CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 86|Reply: 0

Menezes tak dihimpit resah

[Copy link]
Post time 7-9-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
LONDON: Jurulatih Brazil, Mano Menezes mengakui barisannya masih perlu bekerja keras selepas jaringan Leandro Damiao pada babak pertama membantu menewaskan barisan 10 pemain Ghana, 1-0 dalam aksi persahabatan antarabangsa, semalam.\rDamiao menjaringkan gol tunggal di gelanggang Fulham, Craven Cottage dengan penyudah klinikal selepas juara dunia lima kali itu memanfaatkan ruang kosong di benteng Ghana selepas Daniel Opare dibuang padang.\r\n\n\n\n\r   Opare diperintah keluar padang oleh pengadil England, Mike Dean selepas mengasari kapten Brazil, Lucio dan kad merah tidak dapat dielakkan selepas Ghana tampil beraksi dengan agresif yang menyebabkan mereka menerima enam kad kuning.\r\r\n\n\n\n\n   Barisan Menezes mengawal permainan, tetapi buntu mencari gol tambahan.\rWalaupun jurulatih skuad Selecao itu kecewa kerana gagal mencatat kemenangan dengan angka jaringan besar, dia yakin pengalaman beraksi dalam perlawanan kompetitif menentang lawan seperti Ghana akan membantu pemain lebih bersedia menghadapi Piala Dunia 2014.\rBrazil akan menjadi tuan rumah temasya itu tiga tahun lagi dan Menezes secara perlahan-lahan membina skuad baru dengan menyenaraikan Damiao - yang menjaringkan gol pertama di pentas antarabangsa menentang Ghana - Neymar dan Ganso serta Fernandinho turut diberi peluang.\r“Kami masih perlu bekerja keras kerana kami menyenaraikan ramai pemain generasi baru dan mereka kurang pengalaman bagaimana bermain dalam perlawanan antarabangsa,” kata Menezes.\r\n\n\n\n\r“Kami akan cuba membina pasukan secara perlahan-lahan. Saya tahu kami mempunyai pemain berpengalaman dan kurang pengalaman, dan saya sedar ada banyak tekanan apabila kami menganjurkan Piala Dunia tetapi saya tidak bimbang mengenainya.” – AFP

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 05:01 PM GMT+8 , Processed in 0.044185 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list