CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 94|Reply: 0

'Biar saya saja rasa tertekan'

[Copy link]
Post time 5-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Pemain tambah yakin apabila lepasi pusingan pertama: Kim Swee\rWALAUPUN mencatat lima kemenangan daripada tujuh perlawanan persahabatan di Slovakia, jurulatih skuad Olimpik, Ong Kim Swee masih bersikap realistik dan tidak mahu meletakkan sebarang tekanan terhadap anak buahnya dalam misi kelayakan Olimpik menentang Jepun, 21 September ini.\r\n\n\n\n\r   “Kita perlu realistik tapi bukan bermakna kita akan mudah mengalah. Saya boleh janjikan pemain akan memberikan sepenuhnya bagi memberikan saingan sengit dan cuba untuk layak.\r\r\n\n\n\n\n   “Saya tidak suka meletakkan sebarang tekanan, biarlah tekanan itu hanya ada pada saya, bukan pada pemain. Lagipun, saya anggap ia bukan tekanan, sebaliknya satu cabaran kepada saya dan semua pemain untuk lebih fokus kepada latihan dan perlawanan,” katanya.\rSebelum ini skuad Olimpik negara menjalani latihan lima minggu di Slovakia dan mengadakan tujuh perlawanan persahabatan menentang kelab liga divisyen satu dan dua negara berkenaan.\rSkuad kendalian Kim Swee juga dijadualkan melalui dua lagi perlawanan persahabatan menentang kelab Al-Arabi yang beraksi dalam saingan Piala AFC dan skuad Olimpik Oman, sebelum berangkat ke Jepun.\r“Sudah tentu pemain bertambah yakin selepas melepasi pusingan pertama dan layak ke pusingan kedua kerana tiada sesiapa yang memberi harapan untuk kita mara ke kelompok 12 pasukan terbaik Asia dalam peringkat terakhir kumpulan.\r\n\n\n\n\r“Saya tidak mahu bermegah dengan mengatakan pasukan ini lebih baik berbanding skuad kelayakan sebelum ini. Biarlah mereka menghabiskan peringkat kumpulan terlebih dulu sebelum saya menilai prestasi mereka,” katanya.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 04:54 PM GMT+8 , Processed in 0.046880 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list