View: 59|Reply: 0
|
Vettel lebih bermotivasi hadapi GP Jerman
[Copy link]
|
|
NUERBURGRING: Juara bertahan dari Jerman, Sebastian Vettel menegaskan dia lebih bermotivasi menghadapi perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix di negara sendiri hujung minggu ini tetapi keyakinan sama turut disuarakan rakan sepasukannya di Red Bull, Mark Webber dan pemandu Ferrari, Fernando Alonso. \rPendahulu kejuaraan itu hanya tewas kepada Alonso dalam perlumbaan di GP Britain tatkala Webber yang berada tempat ketiga diberi arahan tidak memotongnya bagi mengelakkan kemalangan yang boleh menjejaskan kutipan mata pasukan itu.\r\n\n\n\n\r Webber yang memenangi perlumbaan F1 pertamanya di Nuerburgring dua tahun lalu, tidak mengendahkan arahan di Silverstone walaupun beberapa kali diarah memperlahankan pemanduannya.\r\r\n\n\n\n\n Sejak itu, masa depan pemandu Red Bull dari Australia itu lebih banyak diperkatakan tetapi Vettel, yang mendahului rakan sepasukannya itu dengan kelebihan 80 mata berbaki 10 lagi perlumbaan, tetap menjadi tumpuan di depan penyokong sendiri.\r“Satu daripada objektif yang ditetapkan pemandu F1 ialah memenangi perlumbaan di tempat sendiri. Tentunya, anda akan berikan 100 peratus,” kata Vettel.\r“Tahun ini, kami kembali ke Nuerburgring, yang juga antara litar terbaik dan moden.”\rSelepas Nuerburgring , GP Hungary menyusul seminggu kemudian sebelum kalendar F1 berehat seketika sempena cuti musim panas. – Reuters
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|