View: 83|Reply: 0
|
Cuaca panas, keletihan alasan Boas
[Copy link]
|
|
TERKEJUT dengan aksi skuad pelapis negara yang dibantu barisan pemain berpengalaman ketika mengekang pasukannya selama hampir 80 minit di Stadium Nasional Bukit Jalil kelmarin, pengendali Chelsea Andre Villas-Boas tampil memberi alasan terbaik kepada media.\r“Kita tidak boleh ketepikan faktor cuaca panas di sini, dan pemain-pemain saya juga keletihan selepas menjalani latihan berterusan sejak dua minggu lalu,” kata Villas-Boas selepas pasukannya menang 1-0 hasil jaringan kontroversi Didier Drogba pada minit ke-80.\r\n\n\n\n\r “Kami mempunyai banyak peluang menjaringkan gol pada perlawanan ini dan ia satu petanda baik buat kami. Namun apa yang lebih penting ialah kami berkembang sebagai sebuah pasukan sebelum perlawanan menentang Stoke nanti.”\r\r\n\n\n\n\n Menurut Villas-Boas, keputusan itu tidak mengganggu persiapannya untuk meraih kejayaan dalam kancah Liga Perdana Inggeris dan Liga Juara-Juara musim ini.\r“Jika saya tidak berjaya mencapai sesuatu, saya akan pergi,” katanya.\r
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|