View: 88|Reply: 0
|
Kim Swee puji aksi anak didik
[Copy link]
|
|
‘Ini gambarkan kematangan pemain muda serta sifat gigih wakili negara’\r“KEPUTUSAN ini menggambarkan kematangan pemain muda dan sifat gigih pemain senior mewakili negara. Ini satu perkembangan baik buat bola sepak negara.”\r\n\n\n\n\r Itulah firasat diluahkan ketua jurulatih skuad Olimpik, Ong Kim Swee selepas perlawanan persahabatan Jelajah EPL Asia dengan kemenangan memihak Chelsea 1-0 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, kelmarin.\r\r\n\n\n\n\n Ketika pada awal ramai beranggapan skuad pilihan kebangsaan bakal dibelasah Chelsea namun kesudahannya menunjukkan betapa ia meleset sama sekali.\rBiarpun kehilangan tujuh tonggak utama skuad Olimpik kendaliannya kerana menyertai skuad kebangsaan ke Singapura untuk perlawanan pertama pusingan kedua kelayakan Olimpik malam ini, Kim Swee berjaya memanfaatkan gandingan pemain muda dan senior yang tinggal untuk mempamer aksi cemerlang kelmarin.\r“Ini adalah corak permainan biasa skuad Harimau Muda dan saya tidak memberi tekanan kepada mereka untuk mendapatkan keputusan tertentu pada pertemuan dengan Chelsea ini,” kata Kim Swee.\r“Sembilan pemain senior yang diturunkan pada babak pertama juga beraksi cemerlang memastikan kubu negara tidak dibolosi, terutama penjaga gol Farizal Marlias yang menyelamatkan beberapa percubaan jarak dekat jentera serangan Chelsea.\r\n\n\n\n\rKim Swee berangkat bersama 23 pemain muda ke Slovakia semalam untuk sesi latihan selama sebulan di sana dan bakal berdepan tujuh perlawanan persahabatan sebelum mempersiapkan pasukan Olimpik berdepan Jepun untuk perlawanan pertama peringkat kumpulan kelayakan Olimpik 2012 pada September.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|