CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 136|Reply: 0

Hadiah IJO meningkat RM6.104j

[Copy link]
Post time 26-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
KEJOHANAN Golf Terbuka Iskandar Johor (IJO) 2011 mencatat sejarah tersendiri apabila hadiah kemenangan meningkat mencecah AS$2 juta (RM6.104 juta) apabila saingan bermula di Kelab Golf Horizon Hills pada 17 hingga 20 November ini.\rBintang Ireland, Padraig Harrington sah akan hadir mempertahankan mahkota kejuaraan bagi edisi kali ini yang mendapat pengiktirafan Jelajah Eropah serta bakal disertai 156 pemain.\r\n\n\n\n\r  Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman turut berbangga dengan pengiktirafan itu dan menganggap betapa kejohanan yang masuk ke edisi kelima adalah satu kebanggaan bagi rakyat Johor.\r\r\n\n\n\n\n   Katanya, peningkatan hadiah wang pasti menggamit lebih ramai pemain golf bertaraf profesional  beraksi di kejohanan itu tatkala hadiah selaku juara mencecah AS$317,000 (RM954,000). \r“Sejak kejohanan itu diperkenalkan, ramai pemain profesional beraksi dan saya jangkakan saingan pasti sengit untuk Padraig kali ini,” katanya, semalam.\rKejohanan itu turut menjadi salah satu tiket untuk memburu slot ke saingan ‘Race to Dubai’ iaitu Kejohanan Golf Dunia di Dubai yang menawarkan hadiah kejuaraan AS$1.5 juta (RM4.6 juta).\rAbdul Ghani juga berharap Artemio Murakami (juara pertama kejohanan) serta Retief Goosen dan K J Choi akan beraksi pada kejohanan berprestij di Malaysia itu.\r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 04:16 PM GMT+8 , Processed in 0.368200 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list