CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 76|Reply: 0

'Mat Chah' sedia galas cabaran

[Copy link]
Post time 6-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Ganti Khairul Fahmi lawan Sarawak di Kuching\rPENJAGA gol kedua Kelantan, Mohd Shahrizan Ismail bersedia menggalas tanggungjawab utama selaku penyelamat gawang The Red Warrriors ketika turun menentang Sarawak dalam perlawanan pertama peringkat kumpulan dalam saingan Piala Malaysia 2011 di Stadium Negeri, Kuching, malam ini.\r\n\n\n\n\r  Shahrizan atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Chah mengakui tekanan turut dirasai kerana dia kini  menjadi harapan penyokong setia selepas penjaga gol utama, Khairul Fahmi Che Mat tidak dapat beraksi untuk pasukan. \r\r\n\n\n\n\n  “Tekanan tidak boleh dielakkan namun dengan pengalaman yang ada, saya cuba tenang dan fokus selain mahu memberi yang terbaik untuk pasukan. \r“Saya perlu jalan tugas dan cabaran ini jika diberi kepercayaan namun saya tetap akan berwaspada terhadap pasukan lawan kerana malam esok (malam ini) perlawanan pertama kami,” katanya ketika dihubungi semalam.\rSelaku juara bertahan, Kelantan dianggap pemerhati bola sepak dan pengkritik sebagai pilihan muncul juara Kumpulan C dan perwatakan Red Warriors akan dapat dilihat selepas tamat perlawanan malam ini.\rSementara itu, Karathu berkata pasukannya tidak akan memandang mudah keupayaan Sarawak kerana dalam saingan Piala Malaysia momentum setiap pasukan pasti berbeza kerana masing-masing memburu kejuaraan. Malah, Sarawak dilihat mampu memberi saingan sengit.\r\n\n\n\n\r“Sebagai persediaan menentang kita mantapkan barisan pertahanan selain gawang gol akan dikawal ketat  penjaga gol. Kami akan beraksi dalam setiap perlawanan dengan misi mempertahankan kejuaraan,” katanya.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 05:09 PM GMT+8 , Processed in 1.776222 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list