CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 86|Reply: 0

Sepanyol, Itali hampiri jejak Jerman

[Copy link]
Post time 6-9-2011 01:05 PM | Show all posts |Read mode
Kami perlu lebih bersatu: Fabregas\rPARIS: Itali dan juara bertahan Sepanyol boleh menyertai Jerman mara ke pusingan akhir Euro 2012 sekiranya mencatat kemenangan di laman sendiri, hari ini.\r\n\n\n\n\r   Jerman – yang tewas di final Vienna 2008 – memastikan tempat dalam kejohanan musim panas tahun depan dengan membelasah Austria 6-2, Jumaat lalu untuk mengekalkan rekod tanpa kalah dalam lapan perlawanan pusingan kelayakan Kumpulan A.\r\r\n\n\n\n\n   Barisan Joachim Loew boleh berehat ketika mereka berkunjung ke Poland untuk perlawanan persahabatan pertengahan minggu ini, tetapi peluang kini terhidang luas kepada dua gergasi itu untuk mengesahkan tempat.\rSegar daripada bangkit ketinggalan dua gol sebelum menundukkan Chile 3-2 dalam perlawanan persahabatan di Switzerland, Sepanyol hanya perlu menundukkan pasukan kerdil Liechtenstein di Logrono untuk menjuarai Kumpulan I.\rSemangat juang yang dipamerkan barisan Vicente del Bosque dalam kem boleh membantu meredakan ketegangan di antara pemain Real Madrid dan Barcelona yang bergaduh, dan Cesc Fabregas menegaskan pasukan itu bersatu dalam sasaran mengekalkan mahkota kejuaraan Eropah.\r“Di sini kami semua adalah rakan sepasukan dan kami semua mahu melakukan yang terbaik untuk pasukan kebangsaan,” kata pemain tengah Barcelona itu.\r\n\n\n\n\r“Tiada siapa yang mampu mengubahnya. Ini adalah masa untuk kami mengetepikan dan melupakannya selama-lamanya. Kami perlu lebih bersatu dan bersemangat daripada sebelum ini jika kami mahu mengulangi kejayaan di Euro 2008 dan Piala Dunia.”  Sepanyol akan menyamai rekod 12 kemenangan berturut-turut jika mereka menundukkan pasukan kerdil itu.\rItali terpaksa bergelut sebelum menundukkan Faroe Islands Jumaat lalu menerusi jaringan tunggal Antonio Cassano dan barisan Cesare Prandelli boleh mengesahkan juara Kumpulan C seandainya menundukkan Slovenia di Florence. – AFP

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 05:05 PM GMT+8 , Processed in 0.044430 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list