas Norshahrul  masih belum sembuh sepenuhnya daripada kecederaan hamtring. \r\r\n\n\n\n\n   “Saya tidak kisah nama saya tidak tersenarai dalam 24 pemain ke Singapura hari ini (semalam) kerana mahu memastikan kecederaan saya ini pulih sepenuhnya.\r“Walaupun digugurkan, moral saya tetap tinggi dan bersemangat untuk membantu pasukan kebangsaan pada  timbal balik di Kuala Lumpur nanti,” katanya ketika dihubungi semalam.\rMenurutnya, sehingga kini dia masih belum dapat memastikan sama ada mampu menyertai skuad kebangsaan bagi perlawanan timbal balik di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis ini.\r“Esok (hari ini) saya akan ke Institut Sukan Negara (ISN) untuk menemui doktor bagi menjalani proses pemulihan dan sekiranya mampu pulih sepenuhnya, saya mahu bersama-sama rakan sepasukan yang lain menentang Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil.\r\n\n\n\n\r“Mungkin jurulatih tidak membawa saya bagi mengelakkan risiko kecederaan lebih teruk,” kata penyerang yang mesra dengan panggilan Mat Yo itu.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 04:46 PM GMT+8 , Processed in 0.726872 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list