View: 144|Reply: 0
|
Jerman mara penuh bergaya
[Copy link]
|
|
Belasah Austria 6-2 untuk dapatkan tiket pusingan akhir Euro 2012\rGELSENKIRCHEN (Jerman): Jurulatih Jerman, Joachim Loew meluahkan rasa gembira apabila pasukannya menjadi pasukan pertama menempah tiket ke pusingan akhir Euro 2012 selepas membenam Austria 6-2.\r\n\n\n\n\r Pasukan itu mengesahkan tempat ke pusingan akhir kali kelapan berturut-turut kelmarin, selepas mengumpul 24 mata untuk berada di tangga teratas Kumpulan A sekali gus meninggalkan Turki di tangga kedua dengan 11 mata di belakang.\r\r\n\n\n\n\n “Kami sudah layak ke pusingan akhir seawal yang mungkin,” kata Loew yang bakal mengiringi pasukan ke Poland untuk perlawanan persahabatan, Selasa ini sebelum berlepas ke Belgium dan Turki untuk baki perlawanan kelayakan bulan depan.\r“Kami harus meneruskan rentak ini untuk beberapa perlawanan akan datang. Kami sudah menghasilkan banyak jaringan dan gol kami pula sedikit dibolosi. Tetapi jika menyerang seperti kami, anda perlu menerima hakikat yang gol anda akan dibolosi sedikit. \r“Pertahanan kami diperangkap dua kali, tetapi saya fikir pasukan kami mengehadkan Austria kepada dua peluang saja, dan saya lebih suka memberi tumpuan kepada hakikat bahawa kami mencipta banyak peluang. Ia adalah falsafah kami untuk menyerang secara konsisten dan kami sentiasa bekerja keras sepanjang masa untuk menghasilkan sebuah pasukan dengan pemain yang boleh silih berganti posisi. \r“Ini adalah apa yang perlu dimiliki jika anda mahu menjadi yang terbaik di dunia.” Pasukan tuan rumah mendahului 3-0 hanya selepas minit ke-28 hasil jaringan Miroslav Klose, Mesut Ozil dan Lukas Podolski.\r\n\n\n\n\rKlose sekali lagi menjaringkan gol pada minit ke-62 dan derita pasukan pelawat ditambah dengan jaringan pemain gantian Jerman Andre Schurrle dan Mario Gotze pada 10 minit terakhir perlawanan. - AFP
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|