View: 77|Reply: 0
|
UEFA tolak rayuan Arsenal
[Copy link]
|
|
LONDON: Badan bola sepak Eropah, UEFA menolak rayuan dikemukakan Arsenal kelmarin supaya hukuman penggantungan dua perlawanan ke atas pengurus Arsene Wenger yang dilarang berada di bangku simpanan dalam dua perlawanan, \rdibatalkan.\rUEFA dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menolak rayuan Arsenal berhubung penggantungan dua perlawanan terhadap Wenger ketika pusingan pertama play-off Liga Juara-Juara menentang Udinese, bulan lalu. \r\r Wenger kini dilarang berada di bangku simpanan dalam dua perlawanan peringkat Kumpulan Liga Juara-Juara ketika Arsenal menentang Borussia Dortmund dan Olympiakos, 13 dan 28 September ini.\r\n\n\n\n\n\rWenger melanggar peraturan apabila didapati berkomunikasi secara haram dengan berdiri di bangku simpanan Arsenal ketika perlawanan menentang Udinese, selepas terdahulu dikenakan penggantungan satu perlawanan.\rArsenal juga didenda 10,000 euro (RM42,000) kerana salah laku ketika perlawanan bulan lalu, kata UEFA dalam satu kenyataan. – AFP
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|